AsSalamu'alaikum Warahmatullah, Kepada Adik2 ku yang berbin/bintikan Mohamad Fuad b. Othman. Ada beberapa pesanan utk kalian : 1. Harapan Abg yang sulong ni, jgn letak gambar yang mendedahkan aurat (selain dari muka n tapak tangan) dlm FB @ laman2 sosial lain. Nanti Bapa, Abang2 jgk dpt saham dosa.. 2. Jangan add lelaki yang tidak dikenali, kerana akan membawa pelbagai fitnah.. pedulikan org nak kata "FB awak x ramai kawan ke ape". 3. Jgn letak gambar yang berposing2 yang mengundang org bukan mahram suke n kluar pujian "cutenye awk @ cutenye awk posing". Ini adalah bibit dosa yg akan mengalir ke tubuh bapa kita & juga abang2. 4. Gunakan nama yang berbentuk mendoakan diri sendiri di FB klu tidak mahu guna nama sendiri.. jgn guna nama yang kita sendiri x tahu menahu @ kurang fhm maknanya.. x tahu maka bertanyalah k.. 5. Kalau post di FB tu, jgn lah selalu meluahkan perasaan.. cukuplah kita meluahkan perasaan kepada mereka yang dipercayai @ terbaiknya kepada Allah S.W.T. Post lah sesuatu yang mendatangkan manfaat.. 6. Janganlah post pic2 kawan2 @ adik beradik @ sesapa jua yang tidak sempurna penutupan auratnya.. walaupun dia seorang artis, walaupun dia mmg x tutup aurat diluar.. Kerana kita akan menjadi punca dia bertambah berdosa, termasuk orang yang melihat n termasuk kita sendiri.. & andai suatu hari dia menutup aurat sempurna tetapi ada gambarnya yg lama masih tersiar.. kitalah dipertanggungjawabkan.. Setakat ini dahulu.. mungkin nanti ada penambahan.. Tolonglah k... P/s : Ingatlah pesanan ini utk kebahagian dunia & akhirat.. Kalau esok lusa along dah xda, anggaplah ini wasiat harapan along.. Kalau umur kita sama2 dipanjangkan Allah, pesanlah kepada adik2, anak2 & seterusnya.. Dunia ialah jambatan ke Akhirat yg penentunya syurga @ neraka. Labels: Tips |