Semasa di dalam
Pengajian Akbar Hidayatus Salikin di Masjid Wilayah Persekutuan baru-baru ini,
Syeikh Fahmi Zamzam (Abu Ali al-Banjari an-Nadwi al-Maliki) berpesan :
"Jangan melaknat
orang lain (walaupun orang tersebut bukan Islam) kerana hal ini menjauhkan ianya dari
Rahmat Allah Ta'ala. Sebaliknya doakan mereka, kemungkinan dengan doa tersebut
ia akan dapat hidayah daripada Allah pada masa akan datang."
Contoh :
Seandainya Si A mencuri
selipar kita diluar masjid, kemudian kita mendoakan kecelakaan (melaknat)
untuknya. Dan dengan sebab doa
tersebut ditakdirkan Si A mengalami kemalangan dan cacat anggota badan.
Di hadapan Allah Ta'ala
nanti (hari akhirat), Si A akan meminta pengadilan. Katanya :
"Ya Allah, Tuan
punya kasut hanya kehilangan kasutnya kerana dicuri oleh aku, tetapi aku telah
kehilangan anggota badan oleh kerana doanya yang melaknat aku. Aku minta
pengadilanMu Ya Allah."
Sebagai tambahan dari
saya untuk difikirkan bersama,
Oleh kerana Si A
mengalamai kecacatan anggota badan dengan sebab doa kita, dan Si A ditakdirkan
telah kehilangan kerja. Kemudian hidupnya dan keluarga tidak dapat diurus
dengan baik. Dan akan mengakibatkan lagi banyak kesan-kesan negatif.
Berbeza jika kita
mendoakan Si A (yang mencuri kasut kita) diberi hidayah dari Allah. Sekiranya
ia bertaubat berkat doa kita tadi dimaqbulkan Allah. Akhirnya dia menjadi Orang
Soleh dan dikurniakan syurga.. Nanti dihadapan Allah Ta’ala, tidak mustahil Si
A akan menarik kita masuk bersamanya ke dalam Syurga.
Tambah Syeikh Fahmi Zamzam, melaknat @ mendoakan kecelaan kepada Umum, dibolehkan. Contohnya : "Semoga Allah melaknat golongan yahudi."
Berkata Sayyidina 'Ali Karramallahu wajhah :
"Aku tersilap daripada tidak menghukum, lebih baik daripada tersilap menghukum".
Kita boleh lihat dengan beberapa isu semasa yang hangat diperkatakan, antaranya Isu DNA Babi terhadap coklat Cadbury. Berapa ramai yang saling salah menyalahkan, tuduh menuduh dan sebagainya. Malah melablelkan golongan Ulama kepada perkara yang tidak sepatutnya.
Begitu juga dengan isu amalan di bulan Sya'ban. Saling menyalahkan antara pihak dan menghukumkan bid'ah terhadap pihak lain. Ini bukanlah apa yang dianjurkan oleh Islam.
Mudah-mudah kita diampunkan oleh Allah Ta'ala.
* Mohon maaf kerana
kemungkinan terdapat olahan ayat menurut kefahaman diri saya yg kurang ilmu
ini.. Mudah2an begitulah apa yang dimaksudkan oleh Syeikhuna Fahmi Zamzam.
Mohon teguran dan tunjuk ajar daripada Tuan2 Guru Yang Mulia.
La'alla Sowab,
Wallahu'alam.
Labels: Renung-Renungkanlah |