Pada zaman kini kita lihat Islam semakin terancam. Pelbagai cara dan kaedah serangan dilakukan oleh para musuh Islam untuk menjatuhkan Islam samada serangan dari segi luaran iaitu penjajahan wilayah-wilayah Islam, serangan pemikiran dan sebagainya. Jadi kita sebagai umat yang mengaku beriman dengan Allah dan rasulNya hendaklah sentiasa cuba untuk bangkit dan berjuang demi mempertahankan seterusnya mendaulatkan syiar Islam di muka bumi ini.
Tapi malangnya diluar sana ukhuwah Islamiah (persaudaraan Islam) dilihat kian retak dan renggang, malah terkadang terdapat mereka yang hanya mementingkan diri sendiri. Bagaimana mampu untuk mempertahankan Islam jika masyarakat Islamnya hidup dengan tidak mementingkan persaudaraan yang kukuh?!
Sebagai bukti, terang lagi bersuluh kedapatan kebanyakan umat Islam kini yang hanya menyampaikan salamkepada orang yang dikenali sahaja sedangkan mengucapkan salam itu adalah tanda ukhuwah Islamiah. Dan ia juga merupakan hak orang Islam keatas orang Islam yang lain. Ini mungkin antara salah satu bukti kecil yang boleh menunjukkan betapa renggangnya tali persaudaraan umat Islam kini. Sedangkan al-Quran al-Karim di dalam surah al-Hujurat telah mengatakan firman Allah S.W.T yang bermaksud :
"Sesungguhnya umat Islam itu bersaudara."
Dikuatkan lagi dengan Hadith RasuluLlah s.a.w yang diriwayatkan oleh al-Imamain iaitu al-Imam Bukhari dan Muslim. Sabda Baginda s.a.w yang bermaksud :
" Tidak beriman seseorang kamu, hingga kamu mengasihi saudara kamu sepertimana kamu mengasihi diri kamu sendiri."
Sedarilah wahai sahabat, Islam hanya akan bangkit dengan berjema'ah iaitu seluruh umatnya bersatu hati dalam merialisasikan syiar Islam di muka bumi ini. Tidak kiralah apa pun jua bentuk benderaatau apapun cara gerakannya, yang penting selagi ianya mentauhidkan Allah dan mendaulatkan al-Quran dan as-Sunnah, turut sertalah dan bersamalah berganding bahu dan bersatu tenaga agar syiar Islam sentiasa melebarkan sayapnya dan dipandang tinggi seterusnya digeruni oleh musuh-musuh laknatuLlah. Dan perlu diingat apa pun pertubuhan atau persatuan atau gerakan selagi kita bernaung dibawah panji " La ilaha ilaLlah" kita adalah satu.
A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari Location : Malaya Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah Toriq : Asy-Syaazuliyyah Status : Ummu Haura' Muhammad Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya