Hatiku Terisi Dengan Kehadirannya...(Hampir Sempurna...)
Feb 25, 2009
Assalamua'alaikum wa rahmatullah,
Bagaimana aku dan dia ditemukan.. Itu adalah perjalanan ketentuan Allah, begitu rasa bersyukur aku kepadaNYA kerana telah menjodohkan aku dengannya. Malah setiap kali hati tercari2 suatu yang tidak pasti, Ketentuan Allah jualah yang menemukannya. Kehadirannya.. Membuatkan jiwa ku terisi.. Malah membuatkan.. Rindu ku padanya yang merupakan Seorang KEKASIH kian membengkak.. Ya Allah, cukuplah ENGKAU yang menjadi saksi kerinduan ini. Aku bersyukur kepada Mu.. Aku bersyukur..
Para Sahabat, Disini ingin bersama sy kongsikan mengenai apa yang sy maksudkan diatas. Dan ianya adalah sebuah KITAB.. Ye sebuah kitab..!! Mungkin ade yang mengatakan : Laa, amende la.. Kitab rupenye.. Ntah apa-apa.. Tapi itulah hakikatnya.
Sebenarnya ia adalah kitab "Dalailul Khairat". Yang ianya merupakan pintu pembuka untuk kita dekat dengan Junjungan Mulia Muhammad S.A.W. Seperti kata pengarang kitab : "Tujuan daripada kitab ini adalah untuk bersolawat kpd Rasulullah S.A.W.. Ianya adalah sesuatu yang penting bagi orang yang ingin mendekatkan diri kepada Allah. Dan aku namakan kitab ini dengan kitab 'Dalailul Khairat wa Syawariqil Anwar" pada menyebut @ mengingati akan Nabi pilihan (iaitu Muhammad S.A.W) kerana beringinan supaya mendapat Redho Allah S.W.T dan cinta pada Rasulnya yang mulia, Sayyidina Muhammad S.AW."
Telah Syeikh kami, Muhammad Husni Ginting Al-Langkati : "kamu tidak akan sampai kepada bab Allah, kecuali kamu masuk kepada Rasulullah, apabila kamu masuk kepada bab Rasulullah maka kamu akan InsyaAllah masuk pada bab Allah Subhanahu wa Ta'ala".
Haaa paham ke tak?? kalautak paham tanye ye..
Ermm di dalamnya pula terdapat hizb-hizb yang perlu dibaca dan diamalkan mengikut hari-hari yang berlalu dalam hidup kita. Dan perlulah diingatkan ia bukanlah sesuatu yang wajib. Apa pun dari tak baca langsung, kan lebih bagus dibaca walaupun sekali seumur hidup, mana nak tahu kalau ade berkatnya dptlah manfaatnya di akhirat kelak. Yang paling terbaiknya bacalah dan amalkanlah ia dalam kehidupan kita. Malas baca setahun sekali, bacalah sebulan sekali. Agak kalau malas tu, bacalah seminggu sekali. Kalau malas juga, bacalah tiap-tiap hari. Kata kasih dan rindukan Baginda S.A.W kan!!
Di awal mukasuratnya terdapat himpunan hadith dhoif dan hadith sohih yang menceritakan tentang kelebihan-kelebihan berselawat keatas Rasulullah S.A.W. Tentu ramai yang sudah mengetahuikan, apa kelebihan mengamalkan hadith2 dhoif. Izinkan sy ulangkan sekali lagi, apa yang dikatakan oleh syeikh sy Syeikh Muhammad Husni Ginting Al-Langkati, bahawa kelebihan dan kebesaran mengamalkan hadith2 dhoif ialah kita menyakini kata2 @ Sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam.
Untuk berkenalan dengan lebih detail dengan "Dalailul Khairat" ini, tiada SMS, tiada Calling2, tiada YM @ MSN @ Skype, email apetah lagi. Yang ada cuma di Maktabah yang berhampiran dengan anda (Kedai Buku just in Egypt and seangkatan, Malaysia x pasti) makanya ringan2lah diri anda. Harap Maklum.
Saya Sudah Memilikinya dan dlm proses nak mengamalkannya (blum mula lagi.. hehehe) Yang pastinya Anda bila lagi???
Jangan Biarkan Diri anda dibiar kerugian...
P/S ; Andai sudah memiliki maka bertalaqilah dengan para Syeikh. Moga ianya lebih diberkati. Ameen!!
Segala Puji BagiMU Ya ALLAH,
Yang PertamaTanpa Ada Yang Mengawali,
Yang Terakhir Tanpa Ada Yang Mengakhiri,
Yang Tak Terlihat Oleh Pandangan Orangg Yang Memandang,
Yang Tak Tergambarkan Oleh Bayangan Orangg Yang Membayangkan,
KAU Ciptakan Makhluk Dengan KekuasaanMU,
KAU Ciptakan Segala Sesuatu Dengan KehendakMU,
Segala Puji Ya ALLAH,
Yang Memberi Kami Kemampuan.. Untuk Mensyukuri NikmatMu,
Yang Membuka Bagi Kami.. Pintu-Pintu Ilmu KeilahianMu,
Segala Puji Ya ALLAH,
Dengan Segenap Pujian Yang Dikumandangkan.. Para Malaikat Dan Sekalian Makhluk Yang Dimuliakan,
Segala Puji BagiMU,
Atas Nikmat Yang KAU Berikan.. Kepada Kami.. Hamba-HambaMU..Yang Telah Mendahului.. Mahupun Yang Akan Datang Kemudian,
Pujian Kami Aturkan kepada MU.. Sebagai Penghubung Untuk MentaatiMU.. Dan Meminta Ampunan,
Sebagai Penyebab Memperoleh Redho.. Pengantar Jalan..Menuju Syurga
A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari Location : Malaya Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah Toriq : Asy-Syaazuliyyah Status : Ummu Haura' Muhammad Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya