"اَلَلَّهُمَّ صَلِّ صَلاَةً كاَمِلَةً ، وَسَلِّمْ سَلاَماً تاَماً عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ الَذِيْ تَنْحَلُّ بِهِ العُقَدُ ، وَتَنْفَرِجُ بِِهِ الكُرَابُ ، وَتُقْضَى بِهِ الحَوَائِجُ ، وَتُنَالُ بِهِ الرَغَائِبُ وَحُسْنُ الخَوَاتِيْمِ ، وَيُسْتَسْقَىْ الغَمَامُ بِوَجْهِهِ الكَرِيْمِ ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِى كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَّسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُومٍ لَكَ" ...PenaKu Merah KertasKu Putih Dan Aku Akan Terus Menulis... "بسم الله الرحمن الرحيم "
Agen
REBUT 5 SEBELUM 5
Secotet Kalam
إِقْـرَاء خـَيْرُ مَا تَجِدْ ، أُكْتـُبْ خَـيْرُ مَا تَقْرَاء ، إِحْفَـظْ خَـيْرُ مَا تَكْتُبْ
\\\ ___( ", )___ ///
Orang Berfikiran TINGGI Gemar Bicara tentang ILMU
Orang Berfikiran SEDERHANA Gemar Bicara tentang PERISTIWA
Orang Berfikiran RENDAH Gemar Bicara tentang ORANG LAIN
Orang Berfikiran CETEK Gemar Bicara tentang DIRI SENDIRI
\\\ ___( ," )___ ///
Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah


Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.."

Egypt
MyMalaysia
Meninggalkan Solat Meruntuhkan Agama

Chit Chat


Shoutbox

Free Hit Counters


Jangan Lupa Mengingati Allah

Akhbar Online

Haramnya persandingan Kalau...
May 2, 2008
Assalamualaikum Sahabat2,

Sekarang ini banyak perkara yang salah yang kita lakukan sama ada dalam keadaan sedar atau pun tidak. Mengapa agaknya?? Jawapannya tentulah "NAFSU".

Oleh itu saya bawa diri saya dan sahabat sekalian menelusuri salah satu point dari tajuk tesis saya yang mana sering kita jumpa di dalam alam Melayu iaitu bersanding. Sebelum kita pergi lebih jauh cuba kita tengok what are the differnces n similarities between the pix?



____________________________________________________________________
So dimanakah kita?


Straight to the point. Saya datangkan sebab-sebab HARAMnya perSANDINGan mengikut logikanya dari pandangan kaca mata Islam, bersanding ketika majlis perkahwinan akan jatuh hukum haram jika :

1. Terdapat pembaziran sama dari aspek kewangan, masa dan tenaga.

Sudut Kewangan

Saya rasa sahabat juga makruf mengenai ini, bila si pengantin mahu bersanding tidak dapat tidak mereka akan menjejakkan kaki mereka ke butik-butik untuk menyewa baju pengantin, bukannya sehelai dua, tetapi berhelai-helai. Selain itu, bayaran untuk make up, tempahan wedding stage, dewan dan sebagainya...

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan.” (al-Isra’ 27).

Sudut Masa

Bila mana satu bersandingan itu dilakukan dalam tempoh yang lama sudah pasti kewajipan-kewajipan lain terabai, apatah lagi kewajipan kita kepada Sang Khaliq. Hayatilah surah al-Asr.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian, kecuali mereka yang beramal Soleh dan berpesan kebenaran dan kesabaran." (Al-Asr 1 - 3)

Sudut Tenaga

Ramai orang yang akan bersibuk-sibuk dalam menyiapkan segala persiapan, dan kadang-kadang membawa kepada tidak cukup rehat dan akhirnya kepenatan. Akhirnya tuntutan kita kepada Allah terabai. Saya ingatkan kepada diri saya dan sahabat-sahabat, kita hidup di dunia ini adalah untuk mengabdikan diri kita kepada Allah, ini bermakna setiap pergerakan dan perbuatan kita dengan mengingati Allah. Bukanlah tujuan kita didunia ini untuk memenuhi kehendak hawa nafsu.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

"Tidak AKU jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri"(Az-Zariyyat: 56)

2. Terdapat unsur Berhias-hias dan Berandaman.

Disini terdapat dua sudut yang perlu dilihat secara perinci. Dimana keduanya amat berkaitrapat.

Sudut Berhias (tabarruj).

Bukankah si isteri untuk hiasan si suami. Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang oleh Allah S.W.T.

Firman Allahu 'azla WaJalla yang bermaksud:

"Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)

Sudut Berandaman.

Bila kata berhias si pengantin sudah pastilah berkait dengan berandam. Jelasnya perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui / merubah kecantikan yang sebenar adalah telah diharam.

Hadis Riwayat Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud:

"Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)

3. Terdapatnya unsur Tepung Tawar mengunakan beras dan seumpama.

Secara logikanya, beras adalah makanan rutin masyarakat Melayu khususnya, yang mana zakat juga harga boleh dikeluarkan darinya. Dan tanpa beras juga berkemungkinan besar masyarakat Melayu akan mati kelaparan. Perlu diketahui diluar sana terdapat berjuta-juta miskin tegar yang ketandusan makanan, tetapi kita disini sesuka hati membazirnya hanya untuk tujuan ini.

Teringat saya akan kata-kata Dato' Mufti Harussani mufti negeri Perak Darul Ridzuan dalam pertemuan beliau dan Delegasi-delegasi Kerajaan Negeri Perak bersama para penuntut Universiti Al-Azhar (anak Perak) di Cairo baru-baru ini, Beliau menyatakan bahawa merenjis tepung tawar(menggunakan beras) adalah perbuatan Membazir dan HARAM. Saya ingat sekali lagi kepada diri saya dan sahabat-sahabat, orang-orang yang membazir itu saudara syaitan. Dan ingat juga bahawa syaitan itu musuh yang nyata.

Gambar diatas adalah Upacara Tepung Tawar Orang Melayu


Dan apakah pula yang ini??

Agak-agak ini tangan bangsa mana ae?? Apa ditangan mereka ??


Dan kita pergi pula secara hakikatnya. Lihatlah pada gambar di atas. Tentunya terang lagi bersuluh perbuatan ini adalah terpengaruh dengan Agama yang mula-mula bertapak di Tanah Melayu.

Pengaruh ini datangnya daripada agama Hindu yang menggunakan "Abu Suci" untuk diletakkan pada dahi, dan orang-orang melayu menukarkan debu itu kepada tepung tawar. Penukaran ini dilakukan oleh bomoh-bomoh Melayu dahulu kala.

Terdapat di dalam adat ini kepercayaan kepada jin boleh merosakkan kehidupan manusia yang perlu diminta pertolongan darinya. Selain itu kepercayaan adanya semangat pada tepung tawar iaitu seri mani seperti mana yang diterangkan di dalam bab dua tesis Diploma saya yang bertajuk "Kepercayaan Orang Melayu Sebelum Kedatangan Islam Dan Kesannya Terhadap Adat-Adat Melayu Masa Kini" dan juga disini terdapat kepercayaan kepada keberkatan tepung tawar itu sendiri.

Adat merencis tepung tawar ini juga terdapat di dalam upacara persandingan masyarakat Melayu. Jika diperhatikan secara luarannya terdapat unsur pembaziran yang mana perlaksanaannya hanya untuk suka-suka dan malahan ianya bukanlah ajaran Islam. Bahan-bahan yang digunakannya pula ialah minyak wangi, beras biasa dan beras pulut daun pandan dan sebagainya yang mana menurut agama Hindu di dalam terdapat simbolik tertentu misalnya beras mempunyai semangat kehidupan yang sihat dan kuat. Jelasnya ini amat bertentangan dengan Agama Allah S.W.T serta Sunnah Rasulullah S.A.W. Dan inilah yang dikatakan Bid'ah yang sesat (Dholalah).

Rasulullah S.A.W dalam sabda baginda:

"Sebaik-baik bicara adalah Kitab Allah dan sebaik,baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad S.A.W, Seburuk-buruk perkara ialah yang diada-adakan dan setiap yang diada-adakan (dalam bab keimanan) itu bid'ah dan setiap bid'ah itu sesat"

Terdapat pernambahan di dalam kitab yang sama berkenaan hadis Rasulullah s.a.w diatas menurut riwayat al-Baihaqi yang bermaksud:

"Dan setiap kesesatan itu di dalam neraka (tempatnya)."

[Imam Muslim kitab Sahih Muslim (bi Syarah al-Nawawi), Bab Takhfif al- Solah wa al-Khutbah: kitab al-Jumu'ah, No. Hadis 418]

Dalil membuktikan kita diharamkan mengikut jejak selain Islam ialah sabda Nabi Muhammad Al-Mustofa S.A.W yang bermaksud:

"Siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia daripada kaum itu."

Dalam riwayat yang lain:"..........dan akan dibangkitkan bersama-sama mereka (kaum yang diserupainya)."

P/S: Slogan biar mati anak jangan mati adat, pada pendapat saya memang tidak boleh digunapakai. Ini kerana anak-anak adalah anugerah dan amanah Allah S.W.T yang perlu dihargai, disyukuri dan dijaga sebaik mungkin, malah doa-doa merekalah yang membantu kita di Alam Kubur nanti. Anak-anak adalah merupakan tanggungjawab yang berat ke atas ibubapa atau penjaganya.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Apabila mati seorang anak Adam, terputus amalannya kecuali tiga perkara, iaitu amal jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh.”

Diatas terdapat dalil-dali dari Al-Quran Al-Karim Dan juga Hadith RasuluLlah S.A.W. Jadi jika kita ini mengaku sebagai umat Islam maka ikutlah keduanya. Jangan hanya mengaku tanpa amal.

Sabda Kekasih Ummat Islam Nabi Muhammad S.A.W :

"Aku tinggalkan pada kalian dua perkara yang kalian tidak akan sesat setelah berpegang dengan keduanya yaitu Kitab Allah dan Sunnahku.” (Riwayat Al-Hakim dari Abu Hurairah, 1/172, lihat Shahih Al-Jami’ no. 2937 dan Ash-Shahihah no. 1761)

katakan kebenaran walaupun ianya pahit...



Untuk Maklumat Tambahan sila rujuk:
* http://www.e-ulama.org/Tanya/Default.asp?mode=0&ID=688

* Hidup pun Hindu mati pun Hindu http://www.mail-archive.com/hira@alumni-hira.org/msg01105.html

# Saya berharap agar sahabat membantu saya menambah apa yang kurang pada artikal kali ini. sekian Wassalam...

Labels:

posted by faQirilallah @ 5/02/2008 04:56:00 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
Powered by
ade cerita ttg aku

A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari
Location : Malaya
Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah
Toriq : Asy-Syaazuliyyah
Status : Ummu Haura' Muhammad
Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya


Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, Yang Pertama.. Tanpa Ada Yang Mengawali, Yang Terakhir.. Tanpa Ada Yang Mengakhiri, Yang Tak Terlihat.. Oleh Pandangan Orang Yang Memandang, Yang Tak Tergambarkan.. Oleh Bayangan Orangg Yang Membayangkan, KAU Ciptakan Makhluk.. Dengan KekuasaanMU, KAU Ciptakan Segala Sesuatu.. Dengan KehendakMU, Segala Puji Ya ALLAH, Yang Memberi Kami Kemampuan.. Untuk Mensyukuri NikmatMu, Yang Membuka Bagi Kami.. Pintu-Pintu Ilmu KeilahianMu, Segala Puji Ya ALLAH, Dengan Segenap Pujian Yang Dikumandangkan.. Para Malaikat.. Dan Sekalian Makhluk Yang Dimuliakan, Segala Puji BagiMU, Atas Nikmat Yang KAU Berikan.. Kepada Kami.. Hamba-HambaMU.. Yang Telah Mendahului.. Mahupun Yang Akan Datang Kemudian, Pujian Kami Aturkan kepada MU.. Sebagai Penghubung Untuk MentaatiMU.. Dan Meminta Ampunan, Sebagai Penyebab Memperoleh Redho.. Pengantar Jalan..Menuju Syurga Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, KAU Ciptakan Kami Sebagai Hamba, Dan Sebagai Umat Nabi Muhammad.. KekasihMU. ______________ __________________ _____________________

Previous Post
Archives

HotLink's
Semasa
Club's
Rakyat A.K.A Kerajaan
Blogger's Clan'z


Muaaahh Islam

Komuniti Blogger Azhari

BLOGGER

© 2005 Aboo Haura' Hidayatullah Al-Azhari Blogspot Template by Isnaini Dot Com