"اَلَلَّهُمَّ صَلِّ صَلاَةً كاَمِلَةً ، وَسَلِّمْ سَلاَماً تاَماً عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ الَذِيْ تَنْحَلُّ بِهِ العُقَدُ ، وَتَنْفَرِجُ بِِهِ الكُرَابُ ، وَتُقْضَى بِهِ الحَوَائِجُ ، وَتُنَالُ بِهِ الرَغَائِبُ وَحُسْنُ الخَوَاتِيْمِ ، وَيُسْتَسْقَىْ الغَمَامُ بِوَجْهِهِ الكَرِيْمِ ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِى كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَّسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُومٍ لَكَ" ...PenaKu Merah KertasKu Putih Dan Aku Akan Terus Menulis... "بسم الله الرحمن الرحيم "
Agen
REBUT 5 SEBELUM 5
Secotet Kalam
إِقْـرَاء خـَيْرُ مَا تَجِدْ ، أُكْتـُبْ خَـيْرُ مَا تَقْرَاء ، إِحْفَـظْ خَـيْرُ مَا تَكْتُبْ
\\\ ___( ", )___ ///
Orang Berfikiran TINGGI Gemar Bicara tentang ILMU
Orang Berfikiran SEDERHANA Gemar Bicara tentang PERISTIWA
Orang Berfikiran RENDAH Gemar Bicara tentang ORANG LAIN
Orang Berfikiran CETEK Gemar Bicara tentang DIRI SENDIRI
\\\ ___( ," )___ ///
Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah


Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.."

Egypt
MyMalaysia
Meninggalkan Solat Meruntuhkan Agama

Chit Chat


Shoutbox

Free Hit Counters


Jangan Lupa Mengingati Allah

Akhbar Online

Hayatilah Khutbah Baginda S.A.W
Jan 26, 2008
Sahabat2 sekalian, tolonglah hayati Khutbah terakhir Kekasih kita ini...

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W Wahai manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini,dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu,dan Dia pasti membuat perhintungan di atas segala amalan kamu. Allah telah meng- haramkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap Syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu,mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu,maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah Allah,dirikanlah sembahyang lima kali sehari,berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah 'ibadah Haji' sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya pula kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendegar terus dariku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba Mu.

_Khutbah Ini Disampaikan Pada 9hb Zulhijjah Tahun Hijriyyah Di Lembah Uranah, Gunung Arafah

P/S : korg suma bleh tgok betapa kasih & cintanya Baginda S.A.W kpd kita ummatnya. Begitu banyak pesanan2nya yg telah telah kita abaikan... So akal adakan, fikir2kanlah dimana sepatutnya kita meletakkan Islam kita...

Labels:

posted by faQirilallah @ 1/26/2008 04:24:00 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
Powered by
ade cerita ttg aku

A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari
Location : Malaya
Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah
Toriq : Asy-Syaazuliyyah
Status : Ummu Haura' Muhammad
Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya


Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, Yang Pertama.. Tanpa Ada Yang Mengawali, Yang Terakhir.. Tanpa Ada Yang Mengakhiri, Yang Tak Terlihat.. Oleh Pandangan Orang Yang Memandang, Yang Tak Tergambarkan.. Oleh Bayangan Orangg Yang Membayangkan, KAU Ciptakan Makhluk.. Dengan KekuasaanMU, KAU Ciptakan Segala Sesuatu.. Dengan KehendakMU, Segala Puji Ya ALLAH, Yang Memberi Kami Kemampuan.. Untuk Mensyukuri NikmatMu, Yang Membuka Bagi Kami.. Pintu-Pintu Ilmu KeilahianMu, Segala Puji Ya ALLAH, Dengan Segenap Pujian Yang Dikumandangkan.. Para Malaikat.. Dan Sekalian Makhluk Yang Dimuliakan, Segala Puji BagiMU, Atas Nikmat Yang KAU Berikan.. Kepada Kami.. Hamba-HambaMU.. Yang Telah Mendahului.. Mahupun Yang Akan Datang Kemudian, Pujian Kami Aturkan kepada MU.. Sebagai Penghubung Untuk MentaatiMU.. Dan Meminta Ampunan, Sebagai Penyebab Memperoleh Redho.. Pengantar Jalan..Menuju Syurga Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, KAU Ciptakan Kami Sebagai Hamba, Dan Sebagai Umat Nabi Muhammad.. KekasihMU. ______________ __________________ _____________________

Previous Post
Archives

HotLink's
Semasa
Club's
Rakyat A.K.A Kerajaan
Blogger's Clan'z


Muaaahh Islam

Komuniti Blogger Azhari

BLOGGER

© 2005 Aboo Haura' Hidayatullah Al-Azhari Blogspot Template by Isnaini Dot Com