Assalamualaikum warahmatullah, Salam aidil Fitri utk semua , ampun dan maaf jua yang dipinta. Lama jugak aku sy tak mengupdate blog nih, almaklum la beraya di Tanah Air tercinta. Meriah sangat sampai terlupe nak bank in kan duit umah sewa kat Tanta pe ntah lagi edit blog ni.. Huhuu so sorry to my housemate. Kali ini sy nak cerita satu kisah yang mungkin kita boleh amek istifadah darinya. Walaupun mungkin tajuk ini agak biasa, pedulik hape haku. Bak kata Aten "Ini blog aku, suke aku ahh..". Wakakaka. Kasih Seorang Ibu, itulah cerita sy..
Pagi Syawal 7 oct 2008, aku ketika itu berada di Malaysia menghabiskan cebisan-cebisan cuti Universiti. Oleh kerana aku tidak punya agenda jadi pagi itu lepas solat subuh aku ke rumah opah yang hanya beberapa langkah dari rumah aku. Hanya bertujuan untuk menjenguk mygrandpa n grandma sambil minum Teh "0" dan pekena biskut mayat,huhu. Tatkala sampai di rumah tersebut, Opah sudah pun berada di dapur menyediakan teh 'O', kopi 'O', masak nasi dan lauk pauk untuk santapan pagi anak cucunya. Biasalah rutin harian yang tidak pernah diabaikan dari dahulu sampailah kini, dari aku belum masuk jawi sampailah tahap umur layak berumahtangga, wakakaka. Walaupun khudrat opahku semakin kurang kerana umurnya yang semakin meningkat. Tiap hari sukatan beras yang ingin dimasak tidak pernah kurang dari 4 @ 5 pot (cawan) beras, begitulah pagi, petang dan malam. Andainya telah kurang Opahku akan menambahkannya. Walaupun yang berada di rumah itu tidak ramai. Tujuannya hanya satu untuk anak cucunya yang datang. Pernah aku menanya kepada Opahku. "Opah!! kenapa masak banyak-banyak ni??". Opah menjawab "Ish, tak pe karang anak cucu opah datang..". Jawabku " Haa!! Ade orang nak datang ke??". Sepontan Opahku menjawab "tak tahu le..". Lalu aku faham disitu. Aku duduk di meja makan lalu menuangkan Teh 'O' panas ke dalam gelas kaca kemudian mengambil biskut mayat lalu dicicah ke dalam air untuk melazatkan lagi kunyahan.. huhuhuhuhu. Tatkala itu kedengaran bunyi ekzos EX-5 yang selalu ditunggang oleh ayahku untuk ke tempat kerjanya yang 40km+- dari rumah kami. Haa Opah!! Itu bapak dah nak pegi keje". Ketika itu Opahku sedang asyik menguruskan dapur. Lantas bila dengar aku berkata demikian, lekas-lekas opahku ke pintu dapur untuk melihat ayahku berangkat ke tempat kerja. Aku fikirkan Opah nak bukak pintu sahaja. Tapi keadaan itu tidak disedari oleh ku cumanya aku lihat kelibat opah sahaja. Bila aku mengangkatkan pandangan, aku terlihat opahku menadahkan tangannya sambil melihat ayahku berangkat dan apabila kelibat ayahku tidak kelihatan, Opahku mengusapkan tapak tangannya ke mukanya. Terkasima, teruja serta tergamam aku melihat fenomena itu. Itu mungkin satu keadaan, dimana seorang ibu yang berusia 60an mendoakan anaknya yang berumur 50an yang Allah menampakkan kepadaku, untuk aku ambil iktibar daripadanya. Jadi bagaimana dengan kita?? Adakah setiap hari kita mendoakan untuk ibu bapa kita setiap kali selepas solat?? Aku pernah terdengar sebuah hadis S.A.W yang mafhumnya yang bermaksud " barang siapa yang berdoa tetapi dia tidak mendoakan ibubapanya maka doanya akan ditolak." Kalau salah minta betolkan ye. Jadi sama-samalah kita ambil peringatan daripada apa jua yang berlaku dihadapan kita. Ingat kasih ibu membawa ke syurga!!
ermmm...syahdu sy membc cerita ini...alhamdulillah setakat ini sy sentiasa beringat dan mendoakan kebahagiaan utk kedua org tua sy setiap kali lepas solat...insyaallah!!!huhuhuhu
A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari Location : Malaya Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah Toriq : Asy-Syaazuliyyah Status : Ummu Haura' Muhammad Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya
ermmm...syahdu sy membc cerita ini...alhamdulillah setakat ini sy sentiasa beringat dan mendoakan kebahagiaan utk kedua org tua sy setiap kali lepas solat...insyaallah!!!huhuhuhu