"اَلَلَّهُمَّ صَلِّ صَلاَةً كاَمِلَةً ، وَسَلِّمْ سَلاَماً تاَماً عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ الَذِيْ تَنْحَلُّ بِهِ العُقَدُ ، وَتَنْفَرِجُ بِِهِ الكُرَابُ ، وَتُقْضَى بِهِ الحَوَائِجُ ، وَتُنَالُ بِهِ الرَغَائِبُ وَحُسْنُ الخَوَاتِيْمِ ، وَيُسْتَسْقَىْ الغَمَامُ بِوَجْهِهِ الكَرِيْمِ ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِى كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَّسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُومٍ لَكَ" ...PenaKu Merah KertasKu Putih Dan Aku Akan Terus Menulis... "بسم الله الرحمن الرحيم "
Agen
REBUT 5 SEBELUM 5
Secotet Kalam
إِقْـرَاء خـَيْرُ مَا تَجِدْ ، أُكْتـُبْ خَـيْرُ مَا تَقْرَاء ، إِحْفَـظْ خَـيْرُ مَا تَكْتُبْ
\\\ ___( ", )___ ///
Orang Berfikiran TINGGI Gemar Bicara tentang ILMU
Orang Berfikiran SEDERHANA Gemar Bicara tentang PERISTIWA
Orang Berfikiran RENDAH Gemar Bicara tentang ORANG LAIN
Orang Berfikiran CETEK Gemar Bicara tentang DIRI SENDIRI
\\\ ___( ," )___ ///
Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah


Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.."

Egypt
MyMalaysia
Meninggalkan Solat Meruntuhkan Agama

Chit Chat


Shoutbox

Free Hit Counters


Jangan Lupa Mengingati Allah

Akhbar Online

Nak tau Mati bile!! meh baca nih..
Jan 28, 2008

Tanda 100 hari sebelum hari mati.


Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


Tanda 40 hari sebelum hari mati


Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita,antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya

.

Tanda 7 hari


Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.


Tanda 3 hari


Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


Tanda 1 hari


Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda akhir


Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


Wallahu 'alam...


Labels:

posted by faQirilallah @ 1/28/2008 08:26:00 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
Powered by
ade cerita ttg aku

A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari
Location : Malaya
Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah
Toriq : Asy-Syaazuliyyah
Status : Ummu Haura' Muhammad
Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya


Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, Yang Pertama.. Tanpa Ada Yang Mengawali, Yang Terakhir.. Tanpa Ada Yang Mengakhiri, Yang Tak Terlihat.. Oleh Pandangan Orang Yang Memandang, Yang Tak Tergambarkan.. Oleh Bayangan Orangg Yang Membayangkan, KAU Ciptakan Makhluk.. Dengan KekuasaanMU, KAU Ciptakan Segala Sesuatu.. Dengan KehendakMU, Segala Puji Ya ALLAH, Yang Memberi Kami Kemampuan.. Untuk Mensyukuri NikmatMu, Yang Membuka Bagi Kami.. Pintu-Pintu Ilmu KeilahianMu, Segala Puji Ya ALLAH, Dengan Segenap Pujian Yang Dikumandangkan.. Para Malaikat.. Dan Sekalian Makhluk Yang Dimuliakan, Segala Puji BagiMU, Atas Nikmat Yang KAU Berikan.. Kepada Kami.. Hamba-HambaMU.. Yang Telah Mendahului.. Mahupun Yang Akan Datang Kemudian, Pujian Kami Aturkan kepada MU.. Sebagai Penghubung Untuk MentaatiMU.. Dan Meminta Ampunan, Sebagai Penyebab Memperoleh Redho.. Pengantar Jalan..Menuju Syurga Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, KAU Ciptakan Kami Sebagai Hamba, Dan Sebagai Umat Nabi Muhammad.. KekasihMU. ______________ __________________ _____________________

Previous Post
Archives

HotLink's
Semasa
Club's
Rakyat A.K.A Kerajaan
Blogger's Clan'z


Muaaahh Islam

Komuniti Blogger Azhari

BLOGGER

© 2005 Aboo Haura' Hidayatullah Al-Azhari Blogspot Template by Isnaini Dot Com