"اَلَلَّهُمَّ صَلِّ صَلاَةً كاَمِلَةً ، وَسَلِّمْ سَلاَماً تاَماً عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ الَذِيْ تَنْحَلُّ بِهِ العُقَدُ ، وَتَنْفَرِجُ بِِهِ الكُرَابُ ، وَتُقْضَى بِهِ الحَوَائِجُ ، وَتُنَالُ بِهِ الرَغَائِبُ وَحُسْنُ الخَوَاتِيْمِ ، وَيُسْتَسْقَىْ الغَمَامُ بِوَجْهِهِ الكَرِيْمِ ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِى كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَّسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُومٍ لَكَ" ...PenaKu Merah KertasKu Putih Dan Aku Akan Terus Menulis... "بسم الله الرحمن الرحيم "
Agen
REBUT 5 SEBELUM 5
Secotet Kalam
إِقْـرَاء خـَيْرُ مَا تَجِدْ ، أُكْتـُبْ خَـيْرُ مَا تَقْرَاء ، إِحْفَـظْ خَـيْرُ مَا تَكْتُبْ
\\\ ___( ", )___ ///
Orang Berfikiran TINGGI Gemar Bicara tentang ILMU
Orang Berfikiran SEDERHANA Gemar Bicara tentang PERISTIWA
Orang Berfikiran RENDAH Gemar Bicara tentang ORANG LAIN
Orang Berfikiran CETEK Gemar Bicara tentang DIRI SENDIRI
\\\ ___( ," )___ ///
Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah


Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.."

Egypt
MyMalaysia
Meninggalkan Solat Meruntuhkan Agama

Chit Chat


Shoutbox

Free Hit Counters


Jangan Lupa Mengingati Allah

Akhbar Online

Siapa PewarisKu???
Mar 19, 2009

Assalamualaikum wa rahmatullah,

Bertemu lagi kita dalam ruang blog ini. Moga2 apa yang baik itu kita kongsi bersama untuk mendapat mardhotillah (keredhoan Allah).

Entry kali ini agak pelik sedikit, pelik ke?? Ye la kot.. Eh suka hati akulah.. huhu.. tak kesahlah pelik @ tak. ini nak cerita tentang anak aku nnti, ewah kahwin belum lagi dah cite pasal anak ae, Ulang kata, "suka hatilah" this is my blog. wakaka.

Cakap pasal anak ini, sure ramai yang imagingkan seorang baby yang cute kan?? hehe, And the first thing orang nak tahu tentu namanya. so fokus disini saya mahu cerita tentang pemberian nama kepada anak-anak, dalam bab bagi nama kepada anak ini kita dapat lihat sebenarnya ia terdapat banyak masalah. Apa masalah2nya anda fikirlah dari contoh2 yang saya datangkan ini :

1. Diberinya nama anak itu seperti nama yang maknanya buruk.
Contohnya Nurul Zaniah. Amboi sedapnya bunyinye ala-ala arab gitu, tapi masalahnya ia memberi maksud Cahaya Pelacur, uik terkasar bahasa pulak sebut pelacur, bahasa sopannya Cahaya Penzina. Sopan ke pula nama anak cahaya penzina.??


Tapi Zaman Sekarang orang dah jarang jarang bagi nama anak yang ada huruf A dan huruf H dibelakangnya. Seperti nama Atifah (ada A.H) Abidah (ada A.H) Amirah (ada A.H) Afifah (ada A.H). Konon nak up to date dan ikut zaman modern, diberinya anak itu nama "Nur Zana" wow nice name!!.. ha banyak la korang punye nice, Maksudnya Cahaya Zina. Inilah yang akan terjadi hanya sedap menyebut tetapi maknanya lintang pukang, hancus. Boleh kita tengok diluar sana, berapa ramai sekarang ini yang ada anak yang namanya @ nama samarannya Zana.


2. Memberi nama anak berdasarkan nama yang hanya didengar-dengar dari sebutan mulut seorang alim ulama', dengan tujuan moga2 anak itu jadi seperti nama tersebut. wah wah so sweet!!

Tetapi, kesalahan kita ialah tidak pergi bertanya macam mana bentuk ejaan tulisannya dalam bahasa arab dan dalam bahasa Melayu.

Contohnya nama "Awis Kornain", maksudnya bahasa arabnya belum dapat dipastikan. Yang jelas adanya ialah "Uwais al-Qorni." Dia ini seorang yang hidup dizaman nabi tetapi tidak pernah berjumpa dengan nabi Muhammad S.A.W. Kerana duduk amat berjauhan dengan nabi. Dan Statusnya ialah tabi'en. Dia ini amat merindui akan nabi S.A.W,setiap saat dihatinya mahu pergi berjumpa nabi, tetapi mengenangkan emaknya yang sudah tua serta uzur, lalu dia membatalkan niat tersebut. Suatu hari kemahuan dia untuk melihat wajah nabi Kekasih Allah itu begitu melonjak, lalu dia mohon kepada emaknya utk pergi berjumpa nabi, dan emaknya mengizinkan dgn syarat dia harus segera pulang. tatkala sampai dirumah nabi S.A.W, nabi tiada dirumah kerana pergi berperang. Akhirnya dia balik kerumahnya dengan perasaan yang amat hampa , dia tidak boleh menunggu lama kerana telah berjanji dengan ibunya utk segera pulang.
Apabila nabi S.A.W pulang, isterinya saidatina 'aisyah(kalau tidak silap) memberitahunya berkenaan uwais al-Qorni, Baginda bersabda dialah pemuda langit. kerana doanya amat makbul ,dia lebih mementingkan ibu walaupun dizaman itu ada Rasulullah... panjang lagi la ceritanya...

Apa yang diberitahu disini adalah nama itu tadi, klu kita lihat nama "awis kornain" dengan "uwais Qorni", hampir2 sama dari segi sebutan tapi segi tulisan bahasa Melayunya berbezakan?? Jadi inilah tanggungjawab kita sebagai ibu bapa, memberi nama yang molek2 dan sesuai dari segi sebutan dan ejaan. Tapi nama Awis Kornain itu apabila ditulis dalam bahasa arab ejaannya hampir sama sangat dengan uwais Qorni. Mungkin tulisan dalam bahasa melayunya ikut bahasa melayu parit, perak agak-agaknya. Heheehe

3. Ada yang memberi nama kepada anak mereka mengikut sebutan orang barat, ini paling ketara sekali. contohnya :

1. Benjamin, ikut sebutan arabnya Bunyamin.
2. Michael , sebetulnya Mikail
3. Gabrael , sebetulnya Jibrail
4. Isaac, sebetulnya Ishak.
5. Jacob, sebetulnya Yaa'kub
6. Marry sebetulnya Mariam
7. Alexander yang sohihnya Iskandar
8. Danis : maksudnya yang kotor @ tercemar
9. Jeslina, maknanya tak dpt dikenal pasti, sama ada nama bunga@ apa..
10. kristina
11. Julia
12. Jesnita
13. Jeremy
14. Ixora
15. Rosella
15. Hitler. Terang2 dia ini kafir la'natullah. Itu pun ada sorang artis ini bagi nama kpd anaknya Mohd Hitler.. Mungkin dia mahukan anaknya menjadi seorang yang membuat revolusi dunia dengan revolusi yang terpuji kot.. hmm mcm2 dunia ni.

Dan lain2.

Walaupun ianya maknanya sama dan maksud yang baik-baik, cuma lafaz sahaja berbeza, persoalannya kenapa mesti mengikut barat?? Kalau sememangnya makna nama tersebut tidak baik, semestinya ia wajid dihindarkan kerana nama-nama yang diberikan itu merupakan doa dan harapan kita supaya anak-anak itu menjadi sebaik nama tersebut.

Nabi Muhammad S.A.W menyarankan kita menunaikan hak-hak yang sempurna danmemberi nama yang baik kepada anak-anak, seperti dalam hadith tersebut :

Seorang datang kepada Nabi Saw dan bertanya, ” Ya Rasulullah, apa hak anakku ini?” Nabi Saw menjawab, “Memberinya nama yang baik, mendidik adab yang baik, dan memberinya kedudukan yang baik (dalam hatimu).” (HR. Aththusi).

P/S :

* Nabi SAW melarang umatnya menamakan anak dengan nama-nama tersebut. - Nama seperti nama malaikat seperti Mikail dan sebagainya. Dalam soal ini ulama' berselisih pendapat, sebahagiannya membolehkan manakala sebahagian lagi melarang..


Jadi berbalik kepada cerita psl anak saya tadi, erm nama anak saya nanti yang pastinya dia ada nama Muhammad, walaupun dalam i.c nya nanti takde nama muhammad, itu tidak mengapa kerana saya akan membacakan kepada hadith musalsal untuk nama Muhammad, makanya setelah ia mendengar hadith tersebut rasmilah ada akan namanya itu Muhammad. Semua itu apabila umurnya 21 tahun.

Sekian Assalamualaikum wa rahmatullah...

Labels:

posted by faQirilallah @ 3/19/2009 09:33:00 AM  
2 Comments:
  • At March 20, 2009 at 10:41 AM, Blogger Tuhfat al-Nafis11 said…

    kalau name pompuan cam ner lak pie... penjelasan.

     
  • At March 20, 2009 at 10:53 AM, Blogger faQirilallah said…

    hmmm kalau perempuan ae.. bijak jgk soalan tu. hehehe. nanti saya tanye kt syeikh ye.. x terpikir pulak nak tanye hari tu..
    Tak jumpa lagi hadith musalsal untuk nama perempuan.. erm ape pun nama faris takde muhammad kan?? ha nanti saya riwayatkan hadith musalsal untuk nama muhammad kat dia bila cukup umur nya, so jadi la nama dia Muhammad Faris Daniel..owh ye pokcik tu takpe nama Muhammadkan so kena dengar la hadith Musalsal untuk nama muhammad..Baru leh letak nama Muhammad Asri..

     
Post a Comment
<< Home
 
Powered by
ade cerita ttg aku

A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari
Location : Malaya
Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah
Toriq : Asy-Syaazuliyyah
Status : Ummu Haura' Muhammad
Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya


Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, Yang Pertama.. Tanpa Ada Yang Mengawali, Yang Terakhir.. Tanpa Ada Yang Mengakhiri, Yang Tak Terlihat.. Oleh Pandangan Orang Yang Memandang, Yang Tak Tergambarkan.. Oleh Bayangan Orangg Yang Membayangkan, KAU Ciptakan Makhluk.. Dengan KekuasaanMU, KAU Ciptakan Segala Sesuatu.. Dengan KehendakMU, Segala Puji Ya ALLAH, Yang Memberi Kami Kemampuan.. Untuk Mensyukuri NikmatMu, Yang Membuka Bagi Kami.. Pintu-Pintu Ilmu KeilahianMu, Segala Puji Ya ALLAH, Dengan Segenap Pujian Yang Dikumandangkan.. Para Malaikat.. Dan Sekalian Makhluk Yang Dimuliakan, Segala Puji BagiMU, Atas Nikmat Yang KAU Berikan.. Kepada Kami.. Hamba-HambaMU.. Yang Telah Mendahului.. Mahupun Yang Akan Datang Kemudian, Pujian Kami Aturkan kepada MU.. Sebagai Penghubung Untuk MentaatiMU.. Dan Meminta Ampunan, Sebagai Penyebab Memperoleh Redho.. Pengantar Jalan..Menuju Syurga Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, KAU Ciptakan Kami Sebagai Hamba, Dan Sebagai Umat Nabi Muhammad.. KekasihMU. ______________ __________________ _____________________

Previous Post
Archives

HotLink's
Semasa
Club's
Rakyat A.K.A Kerajaan
Blogger's Clan'z


Muaaahh Islam

Komuniti Blogger Azhari

BLOGGER

© 2005 Aboo Haura' Hidayatullah Al-Azhari Blogspot Template by Isnaini Dot Com