Rabi'ul Awwal menunjukkan wajah, hati2 insan yang kasihkan Kekasih mula menjadi sayu merindu..Aku mula merindukan suasana majlis maulid nabi yang pernah aku sertai.. rindu.. Mesir seolah menggamit aku.. Yang pastinya, diwaktu ini suasana Tanah Kinanah ini meriah dgn majlis2 maulid disetiap pelusuk tempat.. Adusss!! rinduuunye.. Tentu puji2an dan selawat bergema dan terus bergema.. Sukar nak diceritakan betapa indahnya majlis2 ini.. Lebih indah dari majlis perkahwinan kita @pun orang yg terdekat dgn kita..
Selawat serta Salam ku utuskan buat Mu ya Rasulullah S.A.W.
Tahukah sahabat2 kenapakah kita digalakkan menyambut Maulid Nabi Muhammad S.A.W?
Sudah pasti terdapat fadhilat2 @ keistimewaan2nya.. Seperti juga diri kalian, menyambut hari kelahiran kekasih pujaan hati kalian dengan berbagai cara termasuklah hadiah, suprise party dan sbgnya.. Demi membuatkan dia lebih sayang @ menunjukkan kalian menghargai dan menyayanginyakan ?? Rasulullah S.A.W sepatutnya kita lakukan lebih dari itu.. kerana Bagindalah kita hari ini bahagia dengan nikmat Iman , Islam dan Ihsan..
Kelebihan menyambut Maulid Kekasih Allah ini, saya petik dari sebuah kitab "Biografi Bercahaya Muhammad Rasulullah S.A.W" yang dikeluarkan oleh Ahmad Lutfi b. Abdul Wahab Al-Linggi.
1. Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq Radiyyallahu 'anhu menyatakan : "Siapa yang menafkahkan satu dirham untuk majlis membaca maulid nabi S.A.W. Maka dia akan menjadi temanku di dalam Syurga". 2. Telah berkata Sayyidina Umar al-Khattab Radiyyallahu 'anhu : " Sesiapa yang membesarkan hari kelahiran Nabi S.A.W. Maka sesungguhnya dia telah menghidupkan Islam". 3. Telah berkata Sayyidina Uthman ibn 'Affan Radiyyallahu 'anhu : " Sesiapa yang menafkahkan satu dirham untuk majlis membaca maulid Nabi S.A.W. Maka seolah-olah dia menyaksikan peperangan badar dan Hunain". 4. Telah Berkata Imam Hasan al-Basri radiyyallahu 'anhu : "Aku suka sekiranya aku mempunyai emas setinggi gunung Uhud. Maka aku akan membelanjakannnya untuk membaca maulid Nabi S.A.W". 5. Telah berkata Imam asy-Syafi'e radiyyallahu 'anhu : " Sesiapa yang menghimpunkan saudaranya (sesama Islam untuk mengadakan majlis maulid Nabi S.A.W, menyediakan makanan dan tempat serta melakukan kebaikan dan dia menjadi sebab dibacanya Nabi S.A.W itu, maka dia akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T pada hari qiamat bersama ahli Siddiqin (orang-orang yang benar), Syuhada' dan solihin serta berada di dalam syurga-syurga Na'im". 6. (Kitab I'anah at-Tolibin) Menceritakan, pada zaman pemerintahan Harun ar-Rasyid, terdapat seorang pemuda di basrah yang tidak elok perangainya. Maka penduduk Basrah memandang keji terhadapnya. Tetapi apabila tiba Rabi'ul Awwal, pemuda tersebut membersihkan pakaiannya, memakai wangi-wangian dan pakaian yang cantik mengadakan kenduri kerana menyambut Maulid Nabi S.A.W dan meminta orang ramai supaya membacakan Maulid Nabi S.A.W dalam majlis tersebut. Pada setiap tahun, apabila tiba Rabi'ul Awwal, dia akan melakukan sedemikian hingga ke akhir hayatnya. Setelah dia meninggal dunia, maka penduduk Basrah mendengar satu suara yang berkata, "Pergilah wahai penduduk Basrah dan saksikanlah jenazah seorang wali dari kalangan wali Allah S.W.T. Sesungguhnya dia merupakan seorang yang mulia disisiKu". Maka penduduk Basrah pun pergi menziarahi jenazahnya dan mengebumikannya.
Allah, Allah.. Subhanllah.. inilah kelebihan dan rahsia yang tersirat dan tersurat disebalik menyambut maulid Nabi S.A.W.
Jadi sy rasa apa yang patut disampaikan telah pun sy sampaikan, sahabat2 sekalian mempunyai akal yang waras.. ambillah istifadah serta iktibar dari apa yang disampaikan. Moga sama2 kita mendapat redha dan kasih sayang Allah dan Kekasihnya..
"Selamat Menyambut Maulid Rasulullah S.A.W"
"Allahumma Solli wa Sallim wa Barik 'alaihi wa 'ala Aalih"
A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari Location : Malaya Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah Toriq : Asy-Syaazuliyyah Status : Ummu Haura' Muhammad Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya