Dulu sewaktu zaman sekolah ma'ahad sy selalu menyebut @ mendengar kengkawan cakap :
" Dosa Fitnah itu lebih besar dari membunuh, dari hang fitnah aku baik hang bunuh aku".
Beberapa tahun selepas itu barulah sy fahami, apakah yang dimaksudkan dengan Fitnah yang disebut dosanya lebih besar dari membunuh.
Di akhir tahun lepas, sy mendengarnya semula bahawa ada suara2 yang menyatakan Fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh, sedangkan situasi fitnah yang disebut tidak sama sewaktu turunnya firman Allah dari surat Al-Baqarah yang bermaksud : "Fitnah itu (dosanya) lebih besar dari membunuh".
Baru2 ini sy kembali didendangkan dengan ayat tersebut oleh beberapa orang yang ada disekeliling saya. Dan ia membuatkan sy terasa harus tampil di medan ini demi mengingatkan para sahabat supaya berhati-hati dengan kata-kata "fitnah itu lebih besar(dosanya) dari membunuh".
Betol ke fitnah itu lebih besar @ lebih berat dari membunuh.. Fitnah yang macam mana???
Situasi A.
Seorang Awam menuduh seorang Pegawai Kerajaan mengambil wang sogokan (rasuah). Kata pekerja kepada Pegawai tersebut : "Encik, Jangan senang-senang melemparkan Fitnah, Ingat Fitnah itu lebih besar dari membunuh."
Situasi B.
Seorang teman kepada si XY telah mereka2 akan satu cerita, yang mana cerita itu mungkin memalukan XY. Dan XY pun berkata, dari hang wat fitnah camni, baik hang mai bilik bunuh aku".
Disini menunjukkan, mentaliti masyarakat kita menyatakan bahawa mereka2 suatu cerita yang cerita tersebut tidak benar malah memalukan sesuatu pihak maka ianya fitnah, yang mana fitnah yang dikatakan di dalam Al-Quran iaitu dosanya lebih besar dari membunuh. INI ADALAH TANGGAPAN YANG SALAH.
Ini kerana "Fitnah yang dimaksudkan lebih besar (dosannya) dari membunuh" secara fahamnya ialah melakukan kesyirikan kepada Allah, melarang orang @ mengeluarkan orang lain dari akidah mentauhidkan Allah, samaada secara siksaan, paksaan, dan cubaan2 lain. Seperti yang siksaan dan ugutan yang dilakukan kepada Umat-umat Islam diawal kebangkitan Islam, supaya kembali kepada agama nenek moyang mereka, contohnya Ammar bin Yasir yang dibunuh Ibubapanya, Bilal bin Rabah yang dihempap dengan batu ditengah padang pasir sewaktu matahari panas terik dan sebagainya.
Cuba kita perhatikan Maksud firman Allah Ta'ala dr Surah al-Baqarah ini :
"Dan Bunuhlah mereka di mana saja kamu jumpai mereka, dan usirlah mereka dari tempat mereka telah mengusir kamu (Mekah); dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan, dan janganlah kamu memerangi mereka di Masjidil Haram, kecuali jika mereka memerangi kamu di tempat itu. jika mereka memerangi kamu (di tempat itu), Maka Bunuhlah mereka. Demikanlah balasan bagi orang-orang kafir". ( Al-Baqarah_191 )
Firman Allah Ta'ala yang lainnya lagi, bermaksud:
"Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah : Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar; tetapi menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalangi masuk) Masjidil haram dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih besar (dosanya) di sisi Allah dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh, mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup. barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, Maka mereka Itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka Itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.( Al-Baqarah _ 217 )
Jadi ADAKAH fitnah yang selalu menjadi bualan mulut masyarakat kita sama seperti keadaan fitnah yang disebut di dalam firman Allah Ta'ala diatas. Lihatlah ayat sebelumnya yang mana mencerita musuh2 Islam yang menghalang agama Allah dan sebagainya. Sudah tentulah fitnah yang dimaksudkan mempunyai kaitan dengan ayat sebelumnya dan selepasnya.
Maka fitnah di dalam Al-Quran tidak sama dan tidak sesuai dengan Fitnah disisi Masyarakat kita. Jauh Panggang Dari Api..
Untuk mengetahi lebih lanjut silalah ke Laman Blog Akhi Salman Maskuri (klik disini). Akhi Salman telah membahaskan apakah yang dimaksudkan dengan Fitnah menurut al-Quran yang mana sahabat2 boleh membuat perbandingan dengan fitnah yang selalu menjadi buah mulut dan lable yang disebut oleh masyarakat Melayu khususnya.
Moral Of The Story,
1. Hati-hati menggunakan dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah. Jangan main sambarono je.
2. Setiap Kalam yang keluar dari mulut kita akan dipertanggungjawabkan diakhirat nanti. Berhati-hati juga dalam berkata-kata. Lidah itu lebih tajam dari pisaukan??
3. Jika sesuatu perkara itu meragukan , maka tinggalkan ia..
4. Jangan terlalu meremehkan perkara yang remeh, kadang2 perkara yang remeh itu kadang2 perkara yang serius.
5. Sy sudah sampaikan apa yang sepatutnya, terpulanglah kpd para sahabat untuk menilainya.
6. Fikir-fikir balikkan, watpe la nak fitnah-fitnah orang ni.. Wat tambah murka Allah Ta'ala je. Korang pikirlah sama-sama ye.
7. Andai ada silap dan salah, tolong perbetolkan k.. daaaa
A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari Location : Malaya Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah Toriq : Asy-Syaazuliyyah Status : Ummu Haura' Muhammad Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya