Dulu adalah satu menjadi perkara yang a'ib kalau mempunyai anak yang tidak reti membaca Al-Quran. Rata-rata Orang Melayu kita mewajibkan kepada anak-anak mereka pergi mengaji di rumah tok2 guru @pun Ustaz-ustaz. Samaada selepas asar @ selepas maghrib.
Kini pengajian Al-Quran seakan dilupakan, Warisan Islam yang menyelamatkan manusia semakin ditinggalkan. Yang diagungkan ialah muzik dan hiburan. Boleh kita lihat, selepas Malaysia idol lahir pula akedamik Fantasia, Gangstarz dan bermacam-macam lagi. Kalau sebelum ini Studio Bintang Kecil, kini lahir pula Idola Bintang kecil yang mana pesertanya dikalangan kanak-kanak kecil. Sudah pastilah mereka ini menjadi ikon kepada kanak-kanak yang lain. Ibubapa sudah tidak segan silu melihat anak mereka menari dan menyanyi.
Sedang rakyat Malaysia sibuk dengan ini, negara jiran kita Indonesia pula sudah lama cuba melahirkan bakat-bakat baru untuk tampil ke Medan Dakwah Islamiyah, jelas pada tahun sebelum ini Indonesia telah menyiarkan satu rancangan TV yang mana ianya merupakan pertandingan untuk anak-anak kecil dalam menyampaikan dakwah iaitu Pidacil. Kita sepatutnya mengikut jejak langkah mereka dalam arena ini, tetapi malangnya perkara sebaliknya yang berlaku.
Jadi saya menasihati diri saya, dan para pembaca sekalian, kembalilah kepada Al-Quran. Didiklah kaum keluarga kita @ isteri-isteri kita @ anak-anak kita @ adik-adik kita dan sanak saudara dengan Al-Quran. Semoga Warisan yang ditinggalkan ini tidak meninggalkan kita. Dan supaya kita menjadi Melayu Muslim yang berIman dan berTakwa.
A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari Location : Malaya Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah Toriq : Asy-Syaazuliyyah Status : Ummu Haura' Muhammad Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya