Kenapa Kita Sebagai Manusia (Muslim) Perlu Mengenali Hati??
Sabda Nabi Muhammad S.A.W :
(أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةٌ ، إِذَا صَلُحَتْ صَلُحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، وُإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ.)
Maksud :
“Ketahuilah, sesungguhnnya di dalam jasad itu terdapat seketul daging, apabila elok daging tersebut, maka elok jasad tersebut keseluruhannya, apabila ia rosak, maka rosaklah jasad keseluruhannya, ketahuilah bahawa ianya adalah HATI.”
(Sahih Muslim : 1599)
Hati terbahagi kepada 2 bahagian :
1. Tersurat
2. Tersirat
SEMUA MANUSIA PUNYA HATI TETAPI :
- Sedikit sahaja yang mengenali hatinya sendiri
- Lebih Sedikit pula yang tahu untuk mengubati hatinya sendiri.
- Ramai Manusia yang tidak tahu cara-cara untuk mengubati hatinya sendiri.
Ramai yang tidak menyedari bahawa makhluk yang bernama hati inilah yang menghala tubuh manusia samada ke syurga ataupun ke neraka.
Ia jugalah yang mengawal amalan manusia samada ikhlas atau riak semata-mata.
Perbincangan Hati Manusia :
1. Hati Kita Diketahui Oleh Allah S.W.T
Firman Allah S.W.T Ta’ala :
(يَعْلَمُ خَآئِنَةَ الأَعْيُنِ وَمَا تُخْفِى الْصُّدُورُ)
Maksud :
“Allah Mengetahui pengkhianatan (penyelewengan & ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam HATI.”
(Surah al-Ghafir : 19)
Apabila seseorang itu mengetahui bahawa Allah S.W.T mengetahui apa yang berada di hatinya, sudah pasti dia takut untuk menyimpan sesuatu yang diharamkan olehNya.
Contohnya,
Seorang Perdana Menteri memberi amaran kepada rakyatnya dengan menyatakan :
“Sesiapa yang didapati menyimpan dadah, akan dihukum gantung!”.
Maka tiada siapalah yang sanggup menyimpan dadah di rumahnya, melainkan mereka yang bodoh.
Apabila seseorang itu mengetahui bahawa Allah S.W.T mengetahui apa yang berada di hatinya, sudah pasti dia takut untuk menyimpan sesuatu yang diharamkan olehNya.
Hakikatnya, Allah S.W.T melarang hambanya menyimpan di dalam hatinya perkara yang diharamkanNya.
Persoalannya,
“KENAPA MASIH RAMAI YANG BERDEGIL”
Buanglah benda yang diharamkan oleh Allah S.W.T dari rumah (HATI) anda.
Kita lebih takut dengan hukuman gantung, tetapi tidak pula takut dengan azab Allah yang lebih dahsyat dari itu.
2. Hati Adalah Tempat Yang Dipandang Allah
Nabi Muhammad S.A.W bersabda :
(إِنَّ اللهَ لاَ يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُم وَأَمْوَالِكُمْ، وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُم)
Maksudnya :
“ Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang pada rupa dan harta kamu, Tetapi Allah memandang hati kamu dan amalan kamu.”
(Musnad Imam Ahmad : 7814)
Maka hati itu adalah tempat yang dipandang Allah, tuhan sekalian alam.
Sangat bodoh dan rugilah bagi mereka yang hanya menjaga muka, pakaian, gaya dan bentuk badannya untuk pandangan manusia.
Jadilah seperti mereka yang menjaga hati, membersihkannya dan membuang perkara-perkara kotor darinya.
Jadi mengapakah si fakir & si miskin Bersedih ??
Berapakah harga perkara yang disedihkan itu??
Adakah ia lebih mahal daripada cinta kepada Allah Ta’ala??
3. Hati Adalah Raja Yang Ditaati
Sabda Nabi Muhammad S.A.W :
(أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةٌ ، إِذَا صَلُحَتْ صَلُحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، وُإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ)
Maksud :
“Ketahuilah, sesungguhnnya di dalam jasad itu terdapat seketul daging, apabila elok daging tersebut, maka elok jasad tersebut keseluruhannya, apabila ia rosak, maka rosaklah jasad keseluruhannya, ketahuilah bahawa ianya adalah HATI.”
(Sahih Muslim : 1599)
[Hati adalah Raja yang ditaati & Pemimpin yang diteladani.
Segala anggota pada tubuh adalah pengikut bagi raja tersebut.
Apabila elok raja tersebut maka eloklah pengikutnya.]
Siapa pula yang akan membentuk raja (hati), Kalau bukan si empunya hati !!
4. Hati Adalah Khazanah Barangan Mahal
Kitab “Minhajul Abidin” _ Imam al-Ghazali :
“Barangan mahal yang disimpan itu ialah :
1. Mengenal Allah S.W.T
Ia hanya terdapat di dalam hati suci & bersih sahaja.
-Ibnu Hajar al-Asqolani :
“Bahawasanya Mengenal Allah (makrifatullah) itu adalah perbuatan hati berdasarkan firman Allah (surah al-Baqarah : 225).”
2. Pandangan Hati
Mereka yang mampu menggunakan hati untuk memandang.
Jarang terdapat di dalam hatinya perkara yang kotor.
[Apabila terdapat cahaya di dalam rumah, maka mudahlah untuk melihat. Rumah yang gelap gagal mencerminkan suasana yang ceria & harmoni.]
Nabi Muhammad S.A.W bersabda (maksud):
“Hendaklah kamu percaya dengan firasat orang beriman, sesungguhnya dia melihat dengan cahaya Allah S.W.T.”
(at-Tirmizi : 3127)
3. Niat Ikhlas
- Niat adalah perkara yang sering dicuri oleh syaitan.
- Suka shaja dia mengotorkan hati manusia dengan keraguan, memikirkan tentang dunia dan sebagainya.
Abu Sulaiman ad Daraniy (Madariju as-Salikin) :
( إِذَا أَخْلَصَ العَبْدُ انْقَطَعَتْ عَنْهُ كَثْرَةَ الوَسَاوِسِ وَالرِّيَاءِ )
“Apabila seseorang hamba itu ikhlas,
terputuslah daripadanya banyak keraguan dan riak.”
4. Ilmu & Hukum
- Ilmu adalah cahaya.
- Ia mudah dicuri ketika banyak makan, banyak bercakap & tidur.
Sabda Rasulullah S.A.W (Maksud) :
“Seorang yang berilmu lebih sukar bagi syaitan(utk menyesatkan)
berbanding 1000 orang ahli ibadah (yg tidak ilmu)."
5. Akhlak yang mulia.
- Jarang di dapati pada hati yang kotor.
Ahli bahasa (adabu ad Dunya wa ad Din) :
( الحَسَنُ الخُلُقُ مِنْ نَفْسِهِ فِي رَاحَةٍ ، وَالنَّاسُ مِنْهُ فِي سَلَامَةٍ ، وَالسَّيِّءُ الخُلُقُ النَّاسُ مِنْهُ فِي بَلَاءٍ ، وَهُوَ مِنْ نَفْسِهِ فِي عِنَاءٍ )
“Akhlak mulia ialah meletakkan diri dalam kerehatan,
dan meletakkan manusia dalam keadaan selamat,
Akhlak yang buruk ialah meletakkan orang lain dalam bencana,
dan meletakkan diri sendiri dalam kepayahan.”
6. Akal yang bersih
- Akal yang bersih tidak terdapat di dalam hati yang bersifat dengan sifat kebinatangan.
Ibnu Manzur (Lisanul Arab) :
“Apabila kami cerdik di dalam pertuturan,
akan menggoncangkanlah hati (si pendengar).”
7. Ciri-ciri Kebaikan
- Hilangnya ia di dalam hati boleh disedari, iaitu apabila seseorang itu sudah tidak suka dengan kebaikan.
- Apabila dilihat akan kebaikan, dia merasakan kolot & ketinggalan zaman.
- Manusia sebegini dihancurkan hatinya oleh syaitan & ia hanya boleh diubati dengan penawar taubat.
- Rebutlah tempoh keinginan untuk bertaubat ketika ia datang dan apabila ia berjauhan, panggillah ia.
Ibnu Mas’ud radiyyallahu anhu (al Fawa’id) :
( إِنَّ لِلْقُلُوبِ شَهْوَةً وَإِدْبَارًا ، فَاغْتَنِمُوهَا عِنْدَ شَهْوَتِهَا وَإِقْبَالِهَا ، وَدَعُوهَا عِنْدَ فَتَرْتِهَا وَإِدْبَارِهَا )
“ Hati itu mempunyai keinginan dan tiada keinginan,
Maka rebutlah kebaikan ketika ia berkeinginan,
dan panggillah ia ketika ia tidak berkeinginan.”
5. Hati Mempunyai 5 Keadaan
Imam al-Ghazali (Minhajul Abidin) menyatakan bahawa keadaan-keadaan yang biasa terjadi di dalam hati itu ialah :
1. Permusuhan
Kerap terjadi di dalam hati.
Ia terjadi apabila dijangkiti kuman dengki.
Diapi-apikan oleh sang syaitan & manusia sepertinya.
Al-Jurjani (at-Ta’rifat)
( العَدَاوَةُ : أَنْ يَتَمَكَّنَ فِي القَلْبِ قَصْدُ الإِضْرَارِ وَالاِنْتِقَامِ )
“Permusuhan itu ialah terdapat di dalam hati tujuan
untuk membahayakan dan menyakitkan.”
2. Bercelaru
Di dalam hati ada dua makhluk :
1. Akal
2. Nafsu
Kedua-dua ini sering bergaduh.
Apabila akal kalah dengan nafsu.
Maka akan menyebabkan seseorang itu bertindak diluar kawalan akalnya.
Kitab al Isti’ab ‘ala Hamisyi al Isobah (Maksud) :
“ Nafsu itu berkeinginan apabila
kamu yang membawa kepada keinginan tersebut,
Sedangkan apabila kamu kembali kepada (memadai dengan) sedikit,
ia akan memadai baginya (nafsu).”
3. Terdedah
Hati yang terdedah akan menyebabkan ianya lemah.
Ini kerana kurangnya diberi makanan “zikir”.
Apabila ia terdedah dan lemah, maka mudahlah panahan syaitan untuk memasukinya.
Ibnu Qayyim menukilkan kata-kata Ibnu Abbad radiyallahu anhu (al wabil as Shoyyib, Minal Kalimi at Toyyib) :
( الشَّيْطَانُ جَاثِمٌ عَلَى قَلْبِ ابْنِ آدَمَ ، فَإِذَا سَهَا وَغَفَلَ وَسْوَسَ ، فَإِذَا ذَكَرَ اللهَ تَعَالَى خَنَسَ.)
“ Syaitan itu berpaut pada hati anak adam,
Maka apabila seseorang itu leka dan lalai, dia (syaitan) akan meragu-ragukannya.
Tetapi apabila dia berzikir mengingati Allah, Syaitan itu akan lari mencari perlindungan.”
4. Susah Diubati
Hati mudah diserang penyakit, tetapi susah untuk diubati.
Apabila seseorang itu tidak mengubati hatinya, maka hati itu akan mati.
Menurut Ulama’ :
“Apabila jiwa itu merasa besar (menyombong), jasad itu akan menjadi penat untuk mencapai kehendaknya.”
5. Cepat Berubah
Dinamakan hati (القَلْبُ) kerana ia mudah berubah.
Syaitan tidak mampu mengubahnya, tetapi ia mampu untuk berusaha mengubahnya dengan meragu-ragukan manusia.
Maka berdoalah kepada Allah S.W.T supaya ianya tidak berubah kepada kejahatan & keburukan.
KESIMPULAN
Hati mestilah dikenali terlebih dahulu.
Manusia sering bergaduh kerana tidak mengenali hatinya.
Bagaimanakah pula dengan diri sendiri??
Hati Sendiri pun tidak dikenali, masakan pula ingin mengenali hati orang lain.
[Manusia rugi ialah manusia yang suka membusukkan hati orang lain, tetapi hati sendiri busuk tidak pula dihidunya.]
Sayyidatina Aisyah radiyyallahu anha pernah berkata bahawa Nabi Muhammad S.A.W kerap berdoa dengan doa ini :
ياَ مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ
ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِكَ وَطَاعَتِك
“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati,
tetapkanlah hatiku di atas agamaMu dan ketaatan terhadapMu”
(Musnad : 26011)
Segala Yang Baik Itu Datangnya Dari Allah Ta'ala Yang Buruk Itu Berdasarkan kelemahan & Kekurangan Diri Saya, Hakikatnya Tetap Dari Allah Jua.