الحَمْدُ للهِ رَبَّ العَالَمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيْدِناَ رَسُولِ الله
Lama rasanya tak update blog, AlHamdulillah hari ni berkesempatan. Jadi post kali ni just nak kongsi kat parasahabat berkenaan sedikit ilmu yang faqir bersama sidi Fawwaz, sidi Farouk, sidi Syakirin dan sidi Azrin ambil dr seorang akhi fillah, syeikh Neezam sebelum keberangkatan faqir ke Haramain (2 tanah Haram). Syeikh Neezam berpesan kepada kami beberapa perkara. Antaranya :
- Suatu ketika apabila wafatnya Baginda S.A.W, Sayyidina Bilal tidak sanggup lagi untuk tinggal di Madinah kerana hibanya mengenangkan Baginda S.A.W. Lalu Sayyidina Bilal berpindah ke negeri Syam. Setelah agak lama beliau di Negeri Syam, tiba-tiba pada suatu hari beliau bermimpi bertemu Baginda Nabi S.A.W. Di dalam mimpi Sayyidina Bilal, Baginda S.A.W menanyakan kepada beliau (mafhum) " Kenapa ni wahai Bilal, apa yang kamu lakukan ini? Tidak bolehkah kamu ziarahKu sekarang ini?" Lalu berangkatlah Sayyidina Bilal dari Syam untuk bertemu Rasulullah S.A.W.
Ketika berziarah ke Madinah, beliau terus menuju ke makam Baginda Rasulullah, dan menangis kerinduan. Sayyidina Bilal bertemu dengan Khalifah pada ketika itu iaitu Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq. Kemudian Sayyidina Bilal diminta oleh Khalifah Abu Bakar (mafhum) "Wahai Bilal, Kami begitu merindu azan-mu sepertimana di zaman Baginda Nabi S.A.W. Maka tolonglah azan."
Jawab Sayyidina Bilal "Tiada azan-ku melainkan ketika zaman Rasulullah sahaja."
Kemudian beliau bertemu pula dengan Sayyidina Omar Al-Khattab. Sayyidina Umar al-Khattab juga meminta demikian. Jawab Sayyidina Bilal " baru tadi aku telah menolak permintaan Amirul Mukminin (Khalifah Abu Bakar As-Siddiq), Aku tidak akan selepas daripada pemergian Rasulullah S.A.W.
Tetapi apabila Sayyidina Bilal bertemu dengan Sayyidina Hasan dan Sayyidina Husain ketika itu masih kanak-kanak. Kata mereka " wahai Bilal, lama kita tidak berjumpa, azanlah kami begitu merindu azan-mu."
Jawab Sayyidina Bilal "aku tidak akan tolak permintaan kalian berdua kerana aku takut kalau aku tolak permintaan kalian berdua, datuk kalian tidak akan peduli pada-ku."
Kemudian Sayyidina Bilal pun mengumandangkan azan-nya. Ketika itu mejoriti penduduk Madinah keluar rumah dan mendengar Azan Sayyidina Bilal. Ketika sampai di " أشهد أن محمد رسول الله " maka berjurailah air mata mereka yang merindui Nabi Muhammad S.A.W. dan ada suara-suara yang bertanyakan "Adakah Nabi S.A.W masih hidup?" dek azan sayyidina Bilal.Ketika itu Madinah basah dengan air mata.
Sayyidina Bilal tidak meneruskan azan-nya dan hanya terhenti ketika menyebut nama Baginda Nabi Muhammad S.A.W.
Tidak pernah dilihat Madinah paling sedih iaitu untuk kali yang keduanya selepas wafatnya Nabi Muhammad S.A.W. Pertama : ketika wafatnya Baginda S.A.W Kedua : Ketika azan Sayyidina Bilal ketika mengziarahi Madinah.
- Suatu kisah, Khalifah Umar Al-Khattab ketika beliau mengislahkan Baitul Maqdis, telah masuk Islamlah Ka'ab bin Akhbar. Kemudian perkara terawal yang dilakukan ialah Sayyidina Umar Al-Khattab mengajak Ka'ab b. Akhbar pergi menziarahi Sayyidina Muhammad S.A.W.
2. Senantiasa Berwuduk
3. Memberi "Salam" kepada Nabi Muhammad S.A.W dengan "Salam" yang sempurna Dan beriktiqab bahawa Nabi Muhammad S.A.W hidup.
السَّلامُ عَلَيْكَ يَا سَيِّدِي يَا رَسُولَ الله
السَّلامُ عَلَيْكَ يَا سَيِّدِي يَا حَبِيبَ الله
السَّلامُ عَلَيْكَ يَا سَيِّدِي يَا أَوَّلَ خَلْقِ الله
3. Berdoa dengan doa yang diajar oleh Nabi S.A.W :
kemudian berdoa dengan doa yang dikehendaki.. (jangan lupa mendoakan ibu bapa) kemudian baca ayat dari Surah An-Nisa : 64
kemudian doa يَا مُقَلَّبَ القُلُوبِ ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ وَعَلَى طَاعَتِكَ
4. Sampaikan "Salam" Jika ada yang mengirimkan "Salam" untuk disampaikan kepada Rasulullah S.A.W. Tetapi perlulah diingatkan bahawa "Salam" tersebut bukanlah seperti "Salam" yang kita sampaikan kepada kawan-kawan kita.
"Tiada seorangpun yang memberi salam keatas-ku, melainkan Allah S.W.T mengembalikan Ruh-ku kepada-Ku lalu menjawab salam tersebut"
- al-Kisah.. Khalifah Umar B. Abdul Aziz menghantar utusan ke Madinah hanya semata-mata menyampaikan "Salam" beliau kepada Nabi Muhammad S.A.W. Setelah sampai di makam Nabi S.A.W di dalam masjid An-Nabawi dan menyampaikan "Salam" yang dikirimkan, kemudian pulanglah utusan tersebut.
3. Sentiasalah menjaga diri dan adab tingkah laku.
4. Sentiasalah berdoa untuk umat Nabi Muhammad S.A.W iaitu :
أَللَهُّمَ أغْفِر لِأُمَّةِ سَيِّدنَا مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمْ (ya Allah, Ampunilah Umat Penghulu kami Muhammad S.A.W)
أَللَهُّمَ أرْحَم لِأُمَّةِ سَيِّدنَا مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمْ (ya Allah, Rahmatilah Umat Penghulu kami Muhammad S.A.W)
أَللَهُّمَ أصْلِح لِأُمَّةِ سَيِّدنَا مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمْ (ya Allah, Islahkanlah Umat Penghulu kami Muhammad S.A.W)
أَللَهُّمَ ألْطُف لِأُمَّةِ سَيِّدنَا مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمْ (ya Allah, Berlemah lembutlah bagi Umat Penghulu kami Muhammad S.A.W)
5. Senantiasa bersangka baik dengan setiap perkara yang berlaku.
6. Berdoa di Multazam kerana ia tempat yang doanya tidak akan ditolak, kuncinya Yakin dengan Hadith Nabi Muhammad S.A.W.
7. Ketika minum air zam-zam, berniatlah dengan niat-niat yang baik.
(قال النبي صلى الله عليه وسلم : (ماء زمزم لما شرب له Sabda Nabi S.A.W : "Air Zam-zam dengan apa yang diniatkan"
8. Ketika berpisah dengan Nabi S.A.W sebutlah "لا إله إلا الله محمد رسول الله" beberapa kali dan jangan sekali-kali membelakangkan Baginda Nabi Muhammad S.A.W.
Sekian dulu sedikit perkongsian dari faqir, mudah-mudahan ada manfaat bersama. Ucapan Terima Kasih yang tidak terhingga kepada Syeikh Muhammad Neezam Al-Idrusi Al-Hasani atas segala tunjuk ajar. Moga-moga kita diberi peluang bertemu lagi di dalam rahmat Allah S.W.T yang tidak terhingga.
A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari Location : Malaya Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah Toriq : Asy-Syaazuliyyah Status : Ummu Haura' Muhammad Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya