"اَلَلَّهُمَّ صَلِّ صَلاَةً كاَمِلَةً ، وَسَلِّمْ سَلاَماً تاَماً عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ الَذِيْ تَنْحَلُّ بِهِ العُقَدُ ، وَتَنْفَرِجُ بِِهِ الكُرَابُ ، وَتُقْضَى بِهِ الحَوَائِجُ ، وَتُنَالُ بِهِ الرَغَائِبُ وَحُسْنُ الخَوَاتِيْمِ ، وَيُسْتَسْقَىْ الغَمَامُ بِوَجْهِهِ الكَرِيْمِ ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِى كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَّسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُومٍ لَكَ" ...PenaKu Merah KertasKu Putih Dan Aku Akan Terus Menulis... "بسم الله الرحمن الرحيم "
Agen
REBUT 5 SEBELUM 5
Secotet Kalam
إِقْـرَاء خـَيْرُ مَا تَجِدْ ، أُكْتـُبْ خَـيْرُ مَا تَقْرَاء ، إِحْفَـظْ خَـيْرُ مَا تَكْتُبْ
\\\ ___( ", )___ ///
Orang Berfikiran TINGGI Gemar Bicara tentang ILMU
Orang Berfikiran SEDERHANA Gemar Bicara tentang PERISTIWA
Orang Berfikiran RENDAH Gemar Bicara tentang ORANG LAIN
Orang Berfikiran CETEK Gemar Bicara tentang DIRI SENDIRI
\\\ ___( ," )___ ///
Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah


Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.."

Egypt
MyMalaysia
Meninggalkan Solat Meruntuhkan Agama

Chit Chat


Shoutbox

Free Hit Counters


Jangan Lupa Mengingati Allah

Akhbar Online

Allah Ta'ala Tidak Berhajat kepada tempat..
Mar 30, 2010

AsSalamu'alaikum wa Rahmatullah..

Memandangkan terdapat beberapa orang yang asyik bertanya kpd sy tentang soalan "dimana Allah Ta'ala" @ "adakah Allah Ta'ala mempunyai tempat", jadi disini sy datangkan jawaban2nya mengikut Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah menurut Syeikh Kami.

Dari syeikh kami, faqir ilallah syeikh Muhammad Husni Ginting Al-Langkati Al-Husofi Asy-Syafie (klik utk blog beliau), beliau menerangkan tentang "dakwaan-dakwaan yang menyatakan Allah bertempat". Jadi sy simpulkan sedemikian

Soalan :
"Dimana Allah Ta'ala" @ "Adakah Allah Ta'ala mempunyai tempat"

Jawapannya:

Allah S.W.T tidak bertempat.

Siapa yang mengatakan Allah Ta'ala bertempat maka Aqidahnya terpesong dengan nyata. Ini kerana sekiranya seseorang itu menyatakan Allah Ta'ala itu ada di sesuatu tempat, sebelum adanya sesuatu tempat itu maka dimana Allah S.W.T.

Misalnya soalan:
Dimana manusia (makhluk)?

Jawapannya : Sudah pastilah di bumi (makhluk).

Dimana manusia (makhluk), sebelum terciptanya bumi (makhluk), maka sudah pasti akan dijawab :

Sebelum manusia(makhluk) turun ke bumi (makhluk) , tempatnya ialah di syurga (makhluk). Dan timbul pula soalan dimana manusia (makhluk) sebelum terciptanya syurga (makhluk)?? Jawapannya Manusia(makhluk) belum dijadikan. kerana Syurga(makhluk) dijadikan dahulu sebelum manusia (makhluk) dijadikan.

* Jikalau ada yang mengatakan "Allah Ta'ala ada dimana-mana" iaitu zatnya itu sendiri ada dimana-mana maka aqidahnnya juga telah terpesong dan salah. kerana telah menisbahkan Allah mempunyai tempat.

Soalan : dimana Angin?? sudah tentu jawapannya ada dimana sahaja.

Tetapi jika ia mengatakan "Allah berada dimana-mana dengan RahmatNya". Maka ianya Benar.

* Jikalau ada yang menjawab "aku tidak tahu Allah Ta'ala itu dimana". maka ia aqidahnya salah kerana ia masih menisbahkan Allah itu ada di suatu tempat yang tidak diketahuinya.

Seperti ditanya dimana rakannya yang sudah lama terpisah tanpa khabar berita. Sudah pasti dijawab "ntah aku tidak tahu" dan disudut hatinya mengatakan: mungkin di sekian2 tempat.

Jadi Jawapan yang pasti ialah :

Allah Ta'ala tiada bertempat dan Allah Ta'ala tidak berhajat langsung kepada tempat.

Ini kerana siapa yang berhajat kepada tempat bererti ia berhajat kepada masa @ waktu. Masa atau waktu adalah sesuatu yang dicipta Allah Ta'ala. Mana mungkin Allah Yang Maha agung berhajat @ memerlukan kepada makhluknya.

Persoalan yang dinisbahkan kepada Masa @ waktu (makhluk) seperti "Dimana", "Bilakah" dan lain2, hanya digandingkan untuk makluk ciptaan Allah, dan ia tidak layak digandingkan untuk Allah 'Azza wa Jalla.

Masa @ waktu : Makhluk Allah iaitu sesuatu yang diciptakan.

Allah Ta'ala : Yang Maha Mencipta.

Maka kenalilah Sifat Allah iaitu Qiamuhu Binafsihi yang bermaksud berdiri Allah Ta'ala itu dengan sendirinya tanpa memerlukan apa-apa @ siapa-siapa.


P/S :
(Rujuk Kitab "Aqidah Thohawiah"_Imam Thohawi telah menerangkan Allah Ta'ala Tidak berhajat kepada tempat.)

والله أعلم..

Jika ada tersalah fakta , ampun maaf dipinta.
Sekian, Assalamualaikum Warahmatullah.

Labels:

posted by faQirilallah @ 3/30/2010 12:50:00 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
Powered by
ade cerita ttg aku

A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari
Location : Malaya
Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah
Toriq : Asy-Syaazuliyyah
Status : Ummu Haura' Muhammad
Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya


Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, Yang Pertama.. Tanpa Ada Yang Mengawali, Yang Terakhir.. Tanpa Ada Yang Mengakhiri, Yang Tak Terlihat.. Oleh Pandangan Orang Yang Memandang, Yang Tak Tergambarkan.. Oleh Bayangan Orangg Yang Membayangkan, KAU Ciptakan Makhluk.. Dengan KekuasaanMU, KAU Ciptakan Segala Sesuatu.. Dengan KehendakMU, Segala Puji Ya ALLAH, Yang Memberi Kami Kemampuan.. Untuk Mensyukuri NikmatMu, Yang Membuka Bagi Kami.. Pintu-Pintu Ilmu KeilahianMu, Segala Puji Ya ALLAH, Dengan Segenap Pujian Yang Dikumandangkan.. Para Malaikat.. Dan Sekalian Makhluk Yang Dimuliakan, Segala Puji BagiMU, Atas Nikmat Yang KAU Berikan.. Kepada Kami.. Hamba-HambaMU.. Yang Telah Mendahului.. Mahupun Yang Akan Datang Kemudian, Pujian Kami Aturkan kepada MU.. Sebagai Penghubung Untuk MentaatiMU.. Dan Meminta Ampunan, Sebagai Penyebab Memperoleh Redho.. Pengantar Jalan..Menuju Syurga Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, KAU Ciptakan Kami Sebagai Hamba, Dan Sebagai Umat Nabi Muhammad.. KekasihMU. ______________ __________________ _____________________

Previous Post
Archives

HotLink's
Semasa
Club's
Rakyat A.K.A Kerajaan
Blogger's Clan'z


Muaaahh Islam

Komuniti Blogger Azhari

BLOGGER

© 2005 Aboo Haura' Hidayatullah Al-Azhari Blogspot Template by Isnaini Dot Com