SEMASA PROMOSI DIGI DI SEBERANG JAYA..
Amacam sahabat2?? Orang melayu kite pegang anjing cakap kau... Dasyat tuh... weh agak2 agak korang la kan Hang Tuah wat tak camnih... Najis Mughollazoh (Berat) nih. Slumber itik je diorang bermanja2.. punye banyak binatang lain yang halal disentuh tak mo plak diorang manja2, kambing pak Usop ada, lembu pak leman ada, kerbau pak mail ade... hmmmm. Pakai tudung pulak tu. Haduh sakit mata aku tgok... Melayu Cha!! Aku rasa dr kecik dah diajar ttg jijiknya sentuh anjing ni apetah lagi sentuh babi... ntah diaorg ni samak ke tak agaknya lepas pada tu ae... slumber badak jer..
Memang la menyentuh anjing ni boleh disamak tapi cubalah fikir apa faedahnnya kalau sekadar nak bermanja2 @ mengada2. Ni promosi DIGI liputan meluas tu tau, bukan promosi perubatan @ rawatan @ ape2 yang berkenaan... ish ish..tak tau la aku nak ckp pe lagi..
LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?
ANJING: Aku tengah tension nih . Mau je aku gigit manusia tadi.
LEMBU : eh? kenapa ?
ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing , pergi jauh-jauh, najis!".
LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu .
ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?
LEMBU: Betul tu . Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.
ANJING: Wah .. ayat ko me man g power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"
Seronok cakap kau, siap berposing dgn camera lagi.. konon nak buat kenangan la tu... Akai ada ka... apa faedahnye... ANJING adalah sebagai najis. Bagaimanapun, kita boleh menyentuhnya kerana ada KEPERLUAN atau ada sebab-sebab lain yang penting bukan nak mengada2 mcm nih.Apabila menyentuh anjing lebih-lebih dijilat atau terkena jilatan, kita perlu membasuhnya untuk menyucikan tangan atau sebagainya. Menurut pandangan mazhab Shafie:"sentuhan biasa ketika sama-sama kering tidak perlu dibasuh tujuh kali termasuk sekali dengan tanah. Ini kerana menurut Sayyid Sabiq, walaupun anjing itu najis, bulunya tidaklah sabit sebagai najis". Bagaimanapun, jika terkena jilatan anjing, hendaklah dibasuh tujuh kali termasuk dengan tanah untuk menyucikannya. Abu Hurairah meriwayatkan daripada Rasulullah (saw): “Sucinya bejana kau yang dijilat anjing ialah membasuh tujuh kali dengan air, satu yang utamanya dengan tanah.” Terdapat bukti saintifik anjing mendatangkan penyakit.
Labels: Kalam asySyafie |