"اَلَلَّهُمَّ صَلِّ صَلاَةً كاَمِلَةً ، وَسَلِّمْ سَلاَماً تاَماً عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ الَذِيْ تَنْحَلُّ بِهِ العُقَدُ ، وَتَنْفَرِجُ بِِهِ الكُرَابُ ، وَتُقْضَى بِهِ الحَوَائِجُ ، وَتُنَالُ بِهِ الرَغَائِبُ وَحُسْنُ الخَوَاتِيْمِ ، وَيُسْتَسْقَىْ الغَمَامُ بِوَجْهِهِ الكَرِيْمِ ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِى كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَّسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُومٍ لَكَ" ...PenaKu Merah KertasKu Putih Dan Aku Akan Terus Menulis... "بسم الله الرحمن الرحيم "
Agen
REBUT 5 SEBELUM 5
Secotet Kalam
إِقْـرَاء خـَيْرُ مَا تَجِدْ ، أُكْتـُبْ خَـيْرُ مَا تَقْرَاء ، إِحْفَـظْ خَـيْرُ مَا تَكْتُبْ
\\\ ___( ", )___ ///
Orang Berfikiran TINGGI Gemar Bicara tentang ILMU
Orang Berfikiran SEDERHANA Gemar Bicara tentang PERISTIWA
Orang Berfikiran RENDAH Gemar Bicara tentang ORANG LAIN
Orang Berfikiran CETEK Gemar Bicara tentang DIRI SENDIRI
\\\ ___( ," )___ ///
Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah


Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.."

Egypt
MyMalaysia
Meninggalkan Solat Meruntuhkan Agama

Chit Chat


Shoutbox

Free Hit Counters


Jangan Lupa Mengingati Allah

Akhbar Online

InsyaAllah Ramadhan Tiba Lagi..
Jul 10, 2012



As-Salamu 'alaykum wa Rohmatullah,

AlHamdulillah, wasSolatu wasSalamu 'ala Rasulillah S.A.W.

Tatkala ini, terngiang-ngiang di telinga faqir akan satu qasidah berkenaan bulan Ramadhan (sila Klik).. Allahu Akhbar, betapa syahdunya bila di hayati.

InsyaAllah Ramadhan bakal tiba dengan rahmat Allah Ta'ala yang maha luas. Antaranya seperti sabda Baginda Nabi Muhammad S.A.W :

" من قام رمضان إيمانا وإحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه "
Maksud : “ Barangsiapa yang menghidupkan Ramadhan dengan penuh keimanan serta mengharapkan ganjaran daripadaNya, maka Allah S.W.T akan mengampunkan dosanya yang telah lalu.”_H.R Bukhari dan Muslim

Banyak kisah-kisah menarik di dalam bulan Ramadhan ini, sehinggakan peristiwa-peristiwa yang berlaku ini para Alim Ulama menyatakan bahawa bulan Ramadhan adalah bulan kemenangan. 

Antaranya :
*Kemenangan Islam dalam peperangan Badar Al-Kubra_ 623 Masihi/ 2 Hijrah
*Pembukaan Kota Makkah_ 630 Masihi/ 8 Hijrah
*Peperangan Al-Qadisiah_635 Masihi/ 14 Hijrah
*Pembukaan Andalusia (Spain)_ 91 Hijrah
*Peperangan Syuzunah _ 92 Hijrah
*Peperangan Hittin_ oleh Salahuddin Al-Ayyubi_1178 Masihi/ 538 Hijrah
*Kekalahan Tentera Tartar_ 1260 Masihi/ 658 Hijrah
*Kekalahan Tentera Israel_ 1973 Masihi/ 1393 Hijrah.

Ini adalah antara bukti betapa hebatnya Ummat Islam tambahan pula tatkala berada di bulan Ramadhan. Jadi ambillah iktibar dan pengajaran supaya menaikan semangat untuk kita menghidupkan Ramadhan yang mulia itu dalam diri kita dan masyarakat.

Info Tarawih

Bacaan Surah-surah ketika Solat Sunat Tarawih pada malam pertama hingga ke malam ke-15 Ramadhan, mengikut susunan mushaf Al-Quran setiap rakaat pertama :

1. Surah At-Takathur
2. Surah Al-‘Asr
3. Surah Al-Humazah
4. Surah Al-Fil
5. Surah Al-Quraisy
6. Surah Al-Ma’un
7. Surah Al-Khauthar
8. Surah Al-Kafirun
9. Surah Al-Nasr
10. Surah Al-Lahab

Pada tiap-tiap rakaat ke-2 bagi 10 solat Tarawih dibaca Surah Al-Ikhlas.

Kemudian, bermula malam ke-16 hingga malam akhir Ramadhan, bacaan surah pada tiap-tiap rakaat yang pertama Solat Tarawih ialah Surah Al-Qadr. Manakala rakaat ke-2 dibaca bagi tiap-tiap rakaat ialah bermula dari surah At-Takathur hinggalah ke Surah Al-Lahab.

p/s :

HADIRKANLAH RAMADHAN DALAM DIRI,
DIRI AKAN BENAR-BENAR BERADA DI DALAM RAMADHAN_faqir ilallah


Selamat Beramal.


posted by faQirilallah @ 7/10/2012 09:00:00 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
Powered by
ade cerita ttg aku

A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari
Location : Malaya
Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah
Toriq : Asy-Syaazuliyyah
Status : Ummu Haura' Muhammad
Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya


Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, Yang Pertama.. Tanpa Ada Yang Mengawali, Yang Terakhir.. Tanpa Ada Yang Mengakhiri, Yang Tak Terlihat.. Oleh Pandangan Orang Yang Memandang, Yang Tak Tergambarkan.. Oleh Bayangan Orangg Yang Membayangkan, KAU Ciptakan Makhluk.. Dengan KekuasaanMU, KAU Ciptakan Segala Sesuatu.. Dengan KehendakMU, Segala Puji Ya ALLAH, Yang Memberi Kami Kemampuan.. Untuk Mensyukuri NikmatMu, Yang Membuka Bagi Kami.. Pintu-Pintu Ilmu KeilahianMu, Segala Puji Ya ALLAH, Dengan Segenap Pujian Yang Dikumandangkan.. Para Malaikat.. Dan Sekalian Makhluk Yang Dimuliakan, Segala Puji BagiMU, Atas Nikmat Yang KAU Berikan.. Kepada Kami.. Hamba-HambaMU.. Yang Telah Mendahului.. Mahupun Yang Akan Datang Kemudian, Pujian Kami Aturkan kepada MU.. Sebagai Penghubung Untuk MentaatiMU.. Dan Meminta Ampunan, Sebagai Penyebab Memperoleh Redho.. Pengantar Jalan..Menuju Syurga Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, KAU Ciptakan Kami Sebagai Hamba, Dan Sebagai Umat Nabi Muhammad.. KekasihMU. ______________ __________________ _____________________

Previous Post
Archives

HotLink's
Semasa
Club's
Rakyat A.K.A Kerajaan
Blogger's Clan'z


Muaaahh Islam

Komuniti Blogger Azhari

BLOGGER

© 2005 Aboo Haura' Hidayatullah Al-Azhari Blogspot Template by Isnaini Dot Com