Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan sahabat-sahabat agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sahabat-Sahabat,
Firman Allah dalam ayat 123 surah at-Taubah yang bermaksud :
"Wahai orang-orang yang beriman! Perangilah orang-orang kafir di sekitar kamu itu, dan hendaklah mereka menemui kekerasan daripadamu dan ketahuilah bahawa Allah berserta orang yang bertakwa"
Bulan Sya’aban turut merakamkan banyak peristiwa yang bersejarah antaranya peristiwa pertukaran qiblat dari Baitul Maqdis, Palestin ke Ka’abah, Mekah. Peristiwa ini berlaku setelah berlakunya penghinaan yang begitu kuat oleh puak yahudi dan kristian terhadap Islam dan segala ajaran nabi yang dikatakan meniru agama mereka kerana masih mengadap ke arah Baitul Maqdis ketika sembahyang. Fitnah yang besar ini menimbulkan kebimbangan pada hati nabi sehingga baginda memohon kepada Allah agar diubahkan arah qiblat.
Di sini kita dapat melihat bagaimana fitnah terhadap agama melalui serangan pemikiran adalah suatu yang merbahaya terutama kepada umat Islam yang kurang mengenali Islam secara mendalam. Serangan pemikiran ini boleh menyebabkan keyakinan dan keimanan umat Islam menjadi goyah dan semangat mereka semakin luntur. Kita juga dapat saksikan bagaimana kuffar sentiasa berusaha dalam menghancurkan umat Islam samada melalui serangan fizikal melalui peperangan atau pun serangan pemikiran sehingga hari ini. Jika pada zaman nabi, kuffar menjadikan hujah bahawa Islam hanya agama tiruan semata-mata mengadap Baitul Maqdis apatah lagi zaman kini di mana kebanyakan negara umat Islam menjadikan negara barat sebagai qiblat mereka dari sudut pemerintahan, ekonomi dan lainnya maka kuffar bukan sahaja dapat menguasai negara-negara umat Islam malah kebanyakan negara ini menjadi ‘pak turut’ kepada kemahuan kuffar termasuk memerangi rakyat yang mahu mengembalikan semula pemerintahan Islam yang merangkumi seluruh aspek kehidupan. Apabila Islam hanya diambil dalam masalah nikah kahwin dan ibadat fardhu sahaja dengan mengabaikan sistem kehidupan yang lain maka penghinaan Allah terus menimpa satu demi satu terhadap umat Islam. Kuffar dengan mudah mempermain dan memperkotak-katikkan umat Islam sesuka hati mereka. Akhirnya umat Islam bukan sahaja goyah keyakinan mereka terhadap kemampuan Islam untuk memerintah kerana terpesona dengan sistem tajaan kuffar yang digunakan sekian lama malah ramai yang menjadi mangsa kerasukan nafsu buas kuffar yang menyerang umat Islam secara berterusan sehingga banyak nyawa yang menjadi korban.
Sahabat-sahabat moga kita dirahmati Allah, Jika nabi merasa risau dengan serangan pemikiran yang dilancarkan oleh kuffar sebelum perubahan qiblat maka kita mesti lebih bimbang dengan serangan pemikiran yang dilancarkan oleh kuffar dalam melemahkan semangat jihad umat Islam untuk menghadapi kekejaman kuffar. Kuffar merasa selesa menyerang umat Islam kerana pemikiran kebanyakan pemimpin negara umat Islam telah berjaya dikuasai oleh mereka. Kuffar telah menggambarkan bagaimana umat Islam adalah umat yang ganas dan suka kepada peperangan bagi meraih sokongan dunia dalam memerangi kekuatan umat Islam. Umat Islam hari ini walau pun belum mampu mendirikan khilafah tetapi begitu merbahaya kepada kuasa kuffar kerana jika seluruh sistem Islam berjaya dilaksanakan maka cita-cita kuffar untuk menguasai dunia dengan terus menghisap darah manusia dan memerah keringat mereka demi mencapai matlamat keuntungan material akan gagal dan tinggal kenangan sahaja. Oleh itu kuffar terus menyerang melalui serangan pemikiran agar kesatuan umat Islam dapat dipecahkan yang membolehkan kuffar menyerang umat Islam tanpa ada tindakan sewajarnya daripada negara umat Islam sendiri terhadap keganasan kuffar itu. Malah banyak pemimpin negara umat Islam memberi ruang yang secukupnya kepada kuffar untuk membelasah dan menyerang umat Islam. Umat Islam diserang dari pelbagai arah bagaikan orang lapar yang mengadap juadah. Jumlah umat Islam yang begitu ramai tidak memberi makna kerana mereka berpecah disebabkan ada golongan yang berqiblatkan sistem kuffar dan ada golongan yang terus berjuang bagi mengembalikan semula sistem Islam untuk dilaksanakan. Kuffar mengambil peluang daripada perpecahan umat Islam untuk terus mengganyang umat Islam sesuka hati mereka.
Sahabat-Sahabat, Kita tetap yakin kepada pertolongan dan kemenangan daripada Allah yang dianugerahkan kepada pejuang Islam yang benar-benar berjuang dijalanNya. Kemenangan yang bakal diraih oleh pejuang Islam bukannya datang dengan mudah tetapi memerlukan pengorbanan yang tinggi. Bila dianugerahkan kemenangan maka kita bersyukur, jika kita diuji dengan kekalahan maka kita terus bersabar, jika kita menjadi mangsa sehingga terbunuh insyaAllah kita doakan semoga mendapat anugerah mati syahid tetapi untuk menyuruh kita daripada berhenti dalam memperjuangkan Islam yang suci ini tidak sama sekali. Perjuangan mesti diteruskan, keganasan mesti dihentikan, keadilan sejagat mesti ditegakkan. Islamlah, nescaya kita selamat dunia dan akhirat.
Firman Allah dalam ayat 33 surah Ahzab yang bermaksud :
"Di antara orang mukmin itu ada mereka yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah maka di antara mereka ada yang gugur syahid. Dan di antara mereka ada pula yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak merubah janjinya "
Labels: Renung-Renungkanlah |