Ini ialah doa yang diajar oleh malaikat Jibril 'alaihissalam kepada baginda RasuluLlah s.a.w untuk membakar jin Ifrit yang mengekori kepada peristiwa Isra' Mikraj.
" قُلْ أَعُوذُ بِوَجْهِ اللهِ الكَرِيمِ وَبِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامّآتِ الَّتىِ لاَ يُجَاوِزُ هُنَّ بَرٌّ وَلاَ فَاجِرٌ مِنْ شَرِّماَ يَنْزِلُ مِنَ السَّمَآءِ وَمِنْ شَرِّماَ يَعْرُجُ فِيهاَ وَمِنْ شَرِّماَ ذَرَأَ فِيهاَ وَمِنْ يُخْرِجُ مِنْهاَ وَمِنْ فِتَنِ اللَّيلِ وَالنَّهَارِ إِلاَّ طاَرِقاًَ بَطْْرُقُ بِخَيْرٍ ياَ رَحْمَن " Ertinya:
" Aku berlindung kepada Tuhan Yang Maha Mulia dengan firman-firmanNya yang cukup sempurna, yang tidak boleh dilanggar oleh orang yang soleh mahupun orang yang derhaka,
daripada bahaya yang menimpa yang turun dari langit mahupun naik,
daripada bahaya makhluk Allah yang melata di bumi mahupun yang keluar dari bumi,
daripada bahaya godaan malam dan siang, kecuali yang datang membawa rahmat.
Perkenankanlah ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah."
Cara-Cara untuk mengubat pesakit :
Mengucap 2 kalimah Syahadah _ 3x
Istighfar _ 3x
Selawat keatas Nabi s.a.w _ 3x
Hadiahkan pahala bacaan al-Fatihah kepada RasuluLlah s.a.w dan Ahli Sunnah wal-Jamaah _ 1x
Berdoa untuk si pesakit :
"Ya Allah ya Tuhanku, aku mohon padaMu dengan kuasa KemuliaanMu, KeagunganMu, KebesaranMu, KetinggianMu, KehebatanMu, sembuhkanlah pesakit ……(nama pesakit)….."
*Doa dengan menyebut Sifat-sifat Allah.
Istighfar _ 7x
Selawat keatas Nabi s.a.w _ 7x
Tasbih سبحان الله ) ) _ 7x
Fatihah _ 7x
Ayatul Qursi _ 7x
*Bacaan yang kali yang ke 7, sampai di ayat
" وَلاَ يَؤُوْدُهُ حِفْظُهُماَ وَهُوَ الْعَلِىُّ العَظِيمُ " _ Ulang 99x @ 313x.
Baca Doa yang Jibril ajarkan kepada Nabi s.a.w ketika peristiwa Isra' Mikraj _7x
P/s -Pesakit dalam keadaan baring, dan Si Pengubat memegang dibahagian kepala (ubun-ubun) pesakit sambil bacakan semua doa dan ayat-ayat Quran seperti diatas. Setelah selesai membaca doa dan ayat-ayat Quran tadi, hembus @ tiup perlahan2 kedalam air yang telah disediakan.
Si Pengubat digalakkan solat sunat 2 rakaat sebelum mengubati pesakit @ solat taubat @ solat hajat. (pastikan si pengubat didalam keadaan bersihkan dan suci). Niat kerana Allah S.W.T.
* Untuk yang terkena Histeria:
-Baca ayatul Qursi _ 7x
*Bacaan yang kali yang ke 7, sampai di ayat :
" وَلاَ يَؤُوْدُهُ حِفْظُهُما وَهُوَ الْعَلِىُّ العَظِيمَُ " Ulang 99x @ 313x.
* Untuk yang terkena sihir @ santau :
-Sediakan 6 Biji kelapa muda
-Setelah dibacakan doa dan ayat-ayat al-Quran, minum dihalaman rumah (luar rumah) 4 @ 5 biji kelapa dan yang ke 6 dimandikan.
* Untuk yang terkena Saka :
-Sediakan 2 baldi air
-Setelah dibacakan doa dan ayat-ayat al-Quran, 1 baldi dibuat mandi dan satu baldi lagi dibuat minum selama 44 hari
A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari Location : Malaya Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah Toriq : Asy-Syaazuliyyah Status : Ummu Haura' Muhammad Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya