"اَلَلَّهُمَّ صَلِّ صَلاَةً كاَمِلَةً ، وَسَلِّمْ سَلاَماً تاَماً عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ الَذِيْ تَنْحَلُّ بِهِ العُقَدُ ، وَتَنْفَرِجُ بِِهِ الكُرَابُ ، وَتُقْضَى بِهِ الحَوَائِجُ ، وَتُنَالُ بِهِ الرَغَائِبُ وَحُسْنُ الخَوَاتِيْمِ ، وَيُسْتَسْقَىْ الغَمَامُ بِوَجْهِهِ الكَرِيْمِ ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِى كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَّسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُومٍ لَكَ" ...PenaKu Merah KertasKu Putih Dan Aku Akan Terus Menulis... "بسم الله الرحمن الرحيم "
Agen
REBUT 5 SEBELUM 5
Secotet Kalam
إِقْـرَاء خـَيْرُ مَا تَجِدْ ، أُكْتـُبْ خَـيْرُ مَا تَقْرَاء ، إِحْفَـظْ خَـيْرُ مَا تَكْتُبْ
\\\ ___( ", )___ ///
Orang Berfikiran TINGGI Gemar Bicara tentang ILMU
Orang Berfikiran SEDERHANA Gemar Bicara tentang PERISTIWA
Orang Berfikiran RENDAH Gemar Bicara tentang ORANG LAIN
Orang Berfikiran CETEK Gemar Bicara tentang DIRI SENDIRI
\\\ ___( ," )___ ///
Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah


Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.."

Egypt
MyMalaysia
Meninggalkan Solat Meruntuhkan Agama

Chit Chat


Shoutbox

Free Hit Counters


Jangan Lupa Mengingati Allah

Akhbar Online

NIKMAT LEBIH BAIK DISEMBUNYIKAN
Jun 8, 2017
السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله سيدنا محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله و أصحابه أجمعين

Baru-baru ini Pulang dari Kampung menuju ke KL, sambil driving mendengar Rakaman Pengajian Kitab Syarah Hadith Jibril A.S yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Nazrul Abd.Nasir. Beliau membaca beberapa hadith, dan antara hadith yang sentiasa teringiang-ngiang difikiran hingga ke hari ini ialah :-

Baginda Nabi Muhammad shallallahu’alaihi wasallam bersabda :


إِسْتَعِينُوا عَلَى إِنْجَاحِ الْحَوَائج بِالكِتْمَان، فَإِنَّ كُلّ ذِي نِعْمَة مَحْسُود
Ertinya :
Bantulah penyelesaian hajat-hajat kalian dengan menyembunyikan (hajat tersebut), kerana setiap orang yang memiliki nikmat pasti akan ada yang dengki.”
[H.R Imam At-Thabrani]

Maka ibrah yang boleh diambil dari hadith ini ialah :-

Sebelum berkongsi nikmat / keseronokan yang kita perolehi sama secara perbualan bersemuka / upload di Facebook / Whatsapps / Instagram dan apa juga, fikir dahulu @ renung kembali apa yang disabdakan oleh Baginda Nabi S.A.W.

Banyak kemungkinan akan tercetus dari nikmat yang kita semangat untuk kongsikan (pamerkan) kepada umum antara :

1. Orang iri hati / dengki. Jelas seperti yang disabdakan oleh baginda Nabi.

2. Kita akan membuatkan orang yang tidak diberi nikmat tersebut bercita-cita (terliur) untuk mendapatkannya sedang ia belum mampu.

3. Khuatir nikmat tersebut akan membuatkan kita ujub, riak atau takabbur. Yang akan membatalkan/menghapus pahala kebaikan tersebut.

Dan lain-lain lagi.


Malah musibah juga perlu disembunyikan, Imam Muhammad bin Idris Asy-Syafi'i Rhm berkata :
"Kemuliaan jiwa seseorang ada pada tiga perkara :

√ Menyembunyikan kefaqiran hingga orang lain menyangka bahawa engkau berkecukupan.

√ Menyembunyikan kemarahan hingga orang lain menyangka bahawa engkau redha.

√ Menyembunyikan penderitaan hingga orang lain menyangka bahwa engkau hidup senang." 

(Manaqib asy-Syafi'i, jilid 2 hlm. 188)

Maka kesimpulannya sembunyikanlah perkara baik atau nikmat yang kita perolehi, supaya sentiasa menjaga mashlahat bersama dan mengelak mafsadat seperti fitnah dan sebagainya.

Wal'afwu minkum,
SEKIAN.
posted by faQirilallah @ 6/08/2017 03:45:00 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
Powered by
ade cerita ttg aku

A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari
Location : Malaya
Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah
Toriq : Asy-Syaazuliyyah
Status : Ummu Haura' Muhammad
Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya


Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, Yang Pertama.. Tanpa Ada Yang Mengawali, Yang Terakhir.. Tanpa Ada Yang Mengakhiri, Yang Tak Terlihat.. Oleh Pandangan Orang Yang Memandang, Yang Tak Tergambarkan.. Oleh Bayangan Orangg Yang Membayangkan, KAU Ciptakan Makhluk.. Dengan KekuasaanMU, KAU Ciptakan Segala Sesuatu.. Dengan KehendakMU, Segala Puji Ya ALLAH, Yang Memberi Kami Kemampuan.. Untuk Mensyukuri NikmatMu, Yang Membuka Bagi Kami.. Pintu-Pintu Ilmu KeilahianMu, Segala Puji Ya ALLAH, Dengan Segenap Pujian Yang Dikumandangkan.. Para Malaikat.. Dan Sekalian Makhluk Yang Dimuliakan, Segala Puji BagiMU, Atas Nikmat Yang KAU Berikan.. Kepada Kami.. Hamba-HambaMU.. Yang Telah Mendahului.. Mahupun Yang Akan Datang Kemudian, Pujian Kami Aturkan kepada MU.. Sebagai Penghubung Untuk MentaatiMU.. Dan Meminta Ampunan, Sebagai Penyebab Memperoleh Redho.. Pengantar Jalan..Menuju Syurga Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, KAU Ciptakan Kami Sebagai Hamba, Dan Sebagai Umat Nabi Muhammad.. KekasihMU. ______________ __________________ _____________________

Previous Post
Archives

HotLink's
Semasa
Club's
Rakyat A.K.A Kerajaan
Blogger's Clan'z


Muaaahh Islam

Komuniti Blogger Azhari

BLOGGER

© 2005 Aboo Haura' Hidayatullah Al-Azhari Blogspot Template by Isnaini Dot Com