Seorang lelaki sedang mengunting rambut di kedai gunting rambut... Si Pengunting itu pun berceritalah tentang pelbagai isu semasa, sehinggalah sampai kepada isu tuhan...
Si Pengunting rambut itu pun berkata:"TUHAN TIDAK WUJUD..."
Tercenggang lelaki yang digunting rambut itu.. lalu ia pun bertanya kepada pengunting rambut itu: "kenapa tuan berkata sebegitu..."
Pengunting rambut itu menjawab: "kalau lah tuhan memang wujud, kenapakah masih ramai yang mati kebuluran, ramai yang masih tidak ada tempat untuk tinggal, yang hidup merana dan kanak kanak tidak berdosa yang miskin."
Sambungnya lagi: "Kalau Tuhan ada, sudah semestinya tuhan tidak akan membiarkan ini berlaku... maknanya, sudah semestinya tuhan tidak wujud..."
Lelaki itu termenung sekejap, tidak mahulah dia bergaduh mencari pasal dengan Si tukang gunting rambut itu.. Apabila rambutnya siap digunting, lelaki itu membayar dan berjalan keluar..
Diluar kedai itu, lelaki itu terserempak dengan seorang lelaki berambut panjang, berkumis tebal dan berjanggut serapah...Lelaki itu pun masuk kembali ke kedai gunting rambut itu dan berkata: "TUKANG GUNTING RAMBUT TIDAK WUJUD..."
Terkejut si Tukang gunting, lalu marahi lelaki tersebut :"Kan aku baru saja memotong rambut engkau, mencukur jambang engkau dan menipiskan kumis engkau? Jadi mestilah aku wujud.... "
Lelaki itu pun menarik tangan tukang gunting itu dan menunjuk kepadanya lelaki yang berambut panjang, berkumis tebal dan berjanggut serapah itu tadi, sambil berkata, " Kalau tukang gunting wujud, takkan pula masih ramai lagi orang yang rambutnya tidak bergunting, misainya terbiar dan janggutnya tidak tercukur? Mesti tukang gunting tidak wujud!"
Sambungnya lagi: "Sebenarnya Tukang gunting itu wujud, macam tuhan juga wujud... tetapi ramai yang tidak tahu untuk berjumpa dengan tukang gunting maupun tuhan.. mereka lupa bahwa tuhan sentiasa ada, tetapi mereka tidak mencari Tuhan... mereka lupa untuk berdoa dengan tuhan...mereka yang melupakan tuhan... itu saja..."
Jadi ingatlah Allah tuhan kita,Allah sentiasa ada dan sentiasa menanti doa-doa kita..
A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari Location : Malaya Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah Toriq : Asy-Syaazuliyyah Status : Ummu Haura' Muhammad Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya