"اَلَلَّهُمَّ صَلِّ صَلاَةً كاَمِلَةً ، وَسَلِّمْ سَلاَماً تاَماً عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ الَذِيْ تَنْحَلُّ بِهِ العُقَدُ ، وَتَنْفَرِجُ بِِهِ الكُرَابُ ، وَتُقْضَى بِهِ الحَوَائِجُ ، وَتُنَالُ بِهِ الرَغَائِبُ وَحُسْنُ الخَوَاتِيْمِ ، وَيُسْتَسْقَىْ الغَمَامُ بِوَجْهِهِ الكَرِيْمِ ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِى كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَّسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُومٍ لَكَ" ...PenaKu Merah KertasKu Putih Dan Aku Akan Terus Menulis... "بسم الله الرحمن الرحيم "
Agen
REBUT 5 SEBELUM 5
Secotet Kalam
إِقْـرَاء خـَيْرُ مَا تَجِدْ ، أُكْتـُبْ خَـيْرُ مَا تَقْرَاء ، إِحْفَـظْ خَـيْرُ مَا تَكْتُبْ
\\\ ___( ", )___ ///
Orang Berfikiran TINGGI Gemar Bicara tentang ILMU
Orang Berfikiran SEDERHANA Gemar Bicara tentang PERISTIWA
Orang Berfikiran RENDAH Gemar Bicara tentang ORANG LAIN
Orang Berfikiran CETEK Gemar Bicara tentang DIRI SENDIRI
\\\ ___( ," )___ ///
Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah


Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.."

Egypt
MyMalaysia
Meninggalkan Solat Meruntuhkan Agama

Chit Chat


Shoutbox

Free Hit Counters


Jangan Lupa Mengingati Allah

Akhbar Online

Perjuangan 3/// Dulu dan Sekarang
Dec 5, 2008

Assalamua'laikum warahmatullah,
Hmm mungkin tajuk kali ini agak berani, tapi itulah hakikatnya. so utk mengetahui lebih lanjut. Marilah bersama dengan saya menyelusuri denai rumusan saya ini.

Perjuangan "amar maa'ruf nahi mungkar" sememangnya telah lama wujud dari zaman sebelum2 ini, sama ada kita sedar mahupun tidak. Cuma apakah bezanya perjuangan dahulu dan sekarang..



Sebenarnya pertubuhan yang mempertahankan Agama Islam, Bangsa dan Tanah Air ini telah wujud zaman berzaman. Ini berkesinambungan dari zaman pada anbiyak, para sahabat , tabie', tabie'in dan 'ulama lagi. Terutamanya yang lebih jelas di zaman al-Imam asySyahid Hassan al-Banna lagi. Beliau jugalah yang mengasaskan sebuah gerakan yang diberi nama "Ikhwanul Muslimin" yang bermaksud saudara-saudara seIslam(Perjuangan Adik beradik la tu). Sampai ke hari ini gerakan "Ikhwanul Muslimin" ini masih diteruskan.


Perjuangan ini mempunyai rukun-rukun bai'ah(sila klik) yang padanya terdapat banyak perbincangan yang bertujuan untuk membawa gerakan itu menuju kepada
mardhotillah (redho Allah) yang mana 30juzuk al-Quran dan sunnah Nabi menjadi panduan.

Apabila dipandang secara dalam dan terperinci, begitulah juga keadaannya perjuangan yang terdapat di Malaysia ini. Merupakan kesinambungan dan tempias perjuangan-perjuangan 'ulama terdahulu. Ia kenali pertubuhan30 berdasarkan 30juzuk al-Quran.

Pada permulaan kemunculan pertubuhan 30juzuk Quran ini, mereka amat menitik beratkan amalan2 wajib dan sunat, cukup menitik beratkan soal hukum halal dan haram dan pemimpin @ ketua @ panglima @ Ayahanda amat menjaga dan mengawal para tenteranya agar tidak tergelincir dari landasan 30juzuk (al-Quran). Seperti pertubuhan-pertubuhan lain, pertubuhan ini juga mempunyai prinsip-prinsip untuk merialisasikan impian mereka. Ianya menjadi asas perjuangan pertubuhan ini. Dan diantaranya ialah menegakkan hukum Allah di muka Bumi, menjadikan Malaysia negara Islam yang "
Baldatun Thoyyibatun", mentaati pemimpin selagi pemimpin itu mentaati Allah dan banyak lagi.


Sehingga ke era 2000, pertubuhan ini masih lagi wujud dan senantiasa melebarkan sayapnya. Yang mana prinsip-prinsip mereka tetap sama. Tetapi, oleh kerana dunia semakin maju dan zaman sudah berubah, malangnya perjuangan ini menjadi sedikit tercemar dan semakin dinoda sesuka hati. Akhirnya dilablekan sebagai pertubuhan samseng @ "kongsi gelap Melayu".

Tambahan pula, kita dapat lihat sebahagian para ahlinya secara terang-terang menggayakan diri mereka seperti lagak seorang samseng @ abang besar konon dia yang ada kuasa dikawasan tersebut, ada yang memakai
bangle, rantai leher, cincin dari jari ibu ke jari kelingking, rambut diwarnakan, melepak membuang masa dikawasan-kawasan orang ramai, berseluar pendek, sibuk melembutkan jari dengan main buah naga dan sebagainya. Tiada langsung ciri-ciri sebagai seorang perjuang agama Allah. Dimana PUTIHnya???

Yang lebih berat ada dikalangan mereka ini yang mengepau dan merampas harta orang lain sesuka hati, bergaduh sesama bangsa dan agama, melakukan perkara-perkara syirik dalam mempelajari ilmu mempertahankan diri, ada juga yang bergaul bebas, minum minuman keras, lepak di disco dan kelab-kelab malam, berjudi dan banyak lagi. Sudah pasti mereka-mereka yang sebegini tidak lagi mengamalkan sunnah Rasulullah dan berkemungkinan besar meninggalkan perkara-perkara wajib syara', apatah lagi amalan-amalan sunat seperti zikir-zikir dan sebagainya.

Akhirnya masyarakat secara terus menghujum pertubuhan 30juzuk ini, pertubuhan samseng-samseng dan memandang sinis terhadap pertubuhan ini. Inilah hakikatnya. Kerana nila bertitik-titik rosak susu walaupun berbelanga-belanga.


Walaubagaimanapun, Setandan pisang tidak semuanya elok dan tidak semuanya busuk.

Masih ada dikalangan mereka yang tetap mengamalkan dan menjaga prinsip-prinsip pertubuhan ini dimana ia amat bersesuian dengan al-Quran dan as-Sunnah, melakukan amar ma'aruf dan nahi munkar, tidak meninggalkan suruhan Allah, sentiasa melakukan amalan-amalan sunat, tidak mengkhianati mereka-mereka yang lemah terutamanya 3 golongan iaitu orang tua, wanita dan kanak-kanak. Dan sebagainya. Mereka inilah yang bertanggujawab mengubah keadaan daripada teruk kepada baik, baik kepada lebih baik dan seterusnya. Dan yang paling penting kepada apa yang diredhoi Allah, barulah ianya dinamakan perjuangan FISABILILLAH (di jalan Allah).

Pemimpin @ Ayahanda pertubuhan ini, wajib memainkan peranan penting dalam membawa mereka (yang telah berjanji setia dengan pertubuhan ini) kepada keadaan yang selayaknya, agar ia selari dengan tuntutan al-Quran dan as-Sunnah. Jika tidak, merekalah(pemimpin@ayahanda) yang dipersoalkan diakhirat nanti dan Allah akan memberi azab yang sesuai dengannya. Kerana orang-orang kepada pemimpin ini sesekali tidak akan melepaskan pemimpin mereka di hadapan Allah nanti jika pemimpinnya tidak membawa pertubuhan ini kepada apa yang dituntut oleh Islam.

"Janganlah hanya membai'ahkan anak baru, tetapi membiarkan ia berjalan sesuka hati melanggar dan merempuh pagar-pagar hukum Islam."

"Amar Maa'ruf, Nahi Mungkar"_jangan hanya dimulut



_SalamPerjuangan_AnakS3Ampang.
Wassalamu'alaikum warahmatullah///

Labels:

posted by faQirilallah @ 12/05/2008 04:39:00 AM  
4 Comments:
  • At December 11, 2008 at 8:36 PM, Anonymous Anonymous said…

    wrrm..ni ler hakikat yang berlaku kat KL nih...so pada pemikiran hamba..kita kumpul keluarga kita dahulu bagu kuat kemudian kita hebahkan cara perjalanan yang betul...insyallah kita akan berjaya..

     
  • At December 12, 2008 at 1:10 AM, Blogger Tan Barok said…

    SAYA ATAN_LARAT KINTA AMAT BERSETUJU DENGAN MUJAHADAH ILM SAUDARA..MENARIK DAN TEPAT DGN KELEBIHAN SAUDARA..
    "ALAM TERKEMBANG MENJADI SEJATI KEMBALI"

    AHLI 30 PONDOK LANAI PK;2090 MALAYSIA

     
  • At December 12, 2008 at 1:14 AM, Blogger Tan Barok said…

    ana bersetuju kepada anta demi mujahadah..yg terbaik..

    ''alam melayu terkembang menjadi kekuatan kembali di seluruh alami''bersama kita...///

    30 pondok lanai;pk 2090 malaysia

     
  • At January 29, 2009 at 10:09 AM, Blogger jebbat said…

    Rasulullah SAW bersabda :“Bukanlah dari kalangan kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah" [HR Abu Dawud].

    Dari riwayat di Rasulullah SAW menegah kita supaya tidak memperjuangkan Assabiyah iaitu bangsa. Pejuangan /// yang di war-warkan di Malaysia berada di landasan yang "kurang" tepat. Bukan tidak tepat tetapi kurang tepat.

    Firman Allah SWT :

    "Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. " (Al-Baqarah : 208)

    Adakah kita mahupun /// berada di dalam landasan Islam sebenar.

    “Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain?” (Al-Baqarah : 85)

    Allah SWT juga telah memberitakan ini semua sebagai peringatan kita di dalam Al-Quran.

    “Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu,..” (Al-Anfaal ayat 24)

    Masalah /// atau manusia itu sendiri adalah kerana keangkuhan dan kejahilan mengenai perjuangan sebenar. Bukan hanya /// malah kita dan manusia itu sendiri yang begitu asyik akan kemanisan duniawi sehinggakan lupa akan masa kita akan "kembali".

    Manusia hidup menuju mati. Bukanlah sepanjang masa kita beramal tetapi haruslah perpandukan Al-Quran dan Sunnah dan kita juga tidak di benarkan terlalu melampau dalam beramal tetapi jangan permudahkannya.

    "ISLAM ITU MUDAH TETAPI JANGAN PERMUDAHKAN ISLAM"

    Harus di ingat wahai kaum muslimin !!!

    Melayu hanya menumpang Islam.
    Berjuanganlah demi Allah dan Rasulnya.Berjuanglah demi Islam.

    Di akhir kata

    Sekecil-kecil dan sebesar-besar perbuatan kita di dunia akan di hitung kelak.

    MAMPUKAN KITA MENJAWABNYA PABILA BERDEPAN DENGAN ALLAH KELAK!!!???

     
Post a Comment
<< Home
 
Powered by
ade cerita ttg aku

A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari
Location : Malaya
Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah
Toriq : Asy-Syaazuliyyah
Status : Ummu Haura' Muhammad
Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya


Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, Yang Pertama.. Tanpa Ada Yang Mengawali, Yang Terakhir.. Tanpa Ada Yang Mengakhiri, Yang Tak Terlihat.. Oleh Pandangan Orang Yang Memandang, Yang Tak Tergambarkan.. Oleh Bayangan Orangg Yang Membayangkan, KAU Ciptakan Makhluk.. Dengan KekuasaanMU, KAU Ciptakan Segala Sesuatu.. Dengan KehendakMU, Segala Puji Ya ALLAH, Yang Memberi Kami Kemampuan.. Untuk Mensyukuri NikmatMu, Yang Membuka Bagi Kami.. Pintu-Pintu Ilmu KeilahianMu, Segala Puji Ya ALLAH, Dengan Segenap Pujian Yang Dikumandangkan.. Para Malaikat.. Dan Sekalian Makhluk Yang Dimuliakan, Segala Puji BagiMU, Atas Nikmat Yang KAU Berikan.. Kepada Kami.. Hamba-HambaMU.. Yang Telah Mendahului.. Mahupun Yang Akan Datang Kemudian, Pujian Kami Aturkan kepada MU.. Sebagai Penghubung Untuk MentaatiMU.. Dan Meminta Ampunan, Sebagai Penyebab Memperoleh Redho.. Pengantar Jalan..Menuju Syurga Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, KAU Ciptakan Kami Sebagai Hamba, Dan Sebagai Umat Nabi Muhammad.. KekasihMU. ______________ __________________ _____________________

Previous Post
Archives

HotLink's
Semasa
Club's
Rakyat A.K.A Kerajaan
Blogger's Clan'z


Muaaahh Islam

Komuniti Blogger Azhari

BLOGGER

© 2005 Aboo Haura' Hidayatullah Al-Azhari Blogspot Template by Isnaini Dot Com