"اَلَلَّهُمَّ صَلِّ صَلاَةً كاَمِلَةً ، وَسَلِّمْ سَلاَماً تاَماً عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ الَذِيْ تَنْحَلُّ بِهِ العُقَدُ ، وَتَنْفَرِجُ بِِهِ الكُرَابُ ، وَتُقْضَى بِهِ الحَوَائِجُ ، وَتُنَالُ بِهِ الرَغَائِبُ وَحُسْنُ الخَوَاتِيْمِ ، وَيُسْتَسْقَىْ الغَمَامُ بِوَجْهِهِ الكَرِيْمِ ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِى كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَّسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُومٍ لَكَ" ...PenaKu Merah KertasKu Putih Dan Aku Akan Terus Menulis... "بسم الله الرحمن الرحيم "
Wakil Insuran Anda
REBUT 5 SEBELUM 5
Secotet Kalam
إِقْـرَاء خـَيْرُ مَا تَجِدْ ، أُكْتـُبْ خَـيْرُ مَا تَقْرَاء ، إِحْفَـظْ خَـيْرُ مَا تَكْتُبْ
\\\ ___( ", )___ ///
Orang Berfikiran TINGGI Gemar Bicara tentang ILMU
Orang Berfikiran SEDERHANA Gemar Bicara tentang PERISTIWA
Orang Berfikiran RENDAH Gemar Bicara tentang ORANG LAIN
Orang Berfikiran CETEK Gemar Bicara tentang DIRI SENDIRI
\\\ ___( ," )___ ///
Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah


Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.."

Egypt
MyMalaysia
Meninggalkan Solat Meruntuhkan Agama

Chit Chat


Free chat widget @ ShoutMix

Free Hit Counters


Jangan Lupa Mengingati Allah

Akhbar Online

Susunan Cara Berdoa Selepas Bersolat
Dec 1, 2011
AsSalamu 'alaikum Warahmatullah,

Alhamdulillah was Soolatu was Salamu 'ala Rasulinal Amin wa 'ala alih..

Para sahabat Sohabiah, bila berbicara soal berdoa kepada Allah Azza wa Jalla, ma'ruf dengan sepotong ayat dalam Al-Quran yang berbunyi :

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم..

Maksudnya :

“Dan Tuhanmu berfirman : "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku(berdoa kpd Allah) akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina".”

(Al-Mukmin/Al-Ghafir 40 : 60)

Juga sabda Baginda Rasulullah S.A.W (maksud):

“Berdoalah kepada Allah dalam keadaan engkau yakin ia akan dikabulkan, ketahuilah bahwa Allah tidak menerima doa daripada hati yang lalai”.

(H.R Ad-Tirmidzi)


Perlulah kita ingat selalu bahawa Allah sekali-kali tidak akan memungkiri janji-Nya. Tetapi timbul persoalan kenapa doa kita ada yang tidak dimaqbulkan.

Sebenarnya, hal ini perlu dimuhasabahkan kembali terutamanya diri kita sendiri sama ada tentang apa yang kita makan, apa yang kita lakukan seharian-harian atau dengan kata lain apakah niat dan matlamat kita bernafas untuk hari ini dan seterusnya jika diberi peluang dan ruang ?! Bagaimana dengan adab-adab ketika berdoa termasuknya isi kandungan doa yang mana kalau kita telusuri, ia perlu mengikut susunan supayanya ianya lebih beradab dan lebih dramatik, tapi jangan pula berdrama dengan Allah S.W.T ye !!

Jadi dikesempatan kali ini faQir ingin berkongsi mengenai “Susunan cara berdoa selepas solat” seperti mana yang diajarkan oleh SyeikhunaMuhammad Husni Ginting Al-Langkatisewaktu faqir mengemis kekayaan ilmu Allah S.W.T di Bumi Mesir suatu ketika dahulu..

Ringkaskan cerita, Syeikhuna berpesan yang mana pesanannya telah faQir olah mengikut gaya bahasa mengikut kefahaman yang tersendiri, mafhum lagi kata-kata syeikhuna, apabila membaca doa mestilah kandungan doanya mengandungi doa yang menunjukkan ruang lingkup kehidupan seharian & yang sememangnya patut diutamakan. Kerana ada sebilangan dari doa-doa tersebut sekiranya tidak turut serta dalam doa-doa kita berkemungkinan tidak dimakbulkan contohnya seperti Berselawat ke atas baginda Nabi Muhammad S.A.W, doa untuk kedua ibubapa dan lain-lain. Namun hakikatnya maqbul atau tidak ianya adalah urusan dan rahsia Allah S.W.T.

Iaitu antaranya : (Paling Simple)

1. Dimulai dengan Memuji Allah Azza wa Jalla.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ. الحَمْدُ للهِ رَبَّ العَالَمِيْنَ،

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji hanya bagi Allah Tuhan yang menguasai sekalian alam.”

2. Bersolawat ke atas junjungan mulia Baginda S.A.W.

وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيْدِناَ وَمَوْلاَناَ مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Selawat serta salam keatas Baginda Penghulu kita Nabi Muhammad S.A.W dan Ahli Keluarga Baginda serta Sahabat Baginda Seluruhnya.”

3. Memohon supaya solat yang dilakukan sebentar tadi diterima.

اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاَتَناَ وَقِيَامَناَ وَرُكُوعَناَ وَسُجُودَناَ وَعِبَادَتنَاَ كُلَّهَا تَآمَّةً، وَاغْفِرْلَناَ ذُنُوبَنَا عَامَّةً، وَلاَ تُعَذِّبْناَ يَوْمَ القِيَامَةِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَىءٍ قَدِيْرٌ.

“Ya Allah, terimalah solat kami; berdiri, ruku’, sujudnya kami, dan kesemua ibadah kami. Dan ampunilah segala dosa-dosa kami, dan janganlah Kau menyiksa kami pada hari kiamat. Sesungguhnya Kau Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.”

4. Doa untuk kedua ibu bapa (Paling Terpenting), & ahli keluarga serta Muslimin Muslimat.

اللَّهُمَّ اغْفِرْلَناَ ذُنُوبَناَ وَلِوَالِدِيْناَ وَارْحَمْهُم كَمَارَبَيَانَا صِغَاراً وَلِجَمِعِ المُسْلِمِينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِينَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ بِرَحْمَتِكَ، يَا أَرْحَمَ الرَاحِمِينَ.

“Ya Allah, ampunkanlah dosa2 kedua – dua ibubapa kami. Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kami kecil dahulu. Dan seluruh muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, Rahmatilah dengan Rahmatmu yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.”

5. Doa "Nabi Adam AlaihisSalam"

رَبَّنَا ظَلَمْناَ أَنْفُسَناَ وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْلَناَ وَتَرْحَمْناَ لَنَكُونَ مِنَ الخَاسِرِينَ.

“Wahai Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami dan jika kau tak memaafkan dan mengasihi kami, maka kami akan menjadi orang-orang yang merugi.”

6. Doa dikurniakan pasangan & zuriat yang soleh (menyejukkan mata).

رَبَّناَ هَبْ لَناَ مِنْ أَزْوَاجِناَ وَذُرِّياَتِناَ قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْناَ لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا.

“Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari pasangan(Isteri/Suami) kami dan anak cucu kami yang menyenangkan kami dan jadikanlah kami sebagai ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa”

7. Doa minta tidak dipalingkan hati selepas diberi hidayah pertunjuk.

رَبَّناَ لاَ تُزِغْ قُلُوبَناَ بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَناَ وَهَبْ لَناَ مِنْ لَدُنَّكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الوَهَّابُ.

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.”


8. Doa “intisari segala doa”.

رَبَّنَا آتِناَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِناَ عَذَابَ النَّارِ.

“Ya Allah berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkanlah kami dari azab neraka.”


9. Ditutupi dengan berselawat ke atas Baginda S.A.W.

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ،

“Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW,beserta Ahli keluarga dan sahabatnya.”

10. Di Akhiri dengan Memuji kebesaran Allah Ta’ala.

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ العِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ، وَسَلاَمٌ عَلَى المُرْسَلِينَ وَالحَمْدُللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ.

“Maha Suci Tuhanku, Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka sifatkan Dan salam sejahtera ke atas sekalian rasul serta segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir seluruh alam.”

Persoalan,

Dalam berdoa, kenapa perlunya kita mengawalinya dan kemudian menutupi doa-doa kita dengan bersolawat ke atas Baginda Nabi S.A.W. Maka di dalam kitab Dalailul Khairat (klu x silap, klu salah minta diperbetulkan) ada merakamkan cerita tentang ini.

Siapalah kita, @ apalah taraf @ kelayakan kita (terutamanya faQir) andai berdoa, doa tersebut akan melepasi 7 Post kawalan disetiap lapisan langit yang pengawalnya adalah Malaikatullah. Jadi dengan mengapitkan doa-doa kita dengan solawat ke atas Nabi Al-Musthofa. Maka solawat tersebut diapit dibawa pergi menuju ke baginda Nabi Muhammad S.A.W. dan seturusnya terserah kepada Baginda S.A.W yang begitu kasih akan ummatnya.

Jadi berdasarkan itu, faQir merasakan adalah menjadi suatu perkara yang mesti ada dan terbaik sekiranya solawat yang dibacakan di dalam doa setiap kali selepas solat itu adalah suatu solawat yang mempunyai makna-makna yang tersurat dan tersirat seperti Solawat Tafrijiyyah, Selawat Ibrahimiyyah, Selawat Syifa dan sebagainya. Dan bersamalah kita untuk bersolawat ke atas Baginda Nabi S.A.W dengan penuh rasa kerinduan dan kecintaan.

اللهم صلى وسلم على سيدنا محمد وعلى آله

Untuk doa-doa tambahan pula, ianya terpulang kepada individu.

*Andai mahu dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kerehatan hati dan tubuh badan, keselamatan dalam urusan agama & dunia, dijauhkan dari hasad dengki & aniaya makhluk dan sebagainya, ia juga memohon semoga Allah S.W.T senantiasa menjadi Peneman & Pembimbing kita dalam menempuh perjalanan di dunia ini. Maka doa yang saya cadangkan adalah doa yang dihimpunkan oleh Syeikh Sidi Abu Hassan Asy-Syazili dalam Hizb Al-Bahr, doanya seperti berikut :

"اَللَّهُمَّ يَسِّرْلَنَا أُمُوْرَنَا مَعَ الرَّاحَةِ لِقُلُوْبِنَا وَأَبْدَانِنَا وَالسَّلاَمَةِ وَاْلعَافِيَةِ فِى دِيْنِنَا وَدُنْيَانَا ، وَكُنْ لَنَا صَاحِبًا فِى سَفَرِنَا، وَخَلِيْفَةً فِى اَهْلِنَا، وَاطْمِسْ عَلَى وُجُوْهِ اَعْدَائِنَا، وَامْسَخْهُمْ عَلَى مَكَانَتِهِمْ فَلاَ يَسْتَطِيْعُوْنَ اْلمُضِيَّ وَلاَاْلمجَيْءَ إِلَيْنَا."

*Semasa bertalaqi dengan Syeikh Husni di Zaqaziq, beliau ada berpesan supaya jangan tinggalkan doa ini, sama ada dibaca setelah memberi salam, @ dlm berwirid @ disertakan di dalam doa. Kerana ianya adalah amalan para Ulama, dan seandainya doa ini tidak dibaca, para alim ulama merasakan ianya belum sempurna. Doa tersebut ialah :

"اَللَّهُمَّ اَعِنَّا عَلَى ذُكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ"

“Ya Allah, tolonglah kami untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan melakukan ibadah sebaiknya untuk-Mu.”

*Setiap kita di dunia ini memerlukan bimbingan dalam melakukan setiap perkara, dari hal aqidah, hukum hakam jinayat, mu'amalat, munakahat dan sebagainya. Disamping mencari seorang pembimbing dikalangan mereka yang Mursyid, pohonlah kepada Allah supaya sentiasa menjadi Pembimbing kita dalam setiap perkara. Doanya ialah :

آللهُمَّ ارْزُقْنَا يَا رَبِّ فَهْمَ النَّبِيْيِنَ وَحِفْظَ آلْمُرْسَلِيْنَ

وَإِلْهَامَ آلْمَلائِكَةَ آلْمُقًرَّبِيْنَ فِى عَافِيَةِ يَااَرْحَنَ آلرٌّاحِمِينِ

“Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul dan ilham dari para Malaikat yang menghampiri denganMu kurniakanlah kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.”


InsyaAllah bersambung lagi jika ada sebarang perkongsian …

Bila berbicara soal hubungan kita dengan Allah dlm doa ni, faQir terpanggil utk berkongsi secebis dua perkara…

Yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T, yang buruk itu berdasarkan kelemahan dan kekurangan yang ada pada faQir, hakikatnya tetap jua dari pada Allah S.W.T.

“Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.”

Wallahu ‘alam..

Labels:

posted by faQirilallah @ 12/01/2011 11:48:00 AM   0 comments
Pesanan untuk adik-adik dari Abg Sulong
Nov 15, 2011

AsSalamu'alaikum Warahmatullah,

Kepada Adik2 ku yang berbin/bintikan Mohamad Fuad b. Othman.

Ada beberapa pesanan utk kalian :

1. Harapan Abg yang sulong ni, jgn letak gambar yang mendedahkan aurat (selain dari muka n tapak tangan) dlm FB @ laman2 sosial lain. Nanti Bapa, Abang2 jgk dpt saham dosa..

2. Jangan add lelaki yang tidak dikenali, kerana akan membawa pelbagai fitnah.. pedulikan org nak kata "FB awak x ramai kawan ke ape".

3. Jgn letak gambar yang berposing2 yang mengundang org bukan mahram suke n kluar pujian "cutenye awk @ cutenye awk posing". Ini adalah bibit dosa yg akan mengalir ke tubuh bapa kita & juga abang2.

4. Gunakan nama yang berbentuk mendoakan diri sendiri di FB klu tidak mahu guna nama sendiri.. jgn guna nama yang kita sendiri x tahu menahu @ kurang fhm maknanya.. x tahu maka bertanyalah k..

5. Kalau post di FB tu, jgn lah selalu meluahkan perasaan.. cukuplah kita meluahkan perasaan kepada mereka yang dipercayai @ terbaiknya kepada Allah S.W.T. Post lah sesuatu yang mendatangkan manfaat..

6. Janganlah post pic2 kawan2 @ adik beradik @ sesapa jua yang tidak sempurna penutupan auratnya.. walaupun dia seorang artis, walaupun dia mmg x tutup aurat diluar.. Kerana kita akan menjadi punca dia bertambah berdosa, termasuk orang yang melihat n termasuk kita sendiri.. & andai suatu hari dia menutup aurat sempurna tetapi ada gambarnya yg lama masih tersiar.. kitalah dipertanggungjawabkan..

Setakat ini dahulu.. mungkin nanti ada penambahan..

Tolonglah k...

P/s : Ingatlah pesanan ini utk kebahagian dunia & akhirat..

Kalau esok lusa along dah xda, anggaplah ini wasiat harapan along..

Kalau umur kita sama2 dipanjangkan Allah, pesanlah kepada adik2, anak2 & seterusnya.. Dunia ialah jambatan ke Akhirat yg penentunya syurga @ neraka.

Labels:

posted by faQirilallah @ 11/15/2011 12:43:00 PM   0 comments
Kenapa perlu memilih mereka sebagai Isteri??
Nov 2, 2011

Antara Ciri-cirinya :


* Kenapa perlu memilih Wanita yang begitu menjaga aurat sebagai Isteri??

= Kerana itu perintah Allah & RasulNya. Bagaimana mahu taat perintah suami kalau perintah Allah & Rasul S.A.W diambil mudah??

* Kenapa perlu memilih Wanita yang begitu menjaga aurat sebagai Isteri??

= Kerana itulah sifat malunya kepada Allah & Rasul S.A.W.

Bagaimana mahu menjaga maruah & aurat keaiban suami, Jikalau aurat & maruah peribadi disisi Allah hanya sambil lewa..??

* Kenapa perlu memilih Wanita yang tidak suka berbohong sebagai Isteri??

= Kerana itu perintah Allah & RasulNya.

Bagaimana mahu mentaati suami kalau si isteri sudah mula berbohong dengan suami. Bukankah lesen ke syurga ada pada suami..??

* Kenapa perlu memilih Wanita @ Lelaki yang tidak suka berbohong sebagai Isteri @ Suami??

= Kerana berbohong & berdusta adalah ciri-ciri munafiq ia menjadi punca bibit-bibit pergaduhan, perbalahan & pernceraian.

Mahukah kita memilih ibu @ bapa kepada anak kita di antara golongan munafiq?? apa akan jadi pada anak kita??


Sama-sama kita renung-renung dan fikir-fikirkan..

Jgn jadikan diri anda"like frog in the glass".

Melompat tinggi tetapi hanya di dalam gelas..

Berfikirlah untuk 20,30 tahun akan datang..

Think it...

Wallahu 'alam..

Labels:

posted by faQirilallah @ 11/02/2011 04:26:00 PM   0 comments
Mari Bersanding Cara Islam (kalau nak bersanding sgt la)
Oct 12, 2011

Hukum bersanding pada asalnya adalah Harus (mubah).

Dan persandingan itu akan jatuh hukum HARAM dengan sebab-sebab yang mendatang (li’aridin). Sebelum itu, ramai mereka yang menafsirkan bahawa bersanding itu adalah duduk di atas pelamin, disamping ahli keluarga & para tetamu melakukan istiadat menepung tawar.

Bagaimana pula dengan hanya duduk diatas pelamin beberapa ketika untuk bergambar bersama ahli keluarga dan sebagainya?

Jawapannya : Sama ada melakukan istiadat menepung tawar atau pun tidak. Sekiranya terdapat unsur-unsur yang bercanggah dengan perkara yang akan disenaraikan nanti maka ianya adalah dihukumkan Haram dengan erti kata lain berdosa dan akan mendapat azab diakhirat nanti.

Definisi Persandingan :

Meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.

Tujuan :

Antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.

Sejarah :

Ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu.

Pertama : Persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)

Kedua : Persandingan adalah adat yang diimport dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.

Jadi untuk menidak-haramkan perbuatan persandingan @ perbuatan bergambar diatas pelamin, maka hendaklah ianya mempunyai cirri-ciri seperti berikut :


PERTAMA :

Hanya ditonton oleh lelaki & perempuan ada hubungan kekeluargaan yang tidak boleh berkahwin(Mahram)

Perlulah ditegaskan bahawa, sekiranya mahu melakukan persandingan bagi kedua mempelai pengantin baru ini, maka yang boleh menontonnya hanyalah seperti mana yang difirmankan Allah Ta'ala di dalam surah Nur di bawah ini.

Maka sepupu yang boleh dinikahi, rakan taulan, jiran tetangga, dan mereka-mereka yang bukan mahram sememangnya tidak boleh dan diharamkan menontonnya.


Firman Allah S.W.T (maksud):

"..janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

_Surah An-Nur : 31


Rasulullah SAW telah bersabda:

"Setiap perempuan itu adalah aurat. Setiap kali ia keluar dari rumahnya maka syaitan akan memperhatikannya dan (syaitan) berkata: Sesungguhnya engkau tidak akan melalui seseorang melainkan akan memperdayakannya".

[H.R Tirmizi]


Apakah kita tidak mahu beriman dengan apa yang Allah firmankan??



KEDUA :

Tidak bercampur-aduk diantara lelaki & perempuan.

Percampuran lelaki dan perempuan terdapat dua kategori , iaitu yang diharuskan dan yang diharamkan syara’.


Kategori yang di haruskan syara’ adalah perhimpunan yang tidak berlaku pergeseran tubuh antara lelaki dan perempuan dan yang tidak berlaku khalwat yang diharamkan.


KETIGA :

Tidak Bermegah-megah, Bangga Diri Dan Sebagainya.


Menurut Imam al-Ghazali, seseorang yang terjebak bermegah-megah boleh menjadi syirik terhadap Allah. Alasannya, orang itu telah menjadi penyembah harta. Dan, syirik adalah dosa besar.



KEEMPAT :

Tidak Ada Sebarang Pembaziran (wang ringgit, makanan, masa dan lain-lain)


Pembaziran disini, kita boleh lihat dari pelbagai aspek yang jelas, terumatanya mereka yang mahu bersanding menyewa pakaian pengantin yang melangkaui keperluan, sewa set pelamin yang sememangnya tidak mendatang faedah, makanan yang tidak dihabiskan malah dibuang begitu sahaja, menghabiskan masa dengan sesi bergambar dan lain-lain lagi yang mana akhirnya menyebabkan terabainya perkara utama yang sepatutnya diutamakan.

Sepatutnya masa-masa ini diisi dan disempurnakan dengan perkara-perkara yang sepatutnya iaitu seperti melayani tetamu yang hadir, solat fardhu dan sebagainya.


Firman Allah swt :

"Janganlah kamu membazir secara melampau."

(al-Isra': 26)


"Sesungguhnya orang-orang yang membazir adalah saudara-saudara syaitan..."

(al-Isra' : 27)


Dr. Zulkifli Al-Bakri menyebut dalam ceramahnya, Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berkata : “Jinayah yang terbesar bagi umat Islam ialah membazir masa.”


Secara umumnya, tatkala majlis walimatul urus kita berbelanja dan menyewa sewenang-wenangnya tadi seperti penyediaan set pakaian, set pelamin, juru solek, juru photo, catering dan sebagainya.

Tetapi apabila majlis perkahwinan selesai, si pengantin pokai iaitu tidak mempunyai wang yang sepatutnya dan secukupnya untuk meneruskan hari-hari mendatang malah terpaksa berhutang dan sebagainya.

Maka majlis tadi adalah Majlis Pembaziran yang sepatutnya dibendung dan dihindari selaku penganut agama Islam. Inilah yang akan mengundang kemurkaan Allah S.W.T.



KELIMA :

Tidak Ada Ucapan-Ucapan @ Kata-Kata Yang Kurang Wajar & Kurang Sopan Dari Yang Menyaksikan.


Ini termasuklah tidak menyuruh pasangan pengantin baru melakukan adegan-adegan yang tidak wajar dipertontonkan. Juga tiada umpan-umpatan @ membuka aib sesiapa sahaja.


Sabda Rasulullah S.A.W. (maksud) :

“Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat"

[H.R Ibnu Abib Dunya & Ibnu Hibban]

Sabda Rasulullah S.A.W. (maksud) :

"wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri."

[H.R Abu Daud]


KEENAM :


Tidak Melakukan Adegan-Adegan Suami Isteri


Kita lihat, era 2000 ini pasangan pengantin tidak segan silu melakukan adegan-adegan yang tidak patut dipertontonkan dikhalayak umum seperti bercium (sama ada pipi @ dahi), berpelukan ketika bergambar, dukung mendukung dan sebagainya. Sedangkan ini tidak diajar oleh Islam. (klik untuk lihat apa kata Ust. Azhar Idrus berkenaan ini)



Malah tanpa sedari perbuatan ini telah meniru agama Kristian dan Yahudi.. Mereka menganggap remeh akan perkara ini malah mereka berfikiran, mereka bebas melakukan apa pun kerana bergelar Raja Sehari. Inilah perbuatan yang mencemarkan maruah diri sendiri dan juga maruah sebagai Muslim.


Perlulah diingat, kemesraan suami isteri bukanlah untuk dipertontonkan malah pasangan suami isteri perlulah menjaga adab-adab dan berkelakuan sopan seperti bersifat malu, menghormati tetamu, ibubapa serta majlis dan sebagainya. Tambahan pula mereka baru sahaja mendirikan rumahtangga.


"Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan persangkaan, maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk kepadanya."

(Khalifah Umar al-Khattab R.A)



KETUJUH :

Tidak Tabarruj (Solekan-solekan) & Tidak Menutup Aurat @ membalut aurat.

Definisi TABARRUJ

i) Memperlihatkan seseorang wanita itu akan kecantikannya yang wajib ditutup kepada lelaki yang bukan mahram kepadanya.

ii) Menampakkan wanita akan kecantikannya kepada lelaki yang bukan mahramnya. Iaitu menampakkan kecantikan dengan membuka dan mempamerkan keelokan bahagian-bahagian yang mengghairahkan seperti pinggul, lengan, betis, dada, leher dan wajah.

iii) Menampakkan kecantikan dan menonjolkan keelokan wajah dan tubuh badan dan fitnah kedua-duanya.

Sepertimana kata Imam Bukhari, tabarruj adalah mempertontonkan seseorangwanita akan kecantikannya (Mohd Hanif 2007:33).


Syeikh al-Maududi mengatakan bahawa: Jika kata tabarruj ditujukan kepada wanita,maka ia memiliki tiga pengertian seperti berikut:

i) Tindakan mendedahkan kecantikan wajahnya dan bahagian-bahagian tubuhnya yang mengundang berahi kepada kaum lelaki yang bukan mahramnya.

ii) Mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya kepada lelaki-lelaki yang bukan mahramnya.

iii) Mendedahkan dirinya melalui cara berjalan, kegenitan dan juga kesombongannya kepadamereka (al-Jarullah 1990:12).


Rasulullah s.a.w. telah bersabda (Maksudnya) :

“Dua golongan ahli neraka yang aku belum pernah melihatnya iaitu kaum yang membawa cemeti seperti ekor lembu yang dipukul kepada manusia dan wanita yang berpakaian telanjang berjalan berlenggang-lenggok, sanggulnya seperti bonggol unta yang gila, mereka tidak akanmasuk syurga, bahkan tidak akan mencium baunya, padahal bau syurga akan tercium dari jarak perjalanan sejauh sekian-sekian« Di dalam satu riwayat yang lain, bau syurga itu terciumsejauh lima ratus tahun perjalanan.”

[al-Muslim, Kitab al-Libas wa al-Zinah, 3971]


Termasuk di dalam bab ini, pengantin-pengantin perempuan menjauhikan diri dari berhias dengan perkara-perkara yang dilarang oleh Islam seperti menyambung rambut, menyambung bulu mata, maskara, mencukur @ menipiskan kening, pakaian yang jarang hingga menampakkan bentuk badan, bersanggul rambut dan sebagainya.


Sabda Rasulullah S.A.W :

Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.”

[H.R al-Bukhari, no: 5934]


Maksud menyambung rambut ialah mengambil rambut wanita lain untuk disambung ke rambut sendiri. Ia dilarang, sekalipun sekadar hajat atau permintaan untuk melakukannya.


Selari dengan berkembangnya teknologi manusia, pada masa kini teknik menyambung rambut telah diganti dengan teknik memakai rambut palsu. Namun dari sudut hukum, ia tetap sama yakni ia dilarang. Juga berdasarkan kaedah qiyas (analogi), maka dilarang juga memakai bulu palsu sama ada di kening atau kelopak mata. Tidak dibezakan sama ada rambut palus atau bulu palsu itu adalah daripada makhluk lain atau buatan manusia, ia tetap dilarang.


Sabda Baginda S.A.W lagi (maksud) :

"Rasulullah S.A.W melaknat perempuan-perempuan yang mencukur alisnya atau minta dicukurkan alisnya."

[H.R Abu Daud, dengan sanad yang hasan. Demikian menurut apa yang tersebut dalam Fathul Baari]


Sedang dalam riwayat Imam Bukhari disebut :

“Rasulullah S.A.W melaknat perempuan-perempuan yang minta dicukur alisnya.”


Lebih diharamkan lagi, jika mencukur alis itu dikerjakan sebagai simbol bagi perempuan-perempuan cabul.


KELAPAN :

Tidak mengabaikan perkara-perkara fardhu seperti Solat 5 waktu dll.


Sekiranya seseorang itu meninggalkan solat atas sebab tidak sempat kerana sibuk dengan urusan keduniaan, malas @ dengan kata lain meninggalkannya dengan sengaja sedangkan dia tahu akan kewajiban melaksanakan solat, maka terdapat tiga pendapat ulama tentang hukumnya, iaitu:

I. Orang itu tidak menjadi kafir, tetapi dia menjadi fasik. Maka wajib atas pihak yang berkuasa bertindak menyuruhnya bertaubat kembali mengerjakan solat. Sekiranya dia enggan bertaubat maka dijalankan ke atasnya hukuman hudud, iaitu dibunuh dengan pedang.

Ini pendapat Imam Malik, Syafi’e dan jumhur ulama salaf dan khalaf.


II. Orang itu menjadi kafir. Hukumnya sama seperti orang yang ingkar terhadap kewajipannya tadi.

Ini adalah pendapat satu jemaah daripada para salaf yang diambil riwayatnya daripada Saidina Ali bin Abu Talib dan salah satu pandangan Imam Ahmad bin Hambal serta pendapat Abdullah bin al-Mubarak dan Ishak bin Rahawaih.


III. Orang itu tidak menjadi kafir dan tidak pula dibunuh, sebaliknya ditakzirkan dengan dipenjarakan sehingga dia mengerjakan solat.

Ini pula adalah pendapat Imam Abu Hanifah dan satu jemaah daripada para fuqahak Kufah dan juga pendapat al-Muzani seorang pendokong dan pengikut Imam asy-Syafi’e.


Lihat betapa besar hukum bagi seseorang meninggalkan solat dengan sengaja ini. Tambahan pula ketika mana kita melakukan Sunnah Nabi S.A.W iaitu ketika majlis walimatul urus. Orang yang mahu agamanya selamat dan dirinya bahagia di dunia dan akhirat, sudah tentu dia wajib menghindarkan dirinya dari terletak di antara hukum menjadi murtad dan berdosa besar.


KESEMBILAN :

Tidak melakukan perkara khurafat seperti merenjis beras & air mawar yang membawa simbolik kehidupan & murah rezki.


Menepung tawar memang menyerupai amalan perkahwinan agama hindu. Di samping itu ia melibatkan unsur-unsur pembaziran. Menepung tawar memang menyerupai amalan perkahwinan agama hindu.


Penasihat PERKIM Cawangan Ampang juga merupakan Pegawai Dakwah dari Persatuan Islam Cina Malaysia menyatakan :

“Upacara menepung tawar bukanlah budaya orang hindu semata-mata tetapi upacara menepung tawar ini adalah upacara keagamaan hindu dimana mereka meminta, memohon, berdoa kepada tuhan-tuhan hindu iaitu ganeshan, murugan, parvhati untuk memberkati pengantin.”


Sesuai dengan Sabda Baginda Nabi s.a.w yang (maksud) :

"sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia dikalangan mereka."

[H.R Abu Dawud]


Sebagai kesimpulan, cuba kita renung kembali sekiranya terdapat perkara-perkara mungkar seperti yang bersalahan dengan point-point di atas apalah makna majlis pernikahan kita, pernikahan yang mana jika dilakukan menyempurnakan sebahagian dari agama akhirnya dicemari dengan dosa-dosa sama ada kita sedari mahupun tidak, malah lebih hebat lagi ianya menyebabkan kita turut juga menanggung dosa-dosa mereka yang menghadirkan diri kerana berbuat mungkar, yang hakikatnya kita sendiri sebagai penganjur majlis tersebut.


Jangan kita salahkan orang lain, kenapa nanti rumahtangga kita berantakan, hidup tidak bahagia, isteri tidak mahu mendengar kata, suami yang tidak bertoleransi, anak-anak yang degil @ keras kepala, benak hati, lembab fikiran dan sebagainya.

Yang paling penting, sedarlah.. Inilah akibat yang akan berlaku sekiranya tiada keberkatan di dalam kehidupan.


Jadi, Allah Ta’ala kurniakan kita akal yang waras maka pilihlah sama ada mahu pernikahan yang mana akan membentukkan sebuah keluarga yang diberkati ketika sebelumnya, semasa majlis dan sesudah majlis iaitu ketika melayari bahtera rumahtangga atau sebaliknya.. Pernikahan adalah permulaan untuk kita memasuki alam rumahtangga, maka jika permulaan mendapat keberkatan disisi Allah Ta’ala, insyaAllah perjalanan seterusnya lebih mudah, diberkati serta dirahmati Allah S.W.T.

Ingatlah, untuk melahirkan zuriat yang cemerlang dunia dan akhirat mestilah bermula sebelum majlis pernikahan lagi.


Your Life.. Your Choice..


Utamakan Agama Dari Adat..


Akhir kata, semoga Allah Ta'ala menjauhkan diri faQir sendiri, sahabat sahabiah pembaca, ahli keluarga seterusnya Muslimin Muslimat dari melakukan perbuatan-perbuatan seperti ini, juga dijauhkan daripada melakukan sebarang bentuk perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah S.W.T. Allahumma Amin!!


Aqulu qauli haza wa astaghfirullahal 'azhima li wa lakum, wasSalamu 'alaikum wa Rohmatullah..Allahumma Solli wa Sallim 'alaihi wa 'ala aalih..

Labels:

posted by faQirilallah @ 10/12/2011 09:07:00 PM   2 comments
Powered by
ade cerita ttg aku

A.K.A : Hidayatullah al-faqir ilallah
Location : Malaya
Toriq : Ar-Rifa'ie As-Soyyadi
Status : Bujang (sedang menunggu sebuah pertemuan yg ditetapkan Allah Azza wal Jalla)
Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya


Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, Yang Pertama.. Tanpa Ada Yang Mengawali, Yang Terakhir.. Tanpa Ada Yang Mengakhiri, Yang Tak Terlihat.. Oleh Pandangan Orang Yang Memandang, Yang Tak Tergambarkan.. Oleh Bayangan Orangg Yang Membayangkan, KAU Ciptakan Makhluk.. Dengan KekuasaanMU, KAU Ciptakan Segala Sesuatu.. Dengan KehendakMU, Segala Puji Ya ALLAH, Yang Memberi Kami Kemampuan.. Untuk Mensyukuri NikmatMu, Yang Membuka Bagi Kami.. Pintu-Pintu Ilmu KeilahianMu, Segala Puji Ya ALLAH, Dengan Segenap Pujian Yang Dikumandangkan.. Para Malaikat.. Dan Sekalian Makhluk Yang Dimuliakan, Segala Puji BagiMU, Atas Nikmat Yang KAU Berikan.. Kepada Kami.. Hamba-HambaMU.. Yang Telah Mendahului.. Mahupun Yang Akan Datang Kemudian, Pujian Kami Aturkan kepada MU.. Sebagai Penghubung Untuk MentaatiMU.. Dan Meminta Ampunan, Sebagai Penyebab Memperoleh Redho.. Pengantar Jalan..Menuju Syurga Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, KAU Ciptakan Kami Sebagai Hamba, Dan Sebagai Umat Nabi Muhammad.. KekasihMU. ______________ __________________ _____________________

Previous Post
Archives

HotLink's
Semasa
Club's
Rakyat A.K.A Kerajaan
Blogger's Clan'z


Muaaahh Islam

Komuniti Blogger Azhari

BLOGGER

© 2005 Putih . . . Blogspot Template by Isnaini Dot Com