"اَلَلَّهُمَّ صَلِّ صَلاَةً كاَمِلَةً ، وَسَلِّمْ سَلاَماً تاَماً عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ الَذِيْ تَنْحَلُّ بِهِ العُقَدُ ، وَتَنْفَرِجُ بِِهِ الكُرَابُ ، وَتُقْضَى بِهِ الحَوَائِجُ ، وَتُنَالُ بِهِ الرَغَائِبُ وَحُسْنُ الخَوَاتِيْمِ ، وَيُسْتَسْقَىْ الغَمَامُ بِوَجْهِهِ الكَرِيْمِ ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِى كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَّسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُومٍ لَكَ" ...PenaKu Merah KertasKu Putih Dan Aku Akan Terus Menulis... "بسم الله الرحمن الرحيم "
Agen
REBUT 5 SEBELUM 5
Secotet Kalam
إِقْـرَاء خـَيْرُ مَا تَجِدْ ، أُكْتـُبْ خَـيْرُ مَا تَقْرَاء ، إِحْفَـظْ خَـيْرُ مَا تَكْتُبْ
\\\ ___( ", )___ ///
Orang Berfikiran TINGGI Gemar Bicara tentang ILMU
Orang Berfikiran SEDERHANA Gemar Bicara tentang PERISTIWA
Orang Berfikiran RENDAH Gemar Bicara tentang ORANG LAIN
Orang Berfikiran CETEK Gemar Bicara tentang DIRI SENDIRI
\\\ ___( ," )___ ///
Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah


Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.."

Egypt
MyMalaysia
Meninggalkan Solat Meruntuhkan Agama

Chit Chat


Shoutbox

Free Hit Counters


Jangan Lupa Mengingati Allah

Akhbar Online

Nasihat Opah
Jun 12, 2008

Assalamu'alaikum wa rahmatuLlah,

Suatu ketika dahulu, di usia kecil aku dan adik2 tinggal dalam satu big family, iaitu family Atuk & Opah serta pakcik2 & makcik2. Myparent is white coller worker, so sifu2 aku dan adik2 tentulah Atuk, Opah, Pakcik2 & makcik2. Jadi disinilah bermulanya kisah kami dalam satu kehidupan, di sini aku dan adik2 banyak menerima nasihat dan bimbingan dari mereka semua. Tak pernah pun mereka mengherdik @ menghina kami, marah tu adalah itupun sebab kitorang buat salah.

Dan yang aku nak ceritakan disini bukanlah kisah kami tapi aku nak kongsikan beberapa nasihat dari opah aku yang still aku amalkan sampai ke hari ini. Tak sure bila opah aku nasihatkan aku perkara ini tapi yang pasti time aku di zaman sekolah rendah lagi.

Opah aku ni selalu menekankan aspek kebersihan, yang paling ditekankan ialah kebersihan diri. Walaupun perkara macam ni nampak remeh tapi ramai yang aku tengok selalu abaikan. Kadang2 tu ada yang selumber je korek hidung depan khalayak ramai. Ada yang mulut berbau bila bercakap, ada yang kuku hitam dengan tahi kuku. Tak senonoh betul, nak ku tegur kang dia jugak yang malu.. Hadoi!!

Antaranya nasihat Nenda kesayangan aku ni :

  • Tatkala Bangun pagi, perkara yang first aku kena buat ialah basuh muka dan masukkan air ke dalam hidung dan hembus. Ini bertujuan untuk mencuci hidung dari habuk-habuk dan kerak-kerak hingus di dinding hidung, juga mencegah dari mendapat penyakit hidung samada resdOng @ jerawat dalam hidung @ bisul dalam hidung..

  • Sebelum mandi, Opah aku selalu suruh ambik baju tidur yang dipakai malam tadi dan gosok dimuka terutama hidung dan dahi macam picit jerawat tu. Opah aku kata untuk hilangkan jeragat-jeragat dan bintik hitam dimuka. Barulah muka sentiasa licin dan berseri. Tak payah pakai " Clean N Clear " huhuhu. AlhamduliLlah sekarang ni muka aku tak lah teruk dengan masalah jerawat dan jeragat.

  • Dengan menggunakan berus gigi bukan sahaja gigi yang diberus malah lidah & lelangit juga turut diberus. Ini kerana apabila seseorang itu hanya memberus gigi tanpa memberus lidah, lender air liur basi masih lagi berada diatas permukaan lidah so mulut still berbau. Tujuan memberus lidah untuk mengelakkan mulut berbau dan merangsangkan kecerdasan otak. Opah aku cakap kalau nak bagi orang nak berkawan dengan kita kena la gosok lidah & lelangit, yela kalau tak mulut bau busuk. Sapa nak dekat dengan orang mulut busukkan!!

  • Zaman sekolah rendah dulu, waktu pagi-pagi bile nak ke sekolah kadang2 Opah mandikan aku. Huhuhu, rindu saat zaman tu. Time dimandikan tu opah aku berus2 badan aku dengan berus sabut, di tapak kaki, betis, lengan, ketiak dan belakang badan. Opah aku cakap tujuannya nak hilangkan daki dan kotoran dibadan supaya badan tak berbau barulah ramai orang suka kita.

Erm banyak lagi nasihat-nasihat dari opah aku, tapi cukuplah yang ni je aku kongsikan dulu. Mungkin dimasa yang lain aku kongsikan lagi. Ini baru nasihat-nasihat dari opah aku, belum lagi dari Atuk, dari makcik2 dan dari pakcik2 aku. Banyak jugaklah. Bukti dari nasihat mereka, aku dan adik-adik aku AlhamduliLlah kini menjadi seorang Manusia. Terima Kasih Opah, Atuk serta pakcik2 dan makcik2 ku. I love u all. Jasa kalian takkan kami lupakan. Dan nasihat-nasihat kalian akan kami praktikkan kepada generasi akan datang, kire anak-anak kamilah. Hehehe.

CUCU_OPAH


10 Fitrah manusia cantik

1. Membetulkan misai. Lelaki yang menyimpan misai harus memastikannya dalam keadaan terurus dan digunting apabila perlu agar ia sentiasa kelihatan kemas dan bersih. Jika perempuan tumbuh misai, maka wajiblah dibuang.

2. Menjaga janggut. Menyimpan janggut adalah salah satu daripada sunnah Rasulullah s.a.w. Bagaimana pun, dalam masa yang sama ia mesti dijaga rapi.

3. Memendekkan kuku. Segala kotoran tidak melekat serta memudahkan air sembahyang sampai ke celah-celah kuku jika ia dipendekkan.

4. Membersihkan sendi tangan. Memastikan celah-celah jari serta tangan sentiasa digosok dan dibersihkan sebagaimana yang dianjurkan semasa mengambil wuduk.

5. Membersihkan sendi kaki. Ia boleh dilakukan semasa mengambil wuduk atau semasa mandi.

6. Kebersihan hidung. Dengan beristinsyaq atau menyedut air ke dalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersih, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung.

7. Mencabut dan membersihkan bulu ketiak. Islam tidak menggalakkannya dicukur kerana ia akan menyebabkan bulu ketiak cepat tumbuh dan lebih kasar. Sunnat dicabut sedikit-sedikit.

8. Kebersihan mulut. Dengan menggosok gigi atau bersiwak (afdalnya bersiwak@sugi) ketika berwuduk, sebelum solat, ketika mulut berbau, ketika masuk rumah, bangun tidur dan ketika hendak belajar.

9. Mencukur bulu ari-ari. Islam tidak menggalakkan dicabut kerana akan mengendurkan otot-otot di sekitarnya.

10. Mencebuk air. (mandi dan membasuh bahagian sulit). Dalam Islam, wanita diwajibkan (lelaki juga, sekiranya perlu) berdehem semasa dan selepas membuang air kecil agar ia tidak bersisa.

Labels:

posted by faQirilallah @ 6/12/2008 10:55:00 PM  
1 Comments:
  • At June 20, 2008 at 2:08 AM, Anonymous Anonymous said…

    please sign petition Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (GERAMM)di http://www.petitiononline.com/geramm/petition.html & http://www.geramm.org for GERAMM page.

    p/s:nak mintak tolong letak banner GERAMM di blog anta.URL untuk banner GERAMM,anta leh dapat dari www.geramm.org ....thanks...

     
Post a Comment
<< Home
 
Powered by
ade cerita ttg aku

A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari
Location : Malaya
Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah
Toriq : Asy-Syaazuliyyah
Status : Ummu Haura' Muhammad
Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya


Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, Yang Pertama.. Tanpa Ada Yang Mengawali, Yang Terakhir.. Tanpa Ada Yang Mengakhiri, Yang Tak Terlihat.. Oleh Pandangan Orang Yang Memandang, Yang Tak Tergambarkan.. Oleh Bayangan Orangg Yang Membayangkan, KAU Ciptakan Makhluk.. Dengan KekuasaanMU, KAU Ciptakan Segala Sesuatu.. Dengan KehendakMU, Segala Puji Ya ALLAH, Yang Memberi Kami Kemampuan.. Untuk Mensyukuri NikmatMu, Yang Membuka Bagi Kami.. Pintu-Pintu Ilmu KeilahianMu, Segala Puji Ya ALLAH, Dengan Segenap Pujian Yang Dikumandangkan.. Para Malaikat.. Dan Sekalian Makhluk Yang Dimuliakan, Segala Puji BagiMU, Atas Nikmat Yang KAU Berikan.. Kepada Kami.. Hamba-HambaMU.. Yang Telah Mendahului.. Mahupun Yang Akan Datang Kemudian, Pujian Kami Aturkan kepada MU.. Sebagai Penghubung Untuk MentaatiMU.. Dan Meminta Ampunan, Sebagai Penyebab Memperoleh Redho.. Pengantar Jalan..Menuju Syurga Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, KAU Ciptakan Kami Sebagai Hamba, Dan Sebagai Umat Nabi Muhammad.. KekasihMU. ______________ __________________ _____________________

Previous Post
Archives

HotLink's
Semasa
Club's
Rakyat A.K.A Kerajaan
Blogger's Clan'z


Muaaahh Islam

Komuniti Blogger Azhari

BLOGGER

© 2005 Aboo Haura' Hidayatullah Al-Azhari Blogspot Template by Isnaini Dot Com