AsSalamu ‘alaikum wa Rohmatullah,
AlHamdulillah wasSolatu wasSalamu ‘ala Sayyidina
Rasulillah.
Lama juga faQir tak update blog ni.. kali ini faQir
nak berkongsi tentang 1 kisah pendek yang mana kisah ini faQir dapat dari
Syeikhuna Muhammad Husni Ginting Al-Langkati. Kisahnya disimpulkan begini..
"Pada suatu hari seorang syeikh berjalan dengan anak-anak
muridnya di suatu lorong. Sedang mereka berjalan tiba-tiba mereka terlihat seseorang
berjalan terhuyung-hayang sambil ketawa (seolah-olah gembira). Melihat keadaan
itu, syeikh tersebut menadah tangan dan berdoa.
Doanya lebih kurang begini, “ya Allah, berikanlah
orang itu gembira dan ketawa di akhirat nanti.”
Anak murid kepada syeikh pun merasa pelik akan doa
syeikhnya itu lalu bertanya, “ wahai tuan guru, mengapakah tuan mendoakannya
begitu”.
Lalu syeikh menjawab. “Mudah-mudahan orang itu diberi
petunjuk dan hidayah, yang akhirnya membuatkan dia gembira dan ketawa di
akhirat nanti seperti dia gembira berketawa pada hari ini.”
Lihatlah para sahabat, betapa hikmahnya pengajaran
yang diberikan oleh Syeikh ini kepada anak muridnya. Beliau tidak marah akan
perbuatan si mabuk itu, tidak memakinya, juga tidak menghinanya. Sebaliknya
mengeluarkan kata-kata yang baik untuk orang tersebut, mudah-mudahan kata-kata
tersebut menjadi doa."
Dan perlulah kita ingat, apabila kita mendoakan untuk
seluruh orang Islam, makanya banyaklah kelebihan yang Allah limpahkan untuk
kita.
Dalam sebuah hadith yang panjang, diriwayatkan oleh
Abu Abdul Rahman, Abdullah B. Mas’ud.
Sabda Baginda Nabi Muhammad S.A.W :
"..... إِنَّ أَحَدَكُمْ
لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا
إِلاَّ ذِرَاعٌ، فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ
فَيَدْخُلُهَا، وَإِنَّ أَحَدُكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلٍ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا
يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتََابُ فَيَعْمَلُ
بِعَمَلِ أَهْلِ الْجََةِ فَيَدْخُلُهَا."
Maksud :
“…sesungguhnya
salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga,
sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia
didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli
neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan
kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan
neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan
kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.”
-Muttafaqun’alaih-
Berdasarkan
potongan hadith di atas, jelaslah bahawa :
- Seseorang
itu belum tentu terjamin hidupnya untuk bahagia di akhirat selagi mana belum
tiba masanya.
- Tidak
semestinya orang yang selalu melakukan perkara yang baik tempatnya di Syurga.
- Tidak
semestinya orang yang selalu berbuat jahat tempatnya di neraka.
- Kita sebagai
manusia, perlulah selalu up date taubat kita kepada Allah Ta’ala.
- Bak kata guru kami Syeikh Husni Ginting Al-Langkati ketika pengajian kitab Arba'in Nawawiyyah : "Siapa yang telah melakukan dosa yang banyak, janganlah dia bersedih hati.. Pintu taubat masih ada lagi. Siapa yang mengamalkan amal syurga, jangan berbangga berbangga diri, dengan kebanggaan tersebut mungkin masuk neraka. Makanya Jangan perasan diri kita suci, kena selalu merasakan berdosa kepada Allah S.W.T."
Kadang-kadang
Allah Ta’ala datangkan sesuatu keadaan, yang mana keadaan tersebut merupakan
ujian kepada hamba-hambanya. Bagaimana kita menguruskannya dan bagaimana kita
bersangka baik dengan Allah Ta’ala.
“Setiap anak
Adam itu melakukan dosa, dan sebaik-baik si pelaku dosa adalah pelaku dosa yang
bertaubat.”
Moga
penulisan ini memberi manfaat kepada diri faQir sendiri dan juga para sahabat..
Sekiranya ada salah silap mohon tunjuk ajar. Wallahu ‘alam.
"Ya Allah Ya
Tuhanku, Berikanlah petunjuk kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak
mengetahui"
|
“Setiap anak Adam itu melakukan dosa, dan sebaik-baik si pelaku dosa adalah pelaku dosa yang bertaubat.”
seharusnya tidak mengulangi kesalahan tersebut berulang kali.. kan abg? luv u..
- your sweet wife until Al-Jannah -