“Mana-mana lelaki yang di sisinya mempunyai seorang anak perempuan, lalu dia mengajarnya & memperelokkan pengajarannya serta mendidiknya (menjadikannya beradab) dan memperelokkan didikannya, maka anak perempuannya kelak akan menjadi tabir yang melindunginya dari api neraka.”
(H.R Bukhari)
Post kali ini, mengajak para sahabat untuk menghayati kalam Baginda Nabi S.A.W mengenai tanggungjawab ayah kepada anak perempuannya. Betapa perlu anak perempuan itu dijaga supaya tidak mendatangkan fitnah kepada dirinya(ayah) kelak. Sikap peribadi seorang anak perempuan akan mencerminkan peribadi ayahnya. Disini kedua-dua pihak perlulah memainkan peranan masing2 disamping itu bantuan dari pihak ketiga seperti anak lelaki, saudara mara dan sebagainya amat diperlukan.
Sebagai seorang anak perempuan, apakah sanggup memberi fitnah kepada ibubapanya @ sanggup melihat ibubapanya tersiksa dalam neraka Allah ‘azza wa Jalla nanti hanya disebabkan oleh dirinya? Sekiranya tidak sanggup, jadi apakah perkara yang perlu dilakukan supaya ibubapanya aman dari sebarang fitnah malah selamat dari siksaan api neraka. Dan Antara yang perlu dilakukan ialah :
1. 1. Ketaatan kepada Allah.
2. 2. Ketaatan kepada Ibubapa dengan menjaga hak-hak mereka.
3. 3. Menjaga Aurat kehormatannya.
4. 4. Akhlak pergaulannya.
Dan lain-lain.
Sekiranya sebuah keluarga itu, mempunyai anak lelaki, maka anak lelaki tersebut perlu membantu ayahnya dalam menjaga ahli keluarganya sama ada dari aspek duniawi dan juga ukhrawi.
Firman Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat ke 6 (Maksud):
“Wahai orang2 yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat2 yang kasar dan keras, yang tidak durhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”
Firman Allah S.W.T lagi di dalam surah Al-Ahzab : 59 (Maksud):
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar). Cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik), maka dengan itu mereka tidak akan diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”