Baru-baru ini kecoh terdapat sebuah website yang bebetol menyentuh sensitiviti keagama. Bermacam2 tuduhan, tohmahah, ejekan, penghinaan dan sebagainya dilemparkan keatas Nabi Junjungan Mulia umat Islam. Dia mendakwa dirinya Modern Thinking, iaitu satu isme yang hidup dalam ruang lingkup arus kemodenan dan mengenepikan soal2 rohani dan sebagainya. Disimpulkan bermaksud bertuhankan kemodenan.Saya begitu tidak menyangka terdapat anak melayu begitu berani menghina dan mencela Nabi S.A.W dan juga Kitab Suci Umat Islam.Sedih, marah, bengang, mendidih, makan dalam, bengkak dan sebagainya berkumpul menjadi satu.
Namun terdetik disudut hati, beberapa persoalan antaranya :
1) Adakah benar dia ini adalah seorang yang berbangsa Melayu?
Dilihat dari raut wajah, namanya, tempat tinggalnya di Shah Alam, gaya pengolahan ayat dan sebagainya sedikit sebanyak membuktikan dia adalah anak Melayu.
2) Adakah benar website tersebut adalah dihasilkan oleh dia? Atau terdapat satu penyamaran disitu.
3) Atau ada agenda tersembunyi dari mana2 pihak yang sengaja mengaturkan huru-hara dikalangan umat Islam terutamanya di Malaysia?
4) Atau sengaja menguji mana-mana pihak contohnya pentadbiran Negara?
Sebenarnya banyak lagi persoalan yang boleh ditimbulkan berikutan perkara ini dan apapun persoalan yang timbul, perkara sedemikian tetap telah berlaku. Kalaulah benar website tersebut adalah dari seorang gadis Melayu yang berismekan Modern thinking. Moga pihak yang bertanggungjawab dapat memainkan peranannya dalam mencegah perkara2 sebegini.
Dan jika ini adalah konspirasi jahat dari mana-mana pihak yang sengaja menimbulkan huru-hara dari dalaman mahupun luaran, Moga Allah melaknati mereka. Tetapi apakah perana kita sebagai "Pejuang Agama Allah" @ "penganut Agama Allah." ??
Perlu diingatkan bersama bahawa orang-orang kafir ini sesekali tidak bersetuju dengan kebangkitan Islam di muka bumi ini, mereka akan cuba melakukan seribu satu percubaan untuk menumpaskan umat Islam sekali gus melenyapkan Islam dari dunia ini. Ini juga telah Allah firmankan di dalam kitabNya yang bermaksud : "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah Itulah petunjuk (yang benar)". dan Sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, Maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu."_Al-Baqarah:120
A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari Location : Malaya Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah Toriq : Asy-Syaazuliyyah Status : Ummu Haura' Muhammad Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya