Assalamualaikum wa rahmatullah..
Beberapa bulan sudah, Malaysia disajikan dengan sebuah filem yang bertajuk "Syurga Cinta". Dan saya pasti diluar sana tidak akan terlepas dari menontonnya. Bersesuaian

dengan suasana dan situasi jiwa remaja Malaysia kini, filem ini sedikit sebanyak dapat menyedarkan para muda-mudi yang sedang hangat bercinta.
Walaupun cerita ini masih terdapat kelemahan dan ianya masih bukan cara yang dianjurkan Islam dan berada dilandasan yang sepatutnya, namun ia mungkin sudah mencukupi untuk tampil ke tengah bagi mengingatkan dan seterusnya menyelamatkan mudi-mudi dari terus hanyut dalam arus percintaan dan pergaulan tanpa batasan. Kalau tidak pada anda, cukuplah saya katakan yang ia telah memberi kesan kepada diri saya, dari setiap minit cerita ini, seolah-olah saya ditembak oleh butiran peluru kata-kata watak2 ini. hehehe.
(ko jangan gelak rin!!). Itulah yang sepatutnya, Si tahu membimbing Si tidak tahu.. Kalau Si tahu hanya mengikut apa yang dilakukan oleh si tidak tahu, bak kata seorang sahabat "Ini dayus namanya". Malah tidak beramal dengan apa yang dipelajarinya. So jawablah depan Allah Ta'ala nanti. Tapi inilah hakikat yang sering berlaku kini..
Sebenarnya sedar @ tidak, diluar sana terdapat remaja2 yang berkobar-kobar ingin memulakan percintaan setelah menonton filem ini..Ini adalah tindakan yang salah.. Jelas terbukti beberapa orang disisi saya. Perlulah diingatkan, janganlah menjadikan filem ini sebagai hujjah @ sebagai contoh untuk kita memulakannya. Kerana filem ini adalah lakonan yang boleh dikatakan seperti mengubati penyakit bukanlah mencegah dari penyakit.
So yang mana baik dalam filem ini, ambik dan genggam sehingga ia meresap ke dalam diri. Yang mana yang tidak elok itu, semestinya kita tinggalkan.
Berubahlah kita kepada kebaikkan kerana disana Redho Allah menanti. Klik sini untuk komentar ttg filem ini (
http://saifulislam.com/?p=6135#more-6135)
P/S : Carilah Cikgu Syuhada @ ciri2 seumpamanya, menjaga Islam semampunya.. Hehehe.
Tapi jangan lupa.. Bukan senang nak jumpa yang terbaik.
Wanita Solehah untuk Lelaki Soleh.. Dan ingat seseorang itu dinilai pada saat terakhir kehidupannya.. "Ittaqillah ya nafsi".
macam perli nabila jew ni...............