"اَلَلَّهُمَّ صَلِّ صَلاَةً كاَمِلَةً ، وَسَلِّمْ سَلاَماً تاَماً عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ الَذِيْ تَنْحَلُّ بِهِ العُقَدُ ، وَتَنْفَرِجُ بِِهِ الكُرَابُ ، وَتُقْضَى بِهِ الحَوَائِجُ ، وَتُنَالُ بِهِ الرَغَائِبُ وَحُسْنُ الخَوَاتِيْمِ ، وَيُسْتَسْقَىْ الغَمَامُ بِوَجْهِهِ الكَرِيْمِ ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِى كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَّسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُومٍ لَكَ" ...PenaKu Merah KertasKu Putih Dan Aku Akan Terus Menulis... "بسم الله الرحمن الرحيم "
Agen
REBUT 5 SEBELUM 5
Secotet Kalam
إِقْـرَاء خـَيْرُ مَا تَجِدْ ، أُكْتـُبْ خَـيْرُ مَا تَقْرَاء ، إِحْفَـظْ خَـيْرُ مَا تَكْتُبْ
\\\ ___( ", )___ ///
Orang Berfikiran TINGGI Gemar Bicara tentang ILMU
Orang Berfikiran SEDERHANA Gemar Bicara tentang PERISTIWA
Orang Berfikiran RENDAH Gemar Bicara tentang ORANG LAIN
Orang Berfikiran CETEK Gemar Bicara tentang DIRI SENDIRI
\\\ ___( ," )___ ///
Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah


Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.."

Egypt
MyMalaysia
Meninggalkan Solat Meruntuhkan Agama

Chit Chat


Shoutbox

Free Hit Counters


Jangan Lupa Mengingati Allah

Akhbar Online

Akulah yang bersalah..
Dec 23, 2009
Assalamualaikum warahmatullah,

Lama rasanya sy tidak meng"update" blog ni, yelakan bukan senang nak online bila berada di Malaysia ni.. Nak kata internet xde, skang dah masuk streamyx, tp still susah nak mengadap screen ni.. Maklumlah banyak hati nak kena jaga, sampai kadang2 tu hati sendiri tak terjaga..
alahai dunia..

Di kesempatan ini, sy nak bawak satu tajuk yg boleh membuatkan sy dan anda berfikir serta terus berfikir.."Akulah yang bersalah". Mengapakah tajuk ini ditimbulkan?? Kerana mejoriti antara kita kerap kali menyalahkan pihak yang lain tatkala sesuatu perkara menimpa diri kita tanpa memikirkan adakah ianya berpunca dari kesalahan diri kita sendiri.

Sejauhmanakah kebenarannya.. Tepuk dada, tanya diri sendiri..!!

Tatkala diri dibisik Syaitan, egois menguasai diri, malu dipersalahkan.. Sang manusia mula menundingkan jarinya kepada orang lain tatkala sesuatu keburukan berlaku. Perlukah menunding jari??

Contoh pertama

Berjalan seorang diperjalanan, tersepak ia akan batu.. lalu dimarahinya batu itu..
Adakah wajar?

Batu itu adalah makhluk Allah, yang ditempatkan oleh Allah ditempatnya. Dek fikiran yang ntah kemana, mata yang melilau-lilau, kaki sendiri tersepak batu.. Sedarkah Allah sedang mengingatkan kita supaya berhati-hati.

Contoh kedua

Seorang pemuda tidak menunaikan solat.. malas, tak tahu, sengaja lupa, malu menjadi pakaiannnya.

Adakah salahnya?? @ Ibu yang mengandung @ ayah yang tidak tegas mendidik?? @ masyarakat yang membiarkan dan hanya pandai menyalahkan..

Contoh ketiga

Isteri yang tidak mendengar kata suami..

Kenapa??
i. Tunjuk perasaan?
ii. Suami yang tidak memahami?
iii. Suami yang tidak mendidik isteri sewaktu awal perkhawinan?

Dan contoh2 lain..

Inilah yang dikatakan Takdir. Segala yang ditakdirkan ada hikmah disebaliknya, Antaranya :
1. Untuk kita sedar bahawa tidak ada yang sempurna kecuali Allah Taala.
2. Untuk kita sama bermusahabah memperbaiki kelemahan yang ada.
3. Agar si hamba sedar bahawa dunia bukanlah matlamat utama.
4. Agar si suami sedar tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga belum selesai dan akan dipertanggungjawabkan.
5. Supaya si anak tahu peranannya sebagai seorang anak yang soleh.
6. Supaya masyarakat sedar bahawa segala yang berlaku adalah tanggungjawab bersama.
7. Dunia ini sentiasa tidak dapat memuaskan hati manusia kerana ia adalah tempat persinggahan yang SEMENTARA.

Namun takdir dapat diubah sekiranya kita mempunyai hubungan dengan Allah. Sering berdoa dan berusaha mendidik diri, keluarga seterusnya masyarakat. Dan kita sebagai manusia perlu sedar tanggungjawab masing2 diatas muka bumi ini.
Utamakan yang utama, InsyaAllah kita sentiasa didalam redha Allah.

Individu yang berperibadi mulia,
Lahir dari keluarga yang memahami dan mengutamakan apa yang utaama
serta menjaga hubungan kekeluargaan.
Jangan selalu mencari kesalahan org lain, tanpa melihat kesalahan diri sendiri.
Jangan selalu menyalahkan orang lain, tanpa memikirkan adakah kita punca masalah..
Kita Bukan Maksum @ Bukannya Terpelihara Dari Salah Silap..

Mungkin Esok Mungkin Lusa,
Kita Akan Dijemput Sakaratullah Maut,
Sempatkah Kita Memohon Ampun Dan Maaf,
Andai Tundingan Jari Kita Tadi Sebenarnya Adalah Untuk Kita!!

AKULAH YANG BERSALAH

Labels:

posted by faQirilallah @ 12/23/2009 08:33:00 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
Powered by
ade cerita ttg aku

A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari
Location : Malaya
Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah
Toriq : Asy-Syaazuliyyah
Status : Ummu Haura' Muhammad
Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya


Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, Yang Pertama.. Tanpa Ada Yang Mengawali, Yang Terakhir.. Tanpa Ada Yang Mengakhiri, Yang Tak Terlihat.. Oleh Pandangan Orang Yang Memandang, Yang Tak Tergambarkan.. Oleh Bayangan Orangg Yang Membayangkan, KAU Ciptakan Makhluk.. Dengan KekuasaanMU, KAU Ciptakan Segala Sesuatu.. Dengan KehendakMU, Segala Puji Ya ALLAH, Yang Memberi Kami Kemampuan.. Untuk Mensyukuri NikmatMu, Yang Membuka Bagi Kami.. Pintu-Pintu Ilmu KeilahianMu, Segala Puji Ya ALLAH, Dengan Segenap Pujian Yang Dikumandangkan.. Para Malaikat.. Dan Sekalian Makhluk Yang Dimuliakan, Segala Puji BagiMU, Atas Nikmat Yang KAU Berikan.. Kepada Kami.. Hamba-HambaMU.. Yang Telah Mendahului.. Mahupun Yang Akan Datang Kemudian, Pujian Kami Aturkan kepada MU.. Sebagai Penghubung Untuk MentaatiMU.. Dan Meminta Ampunan, Sebagai Penyebab Memperoleh Redho.. Pengantar Jalan..Menuju Syurga Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, KAU Ciptakan Kami Sebagai Hamba, Dan Sebagai Umat Nabi Muhammad.. KekasihMU. ______________ __________________ _____________________

Previous Post
Archives

HotLink's
Semasa
Club's
Rakyat A.K.A Kerajaan
Blogger's Clan'z


Muaaahh Islam

Komuniti Blogger Azhari

BLOGGER

© 2005 Aboo Haura' Hidayatullah Al-Azhari Blogspot Template by Isnaini Dot Com