Setiap manusia yang sempurna mengimpikan alam perkahwinan. setuju?! huhu so sure la ada yg bercita-cita nak mengadakan kenduri-kendara yg grand-grand, bersanding, pakai itu pakai ini dan macam-macam lagi... confirm punye la..
Memang isu ini seakan-akan remeh tapi pikir balik la, Ini cerita nak bina sebuah keluarga, kalau awal-awal pembentukan keluarga dah ada sumber-sumber haram, agak-agaknya berkat ke ae??!! n bagaimana pulak pabila keluarga dah berkembang nanti..renung-renungkanlah ye...
So mari sama-sama kita enjoy dalam menelusuri hukum-hakam berkenaan perkahwinan xspcially majlis persandingan dimana ada suara-suara yg mengatakan: " ele takde bersanding, takde maknanye.. baik tak yah kahwin". hmm kawen utk bersanding ker!!
Kadang tu nak tergelak pun ade bile dengar kata-kata mcm tu, tp inilah hakikat minda masyarakat Melayu sekarang.. Salah siapa?? sendiri jawablah ye....
Oleh yg demikian,disini Si tukang taip ni telah mencubit semuka dua berkenaan adat bersanding dah hukum2nya.. rightcopy_Panduan Lengkap Kehidupan Muslim.PMRAM
--->" Biasanya pengantin akan diarak dengan iringan paluan kompang, manakala kanak-kanak membawa bunga manggar. Serentak dengan itu, adat menabur "ambo-ambo" iaitu pulut kuning beserta wang syiling kepada tetamu dijalankan sebagai meraikan kanak-kanak. Pertunjukan silat juga dipersembahkan untuk mengekalkal adat Melayu.
Selepas itu, ada sesetengah adat akan memberi bunga atau telur kepada pengantin untuk dicium atau ditiup, kononnya sebagai ubat untuk mengelakkan daripada sawan pengantin. Seterusnya pengantin akan dibawa daripada ke dalam rumah untuk disandingkan dan bergaya di hadapan tetamu.
Setelah makan beradap diadakan, pengantin akan dibawa ke halaman rumah untuk bersalaman dengan para tetamu dan orang-orang yang membantu memeriahkan majlisnya. Pada waktu malam pula, biasanya diadakan majlis makan malam. Di dalam majlis itu, adat memotong kek, nyanyi-nyanyian atau hiburan akan dijalankan. Kebiasaannya pada malam itu, pengantin lelaki akan memakai pakaian moden ala inggeris manakala pengantin perempuan pula bergaun labuh dan bersarung tangan. Majlis ini biasanya dihadiri oleh kawan-kawan serta para sahabat handai dari kedua-dua belah pihak.
Disisi Syarak' setiap uparaca yang mempertontonkan pasangan pengantin di khalayak ramai adalah HARAM kerana akan menimbulkan fitnah. Cara terbaikialah perarakan yang dijalankan sepatutnya kepada pengantin lelaki sahaja bahkan itulah yang digalakkan sebagai menandakan kegembiraan menyambut hari perkahwinan.
Ada pun ambo beserta duit syiling yang ditabur, ia dibolehkan bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Manakala upacara bersalaman dengan tetamu dan orang-orang yang membantu memeriahkan majlis tersebut dikira berdosa sekiranya bersalaman antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.Sebagai penyelesaiannya ialah bersalaman itu dilakukan diantara pengantin perempuan dengan tetamu perempuan sahaja manakala pengantin lelaki dengan tetamu sahaja.
Berkenaan dengan bersalaman, Ketua Majlis Fatwa Al-Azhar menyatakan: " bersalaman antara lelaki dan perempuan dengan berlapik serta tidak ada shahwat adalah tidak haram. adapun tanpa berlapik atau menimbulkan fitnah atau bersyahwat maka hukumnya haram."
Jika sekiranya bai'ah uang merupakan perkara besar dilarang berjabat tangan dengan perempuan, maka dalam keadaan biasa terlebih utama dirahamkan. Namun begitu, sebahagian ulama' membolehkan bersalaman dengan perempuan tua tanpa berlapik tetapi hukumnya makruh.
Adapun masalah hiburan ketika majlis perkahwinan, memang ia disuruh oleh Islam selagi menepati Syara' kerana hari perkahwinan adalah hari bersuka ria". <---
Hmm macam mana?! jelaskan pe yang diperkatakan...kan fitnah tu lebih teruk dari membunuh dosanya.. Sama-samalah kita berdoa agar tidak melakukan perkara-perkara yang melanggar hukum syara'. Biasalah kita ni manusia terkadang terlupa dan terlalai dengan dunia. Lagi pulak iman manusia ni kejap bertambah kejap berkurang. "Moga2 Allah menambah dan menguatkan Iman kita dari hari kehari seterusnya mengekalkannya." Jika kita melakukan kesilapan, pintu taubat masih lagi terbuka selagi Seng Mentari tidak terbit di ufuk barat. itu janji Allah... mari sama2 kita mulakan sesuatu itu dengan perkara kebaikan, InsyaAllah perkembangannya kebaikan jua.
hai la kawen.... . . . . . . *owh ye sebelum terlupa..
Berkenaan Buku "Panduan Lengkap Kehidupan Muslim"
Pengisiannya bagus utk mereka yang bergelar muslim tertutamanya mahasiswa-mahasiswa al-Azhar.
Pengarangnya gandingan duet mantap graduan al-Azhar iaitu :
Ustaz Hj Wan Nik Azran Muhamed dan Ustazah Warnidah Wan Abdul Razak...
Boleh didapati di:
*stokis2 PMRAM yang berdekatan
*stokis2 BKAN (BKAN selangor x sure k)
*Stokis2 Setiap Muhafazah (utk yg di Mesir sahaja). *Dan Utk yg jauh dari Mesir boleh membuat kiriman dari sahabat handai, anak buah, or ahli keluarga.
Harga : *Mesir _ L.E 48.
*Malaysia _RM30 or RM20 lebih(anggaran)
tak termasuk tiket kapal terbang pergi dan balik @ wang pos ..
A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari Location : Malaya Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah Toriq : Asy-Syaazuliyyah Status : Ummu Haura' Muhammad Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya