"اَلَلَّهُمَّ صَلِّ صَلاَةً كاَمِلَةً ، وَسَلِّمْ سَلاَماً تاَماً عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ الَذِيْ تَنْحَلُّ بِهِ العُقَدُ ، وَتَنْفَرِجُ بِِهِ الكُرَابُ ، وَتُقْضَى بِهِ الحَوَائِجُ ، وَتُنَالُ بِهِ الرَغَائِبُ وَحُسْنُ الخَوَاتِيْمِ ، وَيُسْتَسْقَىْ الغَمَامُ بِوَجْهِهِ الكَرِيْمِ ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِى كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَّسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُومٍ لَكَ" ...PenaKu Merah KertasKu Putih Dan Aku Akan Terus Menulis... "بسم الله الرحمن الرحيم "
Agen
REBUT 5 SEBELUM 5
Secotet Kalam
إِقْـرَاء خـَيْرُ مَا تَجِدْ ، أُكْتـُبْ خَـيْرُ مَا تَقْرَاء ، إِحْفَـظْ خَـيْرُ مَا تَكْتُبْ
\\\ ___( ", )___ ///
Orang Berfikiran TINGGI Gemar Bicara tentang ILMU
Orang Berfikiran SEDERHANA Gemar Bicara tentang PERISTIWA
Orang Berfikiran RENDAH Gemar Bicara tentang ORANG LAIN
Orang Berfikiran CETEK Gemar Bicara tentang DIRI SENDIRI
\\\ ___( ," )___ ///
Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah


Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.."

Egypt
MyMalaysia
Meninggalkan Solat Meruntuhkan Agama

Chit Chat


Shoutbox

Free Hit Counters


Jangan Lupa Mengingati Allah

Akhbar Online

Menghidupkan Kecintaan Kepada Rasulillah S.A.W
Oct 11, 2011

As-Salamu 'alaikum wa Rohmatullah.

Al-Hamdu lillah, Allahumma Solli wa Sallim 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala alihi. wa ba'du,

Selawat serta Salam diutuskan kepada Baginda Nabi Muhammad S.A.W yang diutuskan sebagai Pembawa Rahmah ke seluruh alam.

Insya'Allah dikesempatan ini, walaupun faQir sibuk dengan aktiviti-aktiviti di Kursus Induksi, ILIM, Bangi ini, faQir ingin juga berkongsi dengan Sahabat Sohabiah yang sudi menziarah ke laman ini satu topik yang tidak asing bagi kita selaku Umat Baginda Nabi S.A.W iaitu Kecintaan Kepada Rasulillah S.A.W.


Firman Allah S.W.T (Maksud):

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

(Ali-Imran:31)

Berdasarkan Kalam Allah S.W.T ini, kita boleh faham bahawa untuk mendapat Kasih Sayang Allah Ta'ala mestilah kita melalui jalan Baginda Nabi S.A.W @ dengan kata lain mengikut segala apa yang dilakukan oleh Baginda S.A.W. Apakah boleh dengan kita mengikuti jalan tersebut tanpa ada rasa Suka, Kasih @ Cinta untuk mengikutinya, dalam maksud lain tanpa mencintai Baginda S.A.W?!

Manusia bukan dilahirkan untuk sekadar menjadi manusia, malah dilahirkan untuk menjadi seorang Muslim, kemudiannya menaiki ke darjat Mukmin dan seterusnya kepada fitrah manusia iaitu sebagai Muttaqin.

Firman Allah S.W.T (maksud):

“Kehidupan dunia kelihatan indah bagi orang kafir sehingga mereka memandang rendah kepada orang beriman, tetapi orang yang bertaqwa adalah lebih tinggi daripada mereka di hari Kiamat.”

(Al Baqarah: 212)

Firman Allah S.W.T lagi (maksud):

“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kepadamu furqan dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahan kamu dan mengampuni (dosa-dosa)mu. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar.”

(Al Anfal: 29)

Dan untuk menaiki ke peringkatan ini, dan salah satu syarat yang teramat penting untuk menjadi Insan yang berstatus muttaqin ini ialah cintakan Baginda Nabi Muhammad S.A.W.

عن أنس رضي الله عنه ، قال النبي صلى الله عليه وسلم

" لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِين "

وقال الرسول صلى الله عليه وسلم أيضا

" لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ نَفْسِه "

Yang Maksudnya :

Daripada Anas ( meredhalah Allah ke atasnya), Telah bersabda Nabi Muhammad S.A.W :

" Tidak sempurna Iman seseorang kamu sehinggalah aku lebih dikasihinya daripada ibubapanya, anak-anaknya dan manusia sekaliannya.."

Dan Sabda Baginda S.A.W lagi :

" Tidak sempurna Iman seseorang kamu sehinggalah aku lebih dikasihinya daripada dirinya sendiri "

Jadi terdapat banyak langkah-langkah @ inisiatif-inisiatif yang digariskan oleh para SolafusSoleh juga para Ulama muta'akhirin bagi menglahirkan seterusnya memupuk rasa kecintaan kepada Baginda Nabi Muhammad S.A.W Al-Musthofa. Sekadar perkongsian faQir bawakan beberapa langkah untuk kita melangkah kearah mencintai Baginda Nabi S.A.W :

Pertamanya : Sering kali mengingati & menyebut-nyebut nama Baginda S.A.W

  • Selalu berselawat keatas Baginda.
  • Mendendangkan Qasidah-Qasidah yang dikarang oleh para Ariffin Billah. Kerana dengan berqasidah ini akan memupuk hati kita bagi menjiwai makna-makna di dalam bait Qasidah itu seterusnya menghayatinya.

Sayyidina 'Ali Bin Abi Tholib karramallahu wajhah berkata :

"Barangsiapa yang mencintai sesuatu maka ia akan menyebut-nyebutnya."

  • Membaca kitab-kitab @ sebarang penulisan yang menceritakan tentang riwayat hidup Baginda S.A.W. Contohnya seperti Kitab Syamail Muhammadiah, Dalailul Khairat dan sebagainya.

Keduanya : Menjadikan Peribadi sebagai "Role Modal".

  • Michael H.Hart : secara jujur memilih Muhammad B. Abdullah sebagai pilihan pertama dalam The 100 A Ranking of the Most Influential Persons in History.

(Hakikatnya tidak wajar nama Baginda sekelas para ahli teologi, pemimpin, ilmuwan, saintis @ aktivis mengikut ukuran manusiawi.)

  • Maka Seharusnya sebagai seorang Muslim perlulah lebih-lebih lagi mengambil pengajaran, @ dengan kata lain menjadikan Baginda sebagai “Role Model” dalam semua bidang kehidupan, terutamanya dalam membentuk jati diri untuk menjadi Insan Muttaqin supaya rasa Kecintaan terhadap Baginda senantiasa terpupuk dan terus meningkat.

Imam Ja'far As-Shodiq rahimahullah :

" Bukti cinta adalah mendahulukan sang kekasih di atas selainnya."

  • Menjadikan Baginda S.A.W sebagai "Role Modal" juga bermaksud mengikuti sunnah-sunnahnya malah diamalkan dalam segenap aspek kehidupan.

Ketiganya : Memartabatkan apa yang dimartabatkan oleh Baginda S.A.W.

  • Sekiranya di dalam diri terpancar sinaran kecintaan kepada Baginda S.A.W sudah pasti dakwah "amar maaruf nahi munkar" menjadi medan utama dalam hidup kita. Seterusnya memperjuangkan Kalimah Allah dimuka bumi adalah matlamat utama.

Kesimpulannya, menanamkan rasa cinta kepada Baginda Nabi Muhammad sallahu 'alaihi wa sallam adalah satu kewajipan, yang mana tidak mustahil kewajipan ini tidak disedari oleh kalangan kita. Sedangkan kita tahu disaat Baginda Nabi S.A.W diutuskan menjadi Rasul Allah, baginda S.A.W telah sibuk memikirkan hal umat Baginda. Malah diakhir hayat Baginda S.A.W juga masih lagi memikirkan dan khuatirkan nasib umat baginda.

Adakah kita dikira adil sekiranya tidak mengingati Baginda dalam hidup seharian?!

Sabda Baginda Nabi Al-Musthofa S.A.W (maksud) :

"Cinta kepada-Ku dan cinta kepada Ahli Bait-Ku (ahli keluarga) akan membawa manfaat di saat tujuh tempat yang sangat mengerikan :

1. Disaat kematian

2. Di dalam kubur

3. Ketika dibangkitkan

4. ketika perbahagian buku catatan amalan

5. Disaat Hisab

6. Disaat penimbangan amal

7. Disaat penitian Shirat al-Mustaqim."

Akhir kalam, faQir mengingatkan dan menyeru sekali lagi kepada diri sendiri dan kepada Sahabat Sohabiah para pembaca untuk sama-sama sentiasa berselawat, mengingati, menghayati serta menjiwa sirah dan peribadi Baginda An-Nabi S.A.W supaya rasa kecintaan kepada Baginda Muhammad Sallahu 'alaihi wa sallam kian meningkat di dalam hati sanubari kita seterusnya terpancar dalam bentuk perilaku kita sebagai seorang muslim yang mukmin yang muttaqin. Sebelum mengakhiri hayatilah sebuah syair yang dikarang oleh ulim ulama yang mana kalau tidak salah saya ianya ada tertulis di dalam kitab Hilayatul Aulia' :

جَسَدٌ تَمَكَّنَ حُبَّ أَحْمَدَ فِيه

تَاللهِ إِنَّ الأَرْضَ لَا تُؤْلِيه

أَوْ كَيْفَ يُؤْلِيهِ التُّرَاب

وَحُبُّهُ فِى قَلْبِهِ وَمَدِحُهُ فِى فَمِّه

Maksudnya :

"Satu jasad yang terkandung kecintaan Ahmad (S.A.W) padanya,

Demi Allah, sesungguhnya bumi tidak akan memamahnya,

Bagaimana bumi hendak memamahnya,

Sedangkan Kecintaan pada hatinya dan puji-puji kepada Baginda di bibirnya."


Aqulu qauli haza wa astaghfirullahal 'azhima li wa lakum, wasSalamu 'alaikum wa R0hmatullah.. ِAllahumma Solli wa Sallim 'alaihi wa 'ala aalih..

Labels:

posted by faQirilallah @ 10/11/2011 06:30:00 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
Powered by
ade cerita ttg aku

A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari
Location : Malaya
Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah
Toriq : Asy-Syaazuliyyah
Status : Ummu Haura' Muhammad
Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya


Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, Yang Pertama.. Tanpa Ada Yang Mengawali, Yang Terakhir.. Tanpa Ada Yang Mengakhiri, Yang Tak Terlihat.. Oleh Pandangan Orang Yang Memandang, Yang Tak Tergambarkan.. Oleh Bayangan Orangg Yang Membayangkan, KAU Ciptakan Makhluk.. Dengan KekuasaanMU, KAU Ciptakan Segala Sesuatu.. Dengan KehendakMU, Segala Puji Ya ALLAH, Yang Memberi Kami Kemampuan.. Untuk Mensyukuri NikmatMu, Yang Membuka Bagi Kami.. Pintu-Pintu Ilmu KeilahianMu, Segala Puji Ya ALLAH, Dengan Segenap Pujian Yang Dikumandangkan.. Para Malaikat.. Dan Sekalian Makhluk Yang Dimuliakan, Segala Puji BagiMU, Atas Nikmat Yang KAU Berikan.. Kepada Kami.. Hamba-HambaMU.. Yang Telah Mendahului.. Mahupun Yang Akan Datang Kemudian, Pujian Kami Aturkan kepada MU.. Sebagai Penghubung Untuk MentaatiMU.. Dan Meminta Ampunan, Sebagai Penyebab Memperoleh Redho.. Pengantar Jalan..Menuju Syurga Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, KAU Ciptakan Kami Sebagai Hamba, Dan Sebagai Umat Nabi Muhammad.. KekasihMU. ______________ __________________ _____________________

Previous Post
Archives

HotLink's
Semasa
Club's
Rakyat A.K.A Kerajaan
Blogger's Clan'z


Muaaahh Islam

Komuniti Blogger Azhari

BLOGGER

© 2005 Aboo Haura' Hidayatullah Al-Azhari Blogspot Template by Isnaini Dot Com