Lagu & Irama Tidak Dapat Dipisahkan, Satu Fenomena!!
Apr 2, 2011
AsSalamu 'alaikum wa Rohmatullah,
Sudah lama faQir nak post artikel ni, cuma baru kali ni diberi kekuatan oleh Allah S.W.T untuk berkarya berkenaan tajuk ini. So straight to the point, tajuk Lagu & Irama tidak dapat dipisahkan ini sebenar memberi maksud Hiburan. Hiburan yang mana ianya tidak dapat dibendung dari menguasai diri-diri manusia termasuklah diri faQir sendiri.
Dan ini merupakan fenomena yang sedang melanda masyarakat Malaysia sejak akhir-akhir ini, tanpa sedar telah menular dan begitu membimbangkan. Kita khuatir sekiranya berlaku fenomena-fenomena bencana alam seperti fenomena tsunami di Indonesia dan yang terbaru di Jepun, fenomena taufan, gempa bumi, banjir dan sebagainya. Tetapi fenomena mengagungkan hiburan begitu diabaikan, malah dicipta dari hari ke hari. Sedar atau tidak inilah antara punca-punca utama berlakunya fenomena-fenomena bencana akhlak ataupun keruntuhan moral dan akhirnya menyebabkan berlakunya begitu banyak gejala sosial malah sukar untuk dibendung.
Renung-renungkan..
Pergaulan bebas, Seks bebas, penyalahgunaan dadah, lepak, lumba haram, ragut dan seumpamanya, inilah merupakan kesan-kesan yang terjadi apabila hiburan meliputi kehidupan. Individu, keluarga & masyarakat dewasa kini, kebanyakannya bertumpu atau cenderung kepada hiburan yang keterlaluan secara tidak langsung mengenepikan budaya ketimuran malah menyedihkan lagi mengenepikan batas-batas Islam itu sendiri.
Perkara sebegini dirancang oleh musuh Islam telah berabad lamanya demi menjatuhkan Islam, dan kini kian menampakkan hasil. Para musuh Islam dikalangan Orientalis, Freemason dan seangkatannya kini berani mendabik dada dengan kejayaan mereka.
Ayuhlah kita sama-sama sedari, betapa perlunya kita kembali kepada Islam, kembali kepada hiburan yang dibenarkan oleh Islam supaya senantiasa hidup di dalam rahmat Allah S.W.T disamping melaksanakan "amar maa'ruf nahi mungkar". Kesedaran melaksanakan amar maaruf semakin lemah mutakhair ini, lazimkanlah budaya mengambil tahu permasalahan orang lain yang bertujuan untuk menyelamat & membahagiakan orang lain, sepertimana keselamatan & kebahagian yang kita inginkan.
Inilah sebenarnya prinsip hidup bermasyarakat yang telah mengangkat martabat umat Islam di zaman kegemilangannya.
SEGALA YANG BAIK ITU DATANGNYA DARI ALLAH, YANG BURUK ITU ATAS KELEMAHAN DIRI SAYA SENDIRI, HAKIKATNYA TETAP DARI ALLAH JUA.
A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari Location : Malaya Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah Toriq : Asy-Syaazuliyyah Status : Ummu Haura' Muhammad Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya