"اَلَلَّهُمَّ صَلِّ صَلاَةً كاَمِلَةً ، وَسَلِّمْ سَلاَماً تاَماً عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ الَذِيْ تَنْحَلُّ بِهِ العُقَدُ ، وَتَنْفَرِجُ بِِهِ الكُرَابُ ، وَتُقْضَى بِهِ الحَوَائِجُ ، وَتُنَالُ بِهِ الرَغَائِبُ وَحُسْنُ الخَوَاتِيْمِ ، وَيُسْتَسْقَىْ الغَمَامُ بِوَجْهِهِ الكَرِيْمِ ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِى كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَّسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُومٍ لَكَ" ...PenaKu Merah KertasKu Putih Dan Aku Akan Terus Menulis... "بسم الله الرحمن الرحيم "
Agen
REBUT 5 SEBELUM 5
Secotet Kalam
إِقْـرَاء خـَيْرُ مَا تَجِدْ ، أُكْتـُبْ خَـيْرُ مَا تَقْرَاء ، إِحْفَـظْ خَـيْرُ مَا تَكْتُبْ
\\\ ___( ", )___ ///
Orang Berfikiran TINGGI Gemar Bicara tentang ILMU
Orang Berfikiran SEDERHANA Gemar Bicara tentang PERISTIWA
Orang Berfikiran RENDAH Gemar Bicara tentang ORANG LAIN
Orang Berfikiran CETEK Gemar Bicara tentang DIRI SENDIRI
\\\ ___( ," )___ ///
Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah


Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.."

Egypt
MyMalaysia
Meninggalkan Solat Meruntuhkan Agama

Chit Chat


Shoutbox

Free Hit Counters


Jangan Lupa Mengingati Allah

Akhbar Online

Pembakaran Kayu Gaharu | Setanggi | Kemenyan (ASAP PEWANGI)
Nov 12, 2013
AsSalamu’alaikum wa Rohmatullah,
Bismillah wal Hamdulillah was Solatu was Salamu ‘ala Sayyidina Rasulillah wa ‘ala alihi wa sohbihi ajma’in.

Dikesempatan ini, faQir ingin menjawab satu persoalan berkenaan dengan pembakaran Setanggi atau Bakhoor. Kerana baru-baru ini, ada suara-suara yang mempersoalkan pembakaran setanggi di dalam masjid.


Pertama : Bakhoor ini adalah adat orang arab dan sebilangan masyarakat selainnya.

Bakhoor disediakan untuk menghormati tetamu yang datang berziarah. Biasanya bekas asapan bakhoor itu akan diedarkan dari satu tamu ke tamu yang lain sehingga aroma Bakhoor tadi tersebar. Hal ini sering berlaku sekiranya tuan-tuan menziarah kenalan di Arab Saudi.

Menurut Ketua Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Bahagian Pengajian Usuluddin, Akedemi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), Dr.Johari Mat :
"Di negara-negara Arab, kayu Gaharu dibakar semata-mata untuk mengeluarkan bau harum semasa majlis keramaian, kenduri-kendara, majlis imu, kematian dan sebagainya. Malah dalam bulan Ramadhan, semasa solat Tarawikh, kayu gaharu juga dibakar di dalam masjid bagi mengeluarkan bau harum untuk keselesaan para jemaah,"

Dan di Masjidil haram terdapat bekas perasap yang besar dan diisi dengan kayu gaharu. Tujuannya hanya untuk mengharumkan suasana. Sehingga kini, kita dapat lihat, terdapat ramai sekali peniaga-peniaga di sekitar Masjidil Haram dan Masjidin Nabawi yang menjual minyak wangi dan juga kayu Gaharu serta bekas-bekas Bakhoor.

Kedua : Berwangi-wangian ini adalah sunnah Baginda Rasulullah S.A.W

Baginda Rasulullah S.A.W sangat menyukai wangi-wangian sama ada minyak wangi, bunga-bungaan atau pembakaran Bakhoor daripada kayu Gaharu dan sebagainya. Hal ini turun temurun diwarisi oleh Baginda S.A.W kepada para sahabat dan tabie’in.

Dikisahkan bahawa Imam Malik Rahimahullahu Ta’ala, di dalam riwayat hidupnya sangat menghormati ilmu dan hadis-hadis Rasulullah S.A.W. Beliau mengajar hadis hanya dalam majlis ilmu dan tidak membenarkan orang lain bercakap-cakap ketika beliau mengajar hadis. Malahan beliau tidak bercakap tentang hadis di tepi jalan. Dan beliau sentiasa berpakaian kemas dan harum, mengambil wuduk, serta membakar setanggi (bakhoor) sebelum mula mengajar ilmu.

Melihat kepada keadaan di atas sudah pasti ada sebab musabab kenapa pembakaran kayu Gaharu (Bakhoor @ setanggi) dilakukan di masjid-masjid dan sebagainya??

Tahukah para sahabat semua, bahawa hal ni dapat merelaxkan minda, anggota saraf dan berbagai lagi.  Ianya juga dapat meredakan ketegangan otot serta saraf dan mampu mengurangkan stress.

Bahkan Rasulullah saw. pernah bersabda :
جنبوا مساجدكم صبيانكم وخصومتكم وحدودكم وشراءكم وبيعكم جمروها يوم جمعكم واجعلوا على ابوابها مطاهركم(رواه الطبرانى(
Maksud : "Jauhkanlah masjid-masjid kamu dari anak-anak kamu, dari pertengkaran kamu, pendarahan kamu dan jual beli kamu. Ukuplah masjid-masjid itu pada hari perhimpunan kamu dan jadikanlah pada pintu-pintunya itu alat-alat bersuci."
(HR. At-Thobrani).

Bahkan beberapa sahabat berwasiat agar kain kafan mereka diasap :
أوصى أبو سعيد وابن عمر وابن عباس رضي الله عنهم ان تجمر اكفنهم بالعود
Maksud : "Abu Said, Ibnu Umar dan Ibnu Abbas ra. Berwasiat agar kain-kain kafan mereka diasap(sapu) dengan kayu Gaharu."

Hadith-hadth di atas sebenarnya menunjukkan betapa wangi-wangian adalah sesuatu yang telah menjadi tradisi dari  zaman Rasulullah S.A.W dan juga para sahabat. Hanya saja media wangi-wangian itu berubah mengikut perkembangan zaman dan teknlogi. Sehingga saat ini kita merasa pelik dengan pembakaran kayu Gaharu (setanggi). Padahal ianya merupakan pengharum ruang.

Di satu sudut, dalam dunia pemasaran yang semakin bebas menyebabkan selera 'wangian' menjadi beralih mengikut trend terkini dan semakin update. Yang harum dan yang wangi kini seolah hanya terdapat dalam minyak wangi, bay fress dan fress room. Sedangkan pembakaran kayu Gaharu dan setanggi (bakhoor) terus diidentitikan dengan dunia perbomohan dan perdukunan. Inilah tanggapan yang salah.

Oleh yang demikian, penggunaan bekas perasap untuk membakar kemenyan, setanggi dan kayu gaharu bagi mengeluarkan bau-bauan yang harum adalah diharuskan di dalam Islam, selagi mana ia tidak bercampur dengan unsur pemujaan yang membawa kepada syirik.

Asal kepada setiap perkara kehidupan duniawi (yang tidak berbentuk ibadah yang khusus) itu boleh dilakukan :

Inilah kaedah umum yang dipakai untuk setiap permasalahan duniawi. Lantaran itu para ulama’ dan fuqaha’ telah menyatakan satu kaedah , iaitu :

"الأصل في الأشياء الإباحة حتى يدل الدليل على التحريم"
“Asal bagi setiap sesuatu itu adalah harus sehinggalah ada dalil menunjukan pengharamannya”

Seperti situasi pembakaran Bakhoor, Setanggi, Kemenyan dan seumpamanya, sekiranya bertujuan untuk mewujudkan suasana tenang, damai dan harum. Perkara ini adalah Harus. Sekiranya pembakaran-pembakaran tadi bertujuan untuk memuja Jin dan sebagainya yang membawa ke jalan Syirik kepada Allah S.W.T maka ianya Haram.

Sekiranya ada salah dan silap mohon diperbetulkan.
Wallahu Ta’ala ‘alam.







posted by faQirilallah @ 11/12/2013 12:30:00 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
Powered by
ade cerita ttg aku

A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari
Location : Malaya
Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah
Toriq : Asy-Syaazuliyyah
Status : Ummu Haura' Muhammad
Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya


Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, Yang Pertama.. Tanpa Ada Yang Mengawali, Yang Terakhir.. Tanpa Ada Yang Mengakhiri, Yang Tak Terlihat.. Oleh Pandangan Orang Yang Memandang, Yang Tak Tergambarkan.. Oleh Bayangan Orangg Yang Membayangkan, KAU Ciptakan Makhluk.. Dengan KekuasaanMU, KAU Ciptakan Segala Sesuatu.. Dengan KehendakMU, Segala Puji Ya ALLAH, Yang Memberi Kami Kemampuan.. Untuk Mensyukuri NikmatMu, Yang Membuka Bagi Kami.. Pintu-Pintu Ilmu KeilahianMu, Segala Puji Ya ALLAH, Dengan Segenap Pujian Yang Dikumandangkan.. Para Malaikat.. Dan Sekalian Makhluk Yang Dimuliakan, Segala Puji BagiMU, Atas Nikmat Yang KAU Berikan.. Kepada Kami.. Hamba-HambaMU.. Yang Telah Mendahului.. Mahupun Yang Akan Datang Kemudian, Pujian Kami Aturkan kepada MU.. Sebagai Penghubung Untuk MentaatiMU.. Dan Meminta Ampunan, Sebagai Penyebab Memperoleh Redho.. Pengantar Jalan..Menuju Syurga Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, KAU Ciptakan Kami Sebagai Hamba, Dan Sebagai Umat Nabi Muhammad.. KekasihMU. ______________ __________________ _____________________

Previous Post
Archives

HotLink's
Semasa
Club's
Rakyat A.K.A Kerajaan
Blogger's Clan'z


Muaaahh Islam

Komuniti Blogger Azhari

BLOGGER

© 2005 Aboo Haura' Hidayatullah Al-Azhari Blogspot Template by Isnaini Dot Com