"اَلَلَّهُمَّ صَلِّ صَلاَةً كاَمِلَةً ، وَسَلِّمْ سَلاَماً تاَماً عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ الَذِيْ تَنْحَلُّ بِهِ العُقَدُ ، وَتَنْفَرِجُ بِِهِ الكُرَابُ ، وَتُقْضَى بِهِ الحَوَائِجُ ، وَتُنَالُ بِهِ الرَغَائِبُ وَحُسْنُ الخَوَاتِيْمِ ، وَيُسْتَسْقَىْ الغَمَامُ بِوَجْهِهِ الكَرِيْمِ ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِى كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَّسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُومٍ لَكَ" ...PenaKu Merah KertasKu Putih Dan Aku Akan Terus Menulis... "بسم الله الرحمن الرحيم "
Agen
REBUT 5 SEBELUM 5
Secotet Kalam
إِقْـرَاء خـَيْرُ مَا تَجِدْ ، أُكْتـُبْ خَـيْرُ مَا تَقْرَاء ، إِحْفَـظْ خَـيْرُ مَا تَكْتُبْ
\\\ ___( ", )___ ///
Orang Berfikiran TINGGI Gemar Bicara tentang ILMU
Orang Berfikiran SEDERHANA Gemar Bicara tentang PERISTIWA
Orang Berfikiran RENDAH Gemar Bicara tentang ORANG LAIN
Orang Berfikiran CETEK Gemar Bicara tentang DIRI SENDIRI
\\\ ___( ," )___ ///
Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah


Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.."

Egypt
MyMalaysia
Meninggalkan Solat Meruntuhkan Agama

Chit Chat


Shoutbox

Free Hit Counters


Jangan Lupa Mengingati Allah

Akhbar Online

tanda hitam di dahi itu, tanda kuat solatnya??
Oct 19, 2013
AsSalamu’alaikum wa Rahmatullah,

AlHamdulillah was Solatu was Salamu ‘ala Rasullillah S.A.W.

Dikesempatan hujung minggu ini, masa yang terluang faQir ingin berkongsi satu persoalan yang mana pernah menjadi topik perbualan bersama Syeikh Muhammad Neezam Al-Idrusi setahun yang lalu iaitu “Apakah tanda hitam di dahi itu, tanda kuat solatnya?”. Sebelum soalan itu dijawab. Syeikh Muhammad Neezam al-Idrusi mengajukan kembali 1 soalan yang andai direnung secara mendalam telah pun menjawab kembali persoalan pertama tadi. “Apakah tanda hitam di dahi ada pada Rasulullah dan para Sahabat Ridhwanullahi alaihim ajma’in?”

Memandangkan perkara ini seolah-olah kian membarah di kalangan masyarakat kita. Tidak kira dari golongan dewasa mahupun remaja. Mari kita hayati Firman Allah S.W.T dalam surah al-Fath ayat ke 29 :



“Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. kamu lihat mereka ruku' dan sujud mencari kurnia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud.”

Yang dimaksudkan dengan “tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud.” ialah pada air muka mereka kelihatan keimanan dan kesucian hati mereka.

Dari Salim Abu Nadhr, ada seorang yang datang menemui Ibnu Umar. Setelah orang tersebut mengucapkan salam, Ibnu Umar bertanya kepadanya, “Siapakah anda?”. “Aku adalah anak didikmu”, jawab orang tersebut. Ibnu Umar melihat ada bekas sujud yang berwarna hitam di antara kedua matanya. Beliau berkata kepadanya, “Bekas apa yang ada di antara kedua matamu? (Kata Ibnu Umar) Sungguh aku telah lama bersahabat dengan Rasulullah, Abu Bakr, Umar dan Utsman. Apakah kau lihat ada bekas tersebut pada dahiku?”
(Riwayat Baihaqi dalam Sunan Kubro no. 3698)

Dari Humaid bin Abdirrahman, aku berada di dekat as Saib bin Yazid ketika seorang yang bernama az Zubair bin Suhail bin Abdirrahman bin Auf datang. Melihat kedatangannya, as Saib berkata, “Sungguh dia telah merusak wajahnya. Demi Allah bekas di dahi itu bukanlah bekas sujud. Demi Allah aku telah solat dengan menggunakan wajahku ini selama sekian waktu lamanya namun sujud tidaklah memberi bekas sedikitpun pada wajahku”
(Riwayat Baihaqi dalam Sunan Kubro no 3701).

Andai didatangkan lagi hadith-hadith terlalu banyak yang menjawab maksud sebenar berkenaan ayat Al-Quran di atas. Dan kita juga boleh lihat berapa ramai para masyayikh, alim ulama, ahli ibadah yang benar-benar dijalan Allah berpegang dengan Aqidah Ahlussunnah wa Jamaah, wajah mereka berseri-seri dan tidak mempunyai tanda hitam di dahi. Andai ada pun bekas sujud di dahi bukanlah warna hitam dipertengahan dahi sebaliknya kulit dahi dibawah anak rambut terdapat kesan kematu, itupun jarang-jarang kita temui.

 Syeikh Ali Jumaah, Mufti Mesir & Dato’ Harun Din , 

Habib Umar Al-Hafidz & Syeikh Muhammad Ali Sobuni

Syeikh Muhammad Neezam Al-Idrusi berkata, bukankah Rasulullah S.A.W adalah seorang yang paling kuat mendirikan solat. Dan tanda-tanda yang ada kesan dari solat Baginda S.A.W adalah bengkak dan lebam dibahagian kaki baginda.. So bukan di dahikan…

Abu Hurairah ra meriwayatkan : " Rasulullah saw melaksanakan solat hingga kedua kaki baginda bengkak. Baginda ditanya, " Mengapa engkau melakukan ini padahal engkau mengetahui bahawa Allah swt telah mengampuni dosamu yang telah lalu dan akan datang? " Baginda menjawab ," Tidakkah aku menjadi hamba yang banyak bersyukur? "
( Riwayat Tirmidzi dan Ibnu Khuzaimah.)

Walaubagaimana pun, sekiranya kita berjumpa dengan mereka-mereka yang mempunyai tanda hitam di dahi, janganlah kita bersangka buruk @ mencela mereka.. Mungkin tanda hitam di dahi mereka benar-benar tanda mereka  solat (Mungkin solat diatas Batu @ kayu). Bukankah bersangka baik itu lebih baik..

Apalah ertinya terzahir tanda Kepatuhan , andai hasilnya Bangga Diri..
Apalah maknanya ditajallikan ciri kesolehan, andai niat melencong dari kerana Ilahi..
Waspadalah wahai diriku dan seluruh muslimin muslimat dari tipu daya syaitan yang sering menyesatkan kita..

Untuk penjelasan lebih lanjut boleh layari blog ustaz Zaharuddin.net bertajuk :


Labels:

posted by faQirilallah @ 10/19/2013 06:34:00 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
Powered by
ade cerita ttg aku

A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari
Location : Malaya
Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah
Toriq : Asy-Syaazuliyyah
Status : Ummu Haura' Muhammad
Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya


Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, Yang Pertama.. Tanpa Ada Yang Mengawali, Yang Terakhir.. Tanpa Ada Yang Mengakhiri, Yang Tak Terlihat.. Oleh Pandangan Orang Yang Memandang, Yang Tak Tergambarkan.. Oleh Bayangan Orangg Yang Membayangkan, KAU Ciptakan Makhluk.. Dengan KekuasaanMU, KAU Ciptakan Segala Sesuatu.. Dengan KehendakMU, Segala Puji Ya ALLAH, Yang Memberi Kami Kemampuan.. Untuk Mensyukuri NikmatMu, Yang Membuka Bagi Kami.. Pintu-Pintu Ilmu KeilahianMu, Segala Puji Ya ALLAH, Dengan Segenap Pujian Yang Dikumandangkan.. Para Malaikat.. Dan Sekalian Makhluk Yang Dimuliakan, Segala Puji BagiMU, Atas Nikmat Yang KAU Berikan.. Kepada Kami.. Hamba-HambaMU.. Yang Telah Mendahului.. Mahupun Yang Akan Datang Kemudian, Pujian Kami Aturkan kepada MU.. Sebagai Penghubung Untuk MentaatiMU.. Dan Meminta Ampunan, Sebagai Penyebab Memperoleh Redho.. Pengantar Jalan..Menuju Syurga Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, KAU Ciptakan Kami Sebagai Hamba, Dan Sebagai Umat Nabi Muhammad.. KekasihMU. ______________ __________________ _____________________

Previous Post
Archives

HotLink's
Semasa
Club's
Rakyat A.K.A Kerajaan
Blogger's Clan'z


Muaaahh Islam

Komuniti Blogger Azhari

BLOGGER

© 2005 Aboo Haura' Hidayatullah Al-Azhari Blogspot Template by Isnaini Dot Com