Istilah umumnya, Orientalime ilmuan Barat yg melakukan penyelidikan dan pembelajaran terhadap Dunia Timur dalam semua aspek.
Manakala maksud khususnya pula ialah penyelidikan dan pembelajaran orang-orang barat terhadap dunia Timur Islam dari segi bahasa, sastera, sejarah, aqidah dan syariahnya.
Faktor Perkembangan:
1.Agama
Masyarakat Barat begitu takut dengan kekuatan Islam kerana mereka telah menyaksikan Islam pernah menguasai dunia ini. Selain itu, mereka amat membernci Islam disebabkan perasaan dendam kesumat mereka selepas mengalami kekalahan dalam peperangan Salib. Rentetan daripada itu, paderi-paderi Kristian cuba mengalihkan pandangan orang-orang kristian kepada agama Islam Dengan menimbulkan prasangka yang tidak baik demi menutup keaiban yang mereka alami.
Faktor inilah yang menjadi asas kepada kemunculan dan pertumbuhan orientalisme yang berlangsung begitu lama. Sasarannya antara lain ialah :
a. Menimbulkan keraguan ke atas kerasulan Muhammad s.a.w dan menganggap hadis Nabi sebagai amal perbuatan ummat Islam (bukannya daripada nabi) selama tiga abad pertama.
b. Menimbulkan keraguan terhadap kebenaran al-Qur’an dan memutar belitnnya.
c. Memperkecil nilai fiqh Islam dan menganggapnya sebagai saduran dari hukum Romawi.
d. Menganaktirikan bahasa Arab dan menjauhkannya dari ilmu pengetahuan yang semakin berkembang.
e. Memperkenalkan teori bahwa Islam adalah berasal dari agama Yahudi dan Nasrani.
f.Mengkristiankan ummat Islam.
g. Menggunakan hadis-hadis dha’if dan maudhu’ untuk menyokong pendapatnya dan mengembangkan teorinya.
2. Faktor ekonomi dan penjajahan
Institusi-institusi kewangan, industri-industri mega dan pihak pemerintah sendiri telah mengeluarkan banyak modal untuk kajian-kajian bagi mengenalpasti keadaan negara-negara Islam dengan lebih mendalam . Kajian tersebut sangat digalakkan terutamanya pada masa sebelum penjajahan Barat dalam abad 19 dan 20 M.
3. Faktor politik
a. Melemahkan semangat ukhuwah Islamiyah dan memecah belah ummat untuk membolehkan mereka (orang-orang Islam) dikuasai.
b. Menghidupkan bahasa Arab ‘amiyyah (bahasa pasar) dan mengubah adat istiadat yang diamalkan.
c. Para pegawai di negara-negara Islam diarahkan untuk mempelajari bahasa asing (iaitu bahasa penjajah) agar memahami kebudayaan dan agama penjajah. Tujuannya agar mereka mudah dipengaruhi dan dikuasai.
4. Faktor keilmuan
a. Sebagian orientalis ada yang mengarahkan kajian dan analisanya semata-mata untuk menambah ilmu dan pengetahuan. Sebagian mereka ada yang memahami asas-asas dan roh Islam malah ada yang memeluk Islam, seperti Thomas Arnold yang mempunyai peranan yang besar dalam menyedarkan kaum muslimin dengan bukunya ‘The Preaching in Islam’, dan Dinet yang telah memeluk Islam dan tinggal di Algeria. la menulis, buku Sinar Khusus Cahaya Islam. Ia meninggal di Perancis dan dikebumikan di Algeria.
Perasan atau tidak disebabkan faktor-faktor diatas,sekarang sudah banyak memberi kesan kepada masyarakat Islam di Malaysia khasnya. Perhatikanlah ya!! Dan bagaimana pula dengan generasi yang akan datang.
Ini baru faktor-faktor salah satu gerakan daripada gerakan-gerakan musuh Islam, bagaimanakah dengan yang lain-lainnya dan apa persedian kita mengahadapi mereka??
*adakah maklumat ini membosankan..... Labels: Gerakan Musuh Islam |
alhmdullah..menarik,suke la part tanda2 kematian.try msukkan bahan2 cm ble kanak2 bace gak.