"اَلَلَّهُمَّ صَلِّ صَلاَةً كاَمِلَةً ، وَسَلِّمْ سَلاَماً تاَماً عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ الَذِيْ تَنْحَلُّ بِهِ العُقَدُ ، وَتَنْفَرِجُ بِِهِ الكُرَابُ ، وَتُقْضَى بِهِ الحَوَائِجُ ، وَتُنَالُ بِهِ الرَغَائِبُ وَحُسْنُ الخَوَاتِيْمِ ، وَيُسْتَسْقَىْ الغَمَامُ بِوَجْهِهِ الكَرِيْمِ ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِى كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَّسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُومٍ لَكَ" ...PenaKu Merah KertasKu Putih Dan Aku Akan Terus Menulis... "بسم الله الرحمن الرحيم "
Agen
REBUT 5 SEBELUM 5
Secotet Kalam
إِقْـرَاء خـَيْرُ مَا تَجِدْ ، أُكْتـُبْ خَـيْرُ مَا تَقْرَاء ، إِحْفَـظْ خَـيْرُ مَا تَكْتُبْ
\\\ ___( ", )___ ///
Orang Berfikiran TINGGI Gemar Bicara tentang ILMU
Orang Berfikiran SEDERHANA Gemar Bicara tentang PERISTIWA
Orang Berfikiran RENDAH Gemar Bicara tentang ORANG LAIN
Orang Berfikiran CETEK Gemar Bicara tentang DIRI SENDIRI
\\\ ___( ," )___ ///
Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah


Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.."

Egypt
MyMalaysia
Meninggalkan Solat Meruntuhkan Agama

Chit Chat


Shoutbox

Free Hit Counters


Jangan Lupa Mengingati Allah

Akhbar Online

Jangan menganyam cinta hanya di bibir sahaja!!
Sep 12, 2009
Ada orang apabila mendengar kalimah C.I.N.T.A , "Eeeeee". Konon jijik, geliMATT, sinis dan sebagainya. Sedarkah dgn cinta manusia semua bahagia !! Allah Sentiasa mencintai hamba2nya, begitu juga dengan Rasulullah s.a.w yang begitu mencintai ummatnya.

Mencintai seseorang adalah perkara yang mesti berlaku dalam hidup. Dan ini menunjukkan seseorang itu merupakan seorang yang normal kerana mempunyai perasaan cinta dan ingin dicinta. Namun Sejauhmanakah seseorang itu mampu membuktikan cintanya kepada orang yang dicintainya? @ dengan ertikata yang lain jujur dengan cintanya..

Apabila kita berkata tentang cinta, banyaklah persoalan-persoalan yang akan timbul. Namun persoalan pokok yang patut diingat dan difikirkan antaranya ialah :

A . Mengaku mencintai adakah ianya dikira memadai sebagai membuktikan perasaan agung itu tanpa ada bukti-bukti yang semestinya ditonjolkan ?!

B . Apakah pandangan anda jika, si A yang mencintai si B tetapi ia melakukan perkara yang si B tidak suka. Sempurnakah cinta itu?!

Baginda Muhammad Rasulullah s.a.w, merupakan seorang kekasih Allah S.W.T dan kekasih seluruh mu'min, apatah lagi para muttaqin. Baginda juga amat mencintai umatnya walaupun umatnya sering melupakan. Tetapi adakah kita yang terdiri dari umat-umat baginda mencintai baginda?! Antara bukti cintanya Baginda akan umatnya :

1. Memohon kepada Allah S.W.T agar mengurangkan waktu solat dari 50 waktu akhirnya kepada 5 waktu.

2.
Baginda berdoa kepada Allah agar umatnya tidak akan berpecah belah, tetapi Allah memaqbulkan doa baginda yang lain.

3.
Disaat kewafatan baginda, baginda masih memikirkan (risau) tentang umatnya. Baginda sering menyebut "umatku, umatku".

4.
Baginda meminta Allah menimpakan azabnya mati umat-umatnya kepada dirinya.

5. Memberi Syafaat di Hari Perhitungan nanti.

Dan banyak lagi.

Jadi dimanakah kita?!

"Jasad yang terdapat di dalamnya cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w,
Demi Allah, Sesungguhnya bumi tidak akan memamahnya,
Bagaimanakah pula tanah boleh memamahnya,
Sedangkan CINTA di hatinya dan pujian(kepada Baginda) bermain di lidahnya."

Kita tidak akan mampu menghadiahkan segunung emas permata mahupun sedaerah istana untuk membuktikan kasih, sayang dan rindunya kita kepada baginda. Dan bukan itupun kemahuan Baginda. Namun, apa yang termampu ialah dengan mengamalkan sunnah-sunnah Baginda, membasahi lidah setiap hari dengan berselawat kepadanya dengan penuh kerinduan, membawa hadith-hadithnya, menyampaikan apa yang dibawa dan sebagainya. Perlulah diingat sama ada kita melupakah hatta tidak mencintai Baginda, Baginda Rasulullah s.a.w tidak akan rugi sedikit pun. Dikatakan yang mafhumnya, Andai kita memuji Baginda seisi @ seluas langit dan bumi, itupun belum cukup layak untuk Baginda s.a.w.

Tanpa Baginda yang merupakan contoh ikutan yang baik ini, kita tentu tidak dapat merasa nikmatnya Islam dan Iman. Kehadirannya adalah membawa Rahmat seluruh alam hingga ke hari Qiamat. Kenapakah kita perlu berkira untuk berselewat kepada Baginda,
sedangkan Allah S.W.T dan para Malaikat pun sentiasa berselawat keatas Baginda, maka kita manusia yang kerdil ini lagi-lagilah perlu sedemikian.

Oleh yang demikian, marilah kita sentiasa melazimi lidah kita dengan berselawat keatas Baginda dan mengamalkan sunnah-sunnahnya. Moga2 dengan keimanan kita kepada hadith-hadith Baginda berkenaan fadhilat-fadhilat berselawat dan mengikuti sunnah Baginda yang akan diperolehi seterusnya membuktikan rasa cinta dan kasih kita kepada Baginda s.a.w. Dan yang paling penting @ tujuan utamanya ialah mendapat redha Allah S.W.T.

Sepertimana yang Syeikh Muhammad Husni Ginting al-Langkati telah sampaikan kepada saya : "Siapa yang ingin mendekatkan diri kepada bab Allah, Tidak boleh ia sampai kepada Allah kecuali ia daripada bab Rasulullah s.a.w."

Mafhumnya, seseorang itu tidak akan mendapat redha Allah jika dia tidak mencintai Rasulullah s.a.w. Andai tidak mendapat redha Allah, apakah syurga lebih layak unutk kita??


P/S :
* Allah berselawat keatas Baginda iaitu merahmati baginda
* Malaikat dan Manusia berselawat keatas baginda iaitu mendoakan.

Link Fadhilat Selawat :

1. Ekawan.com
2. Darulnuman.com
3. Rosligrk.multiply
4. Religious-affairs.gov
5. Ukhwah.com

Jangan menganyam cinta hanya di bibir sahaja!!

Labels:

posted by faQirilallah @ 9/12/2009 07:44:00 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
Powered by
ade cerita ttg aku

A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari
Location : Malaya
Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah
Toriq : Asy-Syaazuliyyah
Status : Ummu Haura' Muhammad
Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya


Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, Yang Pertama.. Tanpa Ada Yang Mengawali, Yang Terakhir.. Tanpa Ada Yang Mengakhiri, Yang Tak Terlihat.. Oleh Pandangan Orang Yang Memandang, Yang Tak Tergambarkan.. Oleh Bayangan Orangg Yang Membayangkan, KAU Ciptakan Makhluk.. Dengan KekuasaanMU, KAU Ciptakan Segala Sesuatu.. Dengan KehendakMU, Segala Puji Ya ALLAH, Yang Memberi Kami Kemampuan.. Untuk Mensyukuri NikmatMu, Yang Membuka Bagi Kami.. Pintu-Pintu Ilmu KeilahianMu, Segala Puji Ya ALLAH, Dengan Segenap Pujian Yang Dikumandangkan.. Para Malaikat.. Dan Sekalian Makhluk Yang Dimuliakan, Segala Puji BagiMU, Atas Nikmat Yang KAU Berikan.. Kepada Kami.. Hamba-HambaMU.. Yang Telah Mendahului.. Mahupun Yang Akan Datang Kemudian, Pujian Kami Aturkan kepada MU.. Sebagai Penghubung Untuk MentaatiMU.. Dan Meminta Ampunan, Sebagai Penyebab Memperoleh Redho.. Pengantar Jalan..Menuju Syurga Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, KAU Ciptakan Kami Sebagai Hamba, Dan Sebagai Umat Nabi Muhammad.. KekasihMU. ______________ __________________ _____________________

Previous Post
Archives

HotLink's
Semasa
Club's
Rakyat A.K.A Kerajaan
Blogger's Clan'z


Muaaahh Islam

Komuniti Blogger Azhari

BLOGGER

© 2005 Aboo Haura' Hidayatullah Al-Azhari Blogspot Template by Isnaini Dot Com