AsSalamu’alykm
wa Rohmatullah,
Kenapa
Thailand mula berpuasa esok & kita (malaysia) mula berpuasa 21hb (sabtu)?
Jawapannya :
Rujuk Surah
Al-Baqarah ayat 185 :
Maksud :
"... oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan Ramadan
(atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu.."
Sabda
Baginda Nabi S.A.W (Maksud) :
“Janganlah
kamu berpuasa (Ramadan) kecuali kerana melihat anak bulan dan janganlah kamu
berbuka (Syawal) kecuali kerana melihatnya. Maka sekiranya berlaku kekaburan
(cuaca mendung), maka tentukanlah ia menggunakan hitungan.”
Syarat
""Imkanurrukyah" umur Hilal (bulan) mesti lebih dari 8 Jam,
tinggi Hilal (bulan) mesti lebih dari 2 darjah atas ufuk & jarak lengkung
mesti lebih 3 darjah n bla bla bla... byk lagi la... Kita bukan ahli @ pakar
dalam bidang ini..
Siapa yang
telah nampak anak bulan tersebut maka bolehlah ia berpuasa.. Kalau tak nampak @
tak tahu macam mana nak tengok.. maka serahlah kepada mereka yang pakar.
Ahli Falaq @
Pakar Falaq @ Ulama di Malaysia telah melihat berdasarkan ilmu pengetahuan dan
kepakaran mereka.. Makanya, adalah menjadi kewajipan kita mengikuti mereka..
Sekian,
Wallahu'alam.. Sekiranya Salah pohon perbetulkan..
|