Alhamdulillah was Soolatu was Salamu 'ala Rasulinal Amin wa 'ala alih..
Para sahabat Sohabiah, bila berbicara soal berdoa kepada Allah Azza wa Jalla, ma'ruf dengan sepotong ayat dalam Al-Quran yang berbunyi :
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم..
“Dan Tuhanmu berfirman : "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku(berdoa kpd Allah) akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina".”
(Al-Mukmin/Al-Ghafir 40 : 60)
Juga sabda Baginda Rasulullah S.A.W (maksud):
“Berdoalah kepada Allah dalam keadaan engkau yakin ia akan dikabulkan, ketahuilah bahwa Allah tidak menerima doa daripada hati yang lalai”.
(H.R Ad-Tirmidzi)
Perlulah kita ingat selalu bahawa Allah sekali-kali tidak akan memungkiri janji-Nya. Tetapi timbul persoalan kenapa doa kita ada yang tidak dimaqbulkan.
Sebenarnya, hal ini perlu dimuhasabahkan kembali terutamanya diri kita sendiri sama ada tentang apa yang kita makan, apa yang kita lakukan seharian-harian atau dengan kata lain apakah niat dan matlamat kita bernafas untuk hari ini dan seterusnya jika diberi peluang dan ruang ?! Bagaimana dengan adab-adab ketika berdoa termasuknya isi kandungan doa yang mana kalau kita telusuri, ia perlu mengikut susunan supayanya ianya lebih beradab dan lebih dramatik, tapi jangan pula berdrama dengan Allah S.W.T ye !!
Jadi dikesempatan kali ini faQir ingin berkongsi mengenai “Susunan cara berdoa selepas solat” seperti mana yang diajarkan oleh SyeikhunaMuhammad Husni Ginting Al-Langkatisewaktu faqir mengemis kekayaan ilmu Allah S.W.T di Bumi Mesir suatu ketika dahulu..
Ringkaskan cerita, Syeikhuna berpesan yang mana pesanannya telah faQir olah mengikut gaya bahasa mengikut kefahaman yang tersendiri, mafhum lagi kata-kata syeikhuna, apabila membaca doa mestilah kandungan doanya mengandungi doa yang menunjukkan ruang lingkup kehidupan seharian & yang sememangnya patut diutamakan. Kerana ada sebilangan dari doa-doa tersebut sekiranya tidak turut serta dalam doa-doa kita berkemungkinan tidak dimakbulkan contohnya seperti Berselawat ke atas baginda Nabi Muhammad S.A.W, doa untuk kedua ibubapa dan lain-lain. Namun hakikatnya maqbul atau tidak ianya adalah urusan dan rahsia Allah S.W.T.
Iaitu antaranya : (Paling Simple)
1. Dimulai dengan Memuji Allah Azza wa Jalla.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ. الحَمْدُ للهِ رَبَّ العَالَمِيْنَ،
“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji hanya bagi Allah Tuhan yang menguasai sekalian alam.”
2. Bersolawat ke atas junjungan mulia Baginda S.A.W.
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيْدِناَ وَمَوْلاَناَ مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
“Selawat serta salam keatas Baginda Penghulu kita Nabi Muhammad S.A.W dan Ahli Keluarga Baginda serta Sahabat Baginda Seluruhnya.”
3. Memohon supaya solat yang dilakukan sebentar tadi diterima.
اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاَتَناَ وَقِيَامَناَ وَرُكُوعَناَ وَسُجُودَناَ وَعِبَادَتنَاَ كُلَّهَا تَآمَّةً، وَاغْفِرْلَناَ ذُنُوبَنَا عَامَّةً، وَلاَ تُعَذِّبْناَ يَوْمَ القِيَامَةِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَىءٍ قَدِيْرٌ.
“Ya Allah, terimalah solat kami; berdiri, ruku’, sujudnya kami, dan kesemua ibadah kami. Dan ampunilah segala dosa-dosa kami, dan janganlah Kau menyiksa kami pada hari kiamat. Sesungguhnya Kau Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.”
4. Doa untuk kedua ibu bapa (Paling Terpenting), & ahli keluarga serta Muslimin Muslimat.
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَناَ ذُنُوبَناَ وَلِوَالِدِيْناَ وَارْحَمْهُم كَمَارَبَيَانَا صِغَاراً وَلِجَمِعِ المُسْلِمِينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِينَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ بِرَحْمَتِكَ، يَا أَرْحَمَ الرَاحِمِينَ.
“Ya Allah, ampunkanlah dosa2 kedua – dua ibubapa kami. Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kami kecil dahulu. Dan seluruh muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, Rahmatilah dengan Rahmatmu yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.”
5. Doa "Nabi Adam AlaihisSalam"
رَبَّنَا ظَلَمْناَ أَنْفُسَناَ وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْلَناَ وَتَرْحَمْناَ لَنَكُونَ مِنَ الخَاسِرِينَ.
“Wahai Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami dan jika kau tak memaafkan dan mengasihi kami, maka kami akan menjadi orang-orang yang merugi.”
6. Doa dikurniakan pasangan & zuriat yang soleh (menyejukkan mata).
رَبَّناَ هَبْ لَناَ مِنْ أَزْوَاجِناَ وَذُرِّياَتِناَ قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْناَ لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا.
“Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari pasangan(Isteri/Suami) kami dan anak cucu kami yang menyenangkan kami dan jadikanlah kami sebagai ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa”
7. Doa minta tidak dipalingkan hati selepas diberi hidayah pertunjuk.
رَبَّناَ لاَ تُزِغْ قُلُوبَناَ بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَناَ وَهَبْ لَناَ مِنْ لَدُنَّكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الوَهَّابُ.
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.”
8. Doa “intisari segala doa”.
رَبَّنَا آتِناَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِناَ عَذَابَ النَّارِ.
“Ya Allah berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkanlah kami dari azab neraka.”
9. Ditutupi dengan berselawat ke atas Baginda S.A.W.
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ،
“Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW,beserta Ahli keluarga dan sahabatnya.”
10. Di Akhiri dengan Memuji kebesaran Allah Ta’ala.
سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ العِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ، وَسَلاَمٌ عَلَى المُرْسَلِينَ وَالحَمْدُللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ.
“Maha Suci Tuhanku, Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka sifatkan Dan salam sejahtera ke atas sekalian rasul serta segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir seluruh alam.”
Persoalan,
Dalam berdoa, kenapa perlunya kita mengawalinya dan kemudian menutupi doa-doa kita dengan bersolawat ke atas Baginda Nabi S.A.W. Maka di dalam kitab Dalailul Khairat (klu x silap, klu salah minta diperbetulkan) ada merakamkan cerita tentang ini.
Siapalah kita, @ apalah taraf @ kelayakan kita (terutamanya faQir) andai berdoa, doa tersebut akan melepasi 7 Post kawalan disetiap lapisan langit yang pengawalnya adalah Malaikatullah. Jadi dengan mengapitkan doa-doa kita dengan solawat ke atas Nabi Al-Musthofa. Maka solawat tersebut diapit dibawa pergi menuju ke baginda Nabi Muhammad S.A.W. dan seturusnya terserah kepada Baginda S.A.W yang begitu kasih akan ummatnya.
Jadi berdasarkan itu, faQir merasakan adalah menjadi suatu perkara yang mesti ada dan terbaik sekiranya solawat yang dibacakan di dalam doa setiap kali selepas solat itu adalah suatu solawat yang mempunyai makna-makna yang tersurat dan tersirat seperti Solawat Tafrijiyyah, Selawat Ibrahimiyyah, Selawat Syifa dan sebagainya. Dan bersamalah kita untuk bersolawat ke atas Baginda Nabi S.A.W dengan penuh rasa kerinduan dan kecintaan.
اللهم صلى وسلم على سيدنا محمد وعلى آله
Untuk doa-doa tambahan pula, ianya terpulang kepada individu.
*Andai mahu dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kerehatan hati dan tubuh badan, keselamatan dalam urusan agama & dunia, dijauhkan dari hasad dengki & aniaya makhluk dan sebagainya, ia juga memohon semoga Allah S.W.T senantiasa menjadi Peneman & Pembimbing kita dalam menempuh perjalanan di dunia ini. Maka doa yang saya cadangkan adalah doa yang dihimpunkan oleh Syeikh Sidi Abu Hassan Asy-Syazili dalam Hizb Al-Bahr, doanya seperti berikut :
"اَللَّهُمَّ يَسِّرْلَنَا أُمُوْرَنَا مَعَ الرَّاحَةِ لِقُلُوْبِنَا وَأَبْدَانِنَا وَالسَّلاَمَةِ وَاْلعَافِيَةِ فِى دِيْنِنَا وَدُنْيَانَا ، وَكُنْ لَنَا صَاحِبًا فِى سَفَرِنَا، وَخَلِيْفَةً فِى اَهْلِنَا، وَاطْمِسْ عَلَى وُجُوْهِ اَعْدَائِنَا، وَامْسَخْهُمْ عَلَى مَكَانَتِهِمْ فَلاَ يَسْتَطِيْعُوْنَ اْلمُضِيَّ وَلاَاْلمجَيْءَ إِلَيْنَا."
*Semasa bertalaqi dengan Syeikh Husni di Zaqaziq, beliau ada berpesan supaya jangan tinggalkan doa ini, sama ada dibaca setelah memberi salam, @ dlm berwirid @ disertakan di dalam doa. Kerana ianya adalah amalan para Ulama, dan seandainya doa ini tidak dibaca, para alim ulama merasakan ianya belum sempurna. Doa tersebut ialah :
"اَللَّهُمَّ اَعِنَّا عَلَى ذُكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ"
“Ya Allah, tolonglah kami untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan melakukan ibadah sebaiknya untuk-Mu.”
*Setiap kita di dunia ini memerlukan bimbingan dalam melakukan setiap perkara, dari hal aqidah, hukum hakam jinayat, mu'amalat, munakahat dan sebagainya. Disamping mencari seorang pembimbing dikalangan mereka yang Mursyid, pohonlah kepada Allah supaya sentiasa menjadi Pembimbing kita dalam setiap perkara. Doanya ialah :
آللهُمَّ ارْزُقْنَا يَا رَبِّ فَهْمَ النَّبِيْيِنَ وَحِفْظَ آلْمُرْسَلِيْنَ
وَإِلْهَامَ آلْمَلائِكَةَ آلْمُقًرَّبِيْنَ فِى عَافِيَةِ يَااَرْحَنَ آلرٌّاحِمِينِ
“Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul dan ilham dari para Malaikat yang menghampiri denganMu kurniakanlah kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.”
InsyaAllah bersambung lagi jika ada sebarang perkongsian …
Bila berbicara soal hubungan kita dengan Allah dlm doa ni, faQir terpanggil utk berkongsi secebis dua perkara…
Yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T, yang buruk itu berdasarkan kelemahan dan kekurangan yang ada pada faQir, hakikatnya tetap jua dari pada Allah S.W.T.
“Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.”
Wallahu ‘alam..