Imam Al-Ghazali di dalam "minhajul 'abidin" menyenaraikan 4 ujian yang menghalang manuisa untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
1. DUNIA - Dunia menghancurkan ramai orang dengan kelazatan dan keindahannya. Hari ini ramai orang yang menjadi tidak normal kerana mengejar glamor..
2. MANUSIA -Manusia juga kadangkala menjadi penghalang kebaikan. Suami yang suka mendera isteri dan anak-anak, Isteri yang tidak bersyukur dan tidak reti menjaga hak suami dan keluarga, Pemimpin yang menyalahgunakan kuasa juga sering kali menjadi penghalang kepada kebaikan.
3. HAWA NAFSU -Hawa nafsu tidak dapat dipisahkan dengan manusia. Apabila tidak dikawal, hawa nafsu menukar manusia menjadi haiwan yang tidak mengenal erti tanggungjawab.
4. SYAITAN - Syaitan ialah musuh mu yang nyata. Dia telah bersumpah untuk menyesatkan dan menghancurkan semua manusia tidak kira siapa meraka. Berwaspadalah.....
A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari Location : Malaya Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah Toriq : Asy-Syaazuliyyah Status : Ummu Haura' Muhammad Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya