Actually hari ni aku rasa nak bg cerita tentang laen skit, ni nak habaq satu kisah yg aku dpt time g kursus perguruan kat teluk rubiah, area pangkor time muda2 dulu. huhuhu. yg bagi aku cite ni seorg pakar kaunseling, namanye aku pun dah lupe ler.. sape ntah..er... abaikan la nama dia tak masuk dlm soalan final exam pun..
begini ceritanyer...lebih kurangla aee...
Tersebut la kisah..., Dizaman dedulukala lipit,di sebuah negeri yang ntah berantah kedududkannya dlm peta dunia, tinggallah sebuah family bapak tunggal kepada 5 org anak. Dalam kelima-lima orang anak si bapak ini yang bongsulah ni paling lincah, kreatif dan nakal (nakal bdk2 la, bkn nakal org beso)...hmmm, SemeOn namanya .
Nak jadikan cerita pada suatu pagi yg indah dan damai, SemeOn terbangun awal dari abang-abangnya yang lain. Dilihat Ayahnya tiada dan dia seakan-akan pelik. "mana bapak nih, Mm bior lew" katanya. Melihat abang-abangnya yang asyik tengah syok tido dia pun berjalan ke luar rumah dengan niat nak menikmati keindahan udara pagi, ops ye umur si SemeOn ni baru 6 tahun. huhu.. di time tadika le kot, tp time ni tadika takde lagi..
Tiba-tiba dia terfikir sesuatu yang boleh masuk dek akal, dia bercadang nak mengenakan abang-abangnya. "selamanya ini mentang-mentang aku yg bongsu slumber-slumber korang buli aku ae, hari ini aku akan pastikan dendam kesumat aku terbalas, bersedialah wahai abang-abangku, hahaha" bisik hati kecil SemeOn. Dia pun berjalan di sekeliling rumah demi mencari apa yang perlu dilakukan untuk merialisasikan impiannya...
Pusing punya pusing, pusing pusing dia pun pening..Tiba-tiba, langkahnya terhenti...(ewah mcm lagu kamelia_Sweet charity plak)Semeon terpandang sebuah jamban yang berada diatas sungai yang berada 100meter dari rumahnya... Dimana jamban tersebut digunakan oleh bapak dan abang-abang semeOn ni untuk melepas... Yang semeOn ni kan kecik lagi so dia punya port melepas merata-rata la.
*erm korang dapat bayangkan tak jamban atas sungai camner?? huhu ala jamban orang dulu-dulu. yang ada atas sungai pastu ikat dgn tali, kalau time melabur jamban tu dibiar bergayut-gayut diatas sungai dalam keaadaan tertambat di pokok...Orang dulu panggil jamban babai, ye la babai la kat saham-saham yang pergi mengikut arus air sungai tu.. faham ae, klu tak sure jgk msg aku bgtau nanti aku terangkan lagi... Terpancul satu idea yg bernas di kepala otak si SemeOn ni, dia bercadang untuk memutuskan tali jamban tu supaya abang-abangnya tak dapat melepas. Tanpa membuang masa si SemeOn ni berlari kedalam rumah mengambil parang kontot dan terus berlari ke sungai memotong tali yang menambat jamban babai tu. sambil membabai jamban tersebut dia memerhatikan jamban tersebut mengikut arus sungai yang herot petot seakan-akan memerhatikan bola golf yang baru dipukul. "HAHAHAHA padan muka abang-abang aku, lepas ni korang takde tempat nak berak".
Kemudian SemeOn berlari ke rumah dan terus tidor bersama abang-abangnya kembali seolah-seolah dia belom bangun dari tido dan takde apa-apa yang berlaku.. ala kira muslihat la ni, nak cover tak nak bagi syak..
Pabila sang matahari terpacak, SemeOn tak pun bangun dari tidornya dan Bapak kepada 5 beradik ni pun pulang... peliknya hanya berkain pelikat atas pusat sahaja dan kaen penutup kepala.
Tanya si Sulong "Ai bapak dari mana hensem-hensem ni". Jawab si bapak " hensem tengkorak berbelang kamu, panggil semua adik-adik kamu berkumpul, cepat!! huh". Si Sulong membisik "Lain mcm je bapak nih, period ke hape."
Lalu si sulong memanggil adik-adiknya berkumpul dan diakhiri SemeOn datang dengan terkebil-kebil menggosok mata konon dah sehari suntuk tidor, (pandai ye ko MeOn).
"Ni bapak nak tanye, siapa yang pergi potong tali tambat jamban pagi tadi??"
Kesemuanya seakan-akan pelik,"Mana kami tahu bapak, kami semua baru bangun tidor, saya bangun terawal tadi tengok adik-adik tidor lagi, dan kejutkan diorang suruh mandi." Bersuara si Sulong.. "Ha'ah la bapak Meon pun baru bangun ni... mandi pun tak lagi..." sampuk SemeOn
Memandangkan si Sulong anak yang dipercayai, terus si bapak menjawab, "Hmm baiklah".. Termenung si Bapak sesaat..
"Fuh!! selamat aku" bisik hati kecil SemeOn.
'Haaa memandangkan korang dah berkumpul nih ayah ada satu cerita, nak dengar tak" semua menjawab " nak.. nak"
Si Bapak pun bercerita " Ayah pernah cakapkan yang Bill Clinton tu President US kan??"
Angah menjawab" ha'ah ye angah ingat"
Si Bapak menyambung, " Masa Bill Clinton kecil2 dulu, dia ni seorang yang nakal, cerdik, dan PEKA. Dia ni selalu je ada idea nak kenakan kakak-kakak dan abang-abang dia, sbb dia tu selalu kena buli."
"Macam aku le tu.. huhu"bisik hati SemeOn
Bapak: "Satu pagi Bill Clinton keluar bermain di tepi rumahnya, dia terlihat pokok cherry yang selalu dipanjat oleh abang-abang dan kakak-kakaknya, dan dia tidak pernah pun dapat memanjatnya kerana masih kecil.
Oleh kerana itu, dia pun terasa cemburu dan bercadang untuk memotong pokok cherry tersebut supaya abang-abang dan kakak-kakaknya tak dapat memanjatnya lagi. Lalu Bill Clinton terus pergi ke stor rumahnya dan mengambil gergaji lalu memotong pokok cherry tersebut.
Dan selepas itu Bill Clinton masuk kerumah dan tidur disisi abang-abangnya.
Tatkala tengahari ayah Bill Clinton memanggil kesemua anak-anaknya, lalu bertanyakan siapakan yang memotong pokok Cherry tersebut, Bill Clinton bangun berdiri lalu mengangkat tangan kanannya sambil berkata," SAYA MY DAD"
Dan bapak Bill Clinton ni bertanya " Why".Clinton menjawab " becouse i'm so jelouse with my brother's and sister's, saya cemburu diorang dapat panjat pokok itu sedangkan saya tidak tambah plk diorang mengejek-ngejek saya dari atas pokok dan membaling biji-biji cherry kepada saya""Syabas anakku , kamu jujur dan bertanggungjawab atas apa yang kamu lakukan." kata bapak Clinton sambil menyeluk poket dan mengeluarkan wang USD 10.
Dan Bill Clinton terus menjadi anak kesayangan Bapaknya dan cemburulah abang-abang dan kakak-kakak Bill Clinton. Maka akhirnya sekarang Clinton telah pun menjadi President US.Tamatlah cerita Bill Clinton tu."
"uik dapat duit USD 10 pastu bapak sayang pastu abang-abang jeles, last-last jadi President. huuhuhuhuhu bestnyer..." bisik Seme0n dalam hatinya.
" Eh bapak nak tanye nih sapa yang potong tali tambat jamban tadi....???" sambung si Bapak
Di tengah-tengah abang-abangnya SemeOn pun bangun, dan berjalan ke arah bapaknya dan menjawab " SAYA BAPAK KU" sambil merenung bangga kepada abang-abangnya.."wek wek dapat duet,bapak syg aku nanti, pastu nanti jadi presiden."
Si Bapak bertanya, " Kenapa Meon buat macam tu??"
SemeOn menjawab dengan Selumber " Saje bapak, bior padan muke abang-abang Meon tak dapat berak, diorang selalu buli Meon. wek wek!! padan muka" sambil menjuih mulutnya kepada abang-abangnya.
PANG!! satu lempangan tertempek ke muka Seme0n. Terkejut dan terkasima semua yang ada disitu..
"aduss!! nape bapak ni, Bill Clinton dapat duit bile dia ngaku, ni meOn mengaku dapat Lempangan siap berBAU plak tu..waaaaaaaaaaaaaaaaaa"
weh agak-agak korang la kenapa Me0n tu kena lempang.. hikhikhik.. Me0n.. Me0n.. "Owh Bill Clinton!! kamu tahu, Bill Clinton potong pokok tapi dia PEKA. Dia pastikan abang-abangnya atau sesiapa takde kat atas pokok tu, Ni kamu Me0n main potong je tali tu, Me0n tau berapa lama bapak hanyut di sungai pastu berbatu-batu cari jalan balik......." Tegas si bapak dengan nada marah.
A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari Location : Malaya Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah Toriq : Asy-Syaazuliyyah Status : Ummu Haura' Muhammad Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya