السلام عليكم
ورحمة الله تعالى وبركاته
الحمدلله رب
العالمين والصلاة والسلام على رسول الله سيدنا محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله و
أصحابه أجمعين.
Perkongsian
sempena Ramadhan Al-Mubarak,
Kami
ketika mengikuti Daurah Ilmu 40 Hari di Hadhramaut, Yaman mengikut jejak para
Tuan-tuan Guru disana yang mengamalkan solat sunat ini disepanjang Ramadhan
setiap kali selepas berbuka puasa dengan cara seperti berikut :
- Berbuka puasa dengan makanan yang ringan iaitu antaranya 3 biji kurma, air kosong yang disejukkan, kopi halia segelas kecil dan sedikit juadah lain,
- Kemudian bergegas menunaikan Solat fardhu maghrib berjamaah & wirid (merebut takbir pertama bersama Imam),
- Kemudian melaksanakan Solat sunat Ba'diah Maghrib 2 rakaat,
- Kemudian melaksanakan Solat Sunat Tasbih 2+2 Rakaat secara berjemaah.
1 Rakaat 75x
Tasbih, Tahmid, Tahlil & Takbir X 4 Rakaat maka berjumlah 300x Tasbih, Tahmid, Tahlil & Takbir.
Kemudian makan
berat @ zikir sementara menunggu masuknya waktu solat fardhu Isyak.
Maka
menjadikan 6 Rakaat solat sunat selepas Maghrib.
Mengapa
Amalan Solat Sunat yang dipilih ?!
Wallahu'alam.
"kami hanya menuruti jejak Tuan-Tuan Guru Kami yang mulia".
Namun
kalau dilihat kepada garis panduan yang diberikan oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W dan para Ulama, adalah seperti berikut :
Dalam
Hadith yang diriwayatkan oleh Adaylami, Baginda Rasulullah bersabda (maksud) :
“Diamnya seorang yang sedang berpuasa
merupakan tasbih, tidurnya adalah ibadah, Doanya mustajab dan amalan baiknya
dilipatgandakan”.
Sebuah
Hadith Qudsi, Sabda Baginda Nabi Muhammad S.A.W (maksud) :
"Setiap amalan anak Adam adalah digandakan
pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berfirman Allah SWT :
Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan
membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka
(di siang hari) hanya keranaKu."
(HR Imam Al-Bukhari & Imam Muslim)
Dari
Salman Radhiallahu ‘anhu, katanya : Rasulullah SAW berkhutbah di hadapan kami
pada hari terakhir daripada bulan Syaaban. Baginda bersabda (maksud) :
“Wahai manusia, sesungguhnya kamu dinaungi oleh bulan
yang sentiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada
satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah telah
menjadikan puasa-Nya suatu fardu dan qiam di malam harinya suatu tatawwu’ (ibadah
sunat). Barang siapa mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu pekerjaan
kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardu di
bulan yang lain. Dan barang siapa yang menunaikan suatu fardu dalam bulan
Ramadan maka samalah nilainya dengan orang yang mengerjakan 70 fardu pada bulan
yang lain.”
(H.R Ibnu Khuzaimah)
Maka
diantara waktu Maghrib dan Isyak, ada satu jaminan daripada baginda Nabi
Muhammad S.A.W kepada mereka yang melakukan Solat Sunnat Rakaat.
Tahukah
kita tentang fadhilat solat sunat 6 rakaat setelah fardhu maghrib?!
Keutamaan
solat tersebut berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W. bersabda (maksud) :
“Siapa yang solat 6 rakaat tanpa disela dengan
pembicaraan buruk, ia senilai ibadah selama 12 tahun.”
(HR Imam at-Tirmidzi)
Diriwayatkan
dari Ammar bin Yasir, Rasulullah S.A.W. bersabda (maksud) :
"Barangsiapa
melakukan solat 6 rakaat setelah maghrib, maka diampuni dosanya meskipun
sebanyak ombak lautan".
(HR Imam at-Tabrani)
*
Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah meriwayat hadis yg sama.
Dan
mengapa solat Tasbih yang dipilih untuk dilakukan?!
Solat sunat Tasbih ini
telah diajarkan oleh Baginda Rasulullah S.A.W kepada Saidina Abbas bin
Muththalib. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda (maksud) :
“Jika
kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka
lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau
seumur hidup sekali .“
(HR Imam Abu Daud dan Imam Ibnu Majah)
Ketika dipengajian, kebanyakan guru selalu berpesan sesuatu ilmu perlu
diamalkan setelah dipelajari, jika tidak dapat diamalkan setiap hari, maka
amalkanlah seminggu sekali (Hari yang paling mulia : Jumaat), jika tidak mampu
maka amalkanlah sebulan sekali, jika tidak mampu maka amalkanlah setahun sekali
iaitu hari Jumaat dibulan Ramadhan kerana gandaan amalan telah dijanjikan oleh
Allah S.W.T.
Baginda Rasulullah S.A.W mengajarkan kepada bapa
saudaranya bahawa kelebihan sembahyang sunat Tasbih itu sangatlah besar
sebagaimana hadis Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma (Maksud) :
“Jika engkau membuat yang sedemikian itu,
Allah menghapuskan dosamu, baik yang terdahulu, yang sekarang, yang sudah lama,
yang baru, yang tidak disengaja, yang sengaja, yang kecil, yang besar, yang
tersembunyi mahupun yang terang-terangan.”
(HR Imam Abu Daud)
Menurut
Imam Taj as-Subki dan ulama-ulama yang lain, apabila orang telah mendengar
kelebihan sembahyang sunat Tasbih itu, dan ia tinggalkan yakni tidak membuatnya
maka ia tergolong daripada orang yang mencuaikan agama.
Maka
pilihan Solat Sunat Tasbih ketika di Ramadhan dan pada waktu maghrib adalah
mempunyai sebab musabab yang dikaji dan diteliti oleh para Ulama, tambahan pula
ketika itu Nafsu melonjak-lonjak untuk menjamu selera, namun keutamaan
diberikan untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta'ala dengan Solat Sunnat yang
telah digariskan oleh Ulama'.
Tidakkah
ini perkara yang baik dalam menghidupkan Malam-malam di Ramadhan!?
Qiyamullail
di Ramadhan bukan sekadar di waktu sebelum subuh setelah tidur, Qiyamullail di
Ramadhan bermula setelah masuknya waktu Maghrib hinggalah sebelum Sahur.
Wallahu'alam.
Jom
jadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya. Selamat beramal..
Sekadar
perkongsian dari pengetahuan alfaqir yang banyak kekurangan, Mohon para tunjuk
ajar daripada para masyaikh dan asatizah..
Labels: Kalam asySyafie, Tips |