"اَلَلَّهُمَّ صَلِّ صَلاَةً كاَمِلَةً ، وَسَلِّمْ سَلاَماً تاَماً عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ الَذِيْ تَنْحَلُّ بِهِ العُقَدُ ، وَتَنْفَرِجُ بِِهِ الكُرَابُ ، وَتُقْضَى بِهِ الحَوَائِجُ ، وَتُنَالُ بِهِ الرَغَائِبُ وَحُسْنُ الخَوَاتِيْمِ ، وَيُسْتَسْقَىْ الغَمَامُ بِوَجْهِهِ الكَرِيْمِ ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِى كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَّسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُومٍ لَكَ" ...PenaKu Merah KertasKu Putih Dan Aku Akan Terus Menulis... "بسم الله الرحمن الرحيم "
Agen
REBUT 5 SEBELUM 5
Secotet Kalam
إِقْـرَاء خـَيْرُ مَا تَجِدْ ، أُكْتـُبْ خَـيْرُ مَا تَقْرَاء ، إِحْفَـظْ خَـيْرُ مَا تَكْتُبْ
\\\ ___( ", )___ ///
Orang Berfikiran TINGGI Gemar Bicara tentang ILMU
Orang Berfikiran SEDERHANA Gemar Bicara tentang PERISTIWA
Orang Berfikiran RENDAH Gemar Bicara tentang ORANG LAIN
Orang Berfikiran CETEK Gemar Bicara tentang DIRI SENDIRI
\\\ ___( ," )___ ///
Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah


Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.."

Egypt
MyMalaysia
Meninggalkan Solat Meruntuhkan Agama

Chit Chat


Shoutbox

Free Hit Counters


Jangan Lupa Mengingati Allah

Akhbar Online

Beberapa ucapan yang lebih mahal dari emas.
May 19, 2010
AsSalamu 'alaikum warahmatullah,

Lama rasanya sy x berblog nih, so hari ni sy nak kongsikan kpd sahabat2 satu kisah yg mana kisah itu akan dikisahkan oleh kisah sy, di dalam kisah itu mengisahkan ttg takdir Allah Ta'ala yg menemukan sy dgn beberapa kata2 yg amat berharga yang mana ianya lebih berharga dari emas.. ha apekah itu?? kisah.. kisah.. kisah...

Hari Jumaat mlm sabtu baru2 ni...

Maka bermulalah sebuah kisah yg banyak hikmahnya..

Oleh kerana hari ni sy free pada waktu ptgnya, maka sy pun bersiap utk solat maghrib berjemaah di surau Muhammadiah belakang Masjid 'ubudiah.. Mazda clair b6 turbo meluncur slumber di halangan surau. Tatkala itu, azan maghrib mula menjengah ke gegedang telinga..

Kaki dihayunkan menuju ke muka pintu surau.. Chrssssssssssss!! bedebusshhh!! Air kolah dijirus ke kaki. Allahuakhbar!! maka bermulalah sebuah ceretera antara aku dengan Tuhanku..

Setelah selesai urusanku bersama Rabbul 'Alamin, terdengar suara2 para jemaah yg 2, 3 ni yg menyatakan mlm ini ada pengajian ni Masjid Ridwaniah.. Dari riak suara mereka, penceramahnya merupakan seorg yg agak terkenal..

Fikiran ku kosong, tak tahu apa yg ptt difikirkan..

Mazda Clair B6 Turbo ku pandu ke arah pekan Kuala Kangsar, melalui Kota London.. hehe (Kuale pun ade kota London tau, x yah g U.K) Tiba2 ku teringat akan seseorang yg ku gelar Ayah, lalu mazda clair menyusuri jalan ke arah kedai ayah, tatkala itu aku melalui masjid Ridwaniah.. Ramai sungguh para yang hadir.. Teruja seketika. "mesti hebat penceramahnye" detik hati ku.

Namun aku tetap meneruskan niat utk ke kedai ayah. Apabila tiba di kedai ayah keadaan kedai masih gelap.. "hmm ayah x bukak kedai lagi". Aku berpatah balik, utk ke arah pekan, sekali lagi aku melalui Masjid Ridwaniah.. "singgah la, mungkin Allah menetapkan aku disini," sambil mata menjeling ke arah ruang2 kosong utk park kereta.

Kaki melangkah masuk ke dalam masjid, suara penceramah yg begitu tegas bergema di ruang masjid. Makin ingin tahu siapakah gerangan beliau.

Aku terus duduk di ruangan yg masih kosong, dan terus mengambil sehelai kertas yg sedang diagihankan oleh jemaah masjid. Melihat kearah kertas tersebut, hati ku berbunga2 lg utk mengetahui akan gerangan penceramah ini..

Dari susuk tubuh dan gaya pemakaiannya tidak diragui lagi beliau seorang yang alim. Akhirnya ku kenali beliau.. Ustaz Haji Subri, dari Ma'ahad AdDakwah.. ku kagum. Rupenye Takdir Allah ingin aku berada di dalam majlis yang dinaungi para Malaikatullah.. Alhamdulillah.

Teringat ku hadith Baginda sollallahu alaihi wasallam : من يريد الله به خيرا ، يفقه في الدين

Stop!!

Hehehe sebenarnya nak cite kat sahabat2 tentang isi kandungan kertas tu je, saje wat ayat lelebih, ne tau kot leh tuleh novel.. uuuuhuhu..


Beberapa ucapan yang lebih mahal dari emas.

قال أحد الحكماء : ياَ بُنَيَّ ذقت الطيبات كلها فلم أجد أطيب من العافية وذقت المرارات كلها فلم أجد أمر من الحاجة إلى الناس ونقلت الحديد والصخر فلم أجد أثقل من الدين.


Berkata Berkata salah seorang drpd para bijak pandai : Wahai anak ku, aku telah merasai segala yang baik-baik semuanya, akan tetapi aku mendapati sesuatu yg terlebih baik daripada (segala yang baik-baik) ialah nikmatnya kesihatan. Dan aku telah merasai segala bentuk kepahitan semuanya akan tetapi aku mendapati perkara yang terlebih pahit daripada pahitnya (yang pahit-pahit tadi) ialah berhajat kepada manusia, Dan aku telah memindahkan besi-besi yang berat dan batu-batu yang besar akan tetapi aku mendapati perkara yang terlebih berat daripada (besi dan batu besar) ialah (beratnya) bebanan hutang.

· من أراد زادا فالتقوى تكفيه

Barang siapa yang berkehendak akan bekalan maka Taqwa cukup sebagai bekalan.

· ومن أراد عزا فالإسلام يكفي

Dan barang siapa yang berkehendak akan kemuliaan maka Islam mencukupi baginya sebagai kemuliaan.

· ومن أرادا عدلا فالحكم الله يكفيه

Dan barang siapa yang berkehendak akan keadilan maka Perundangan Allah cukup baginya sebagai keadilan.

· ومن أرادا أنيسا فذكرالله يكفيه

Dan barang siapa yang berkehendak akan teman hidup maka berzikir kepada Allah cukup baginya sebagai teman hidup.

· ومن أرادا جليسا فالقرءآن يكفيه

Dan barang siapa yang berkehendak akan teman duduk maka Al-Quran cukup baginya sebagai teman duduknya.

· ومن أرادا واعظا فالموت يكفيه

Dan barang siapa yang berkehendak akan sesuatu peringatan maka mengingati Mati cukup baginya sebagai peringatan.

· ومن أرادا الغنى فالقناعة تكفيه

Dan barang siapa yang berkehendak akan Kekayaan maka sifat memadai apa yang ada cukup baginya sebagai kekayaan.

· ومن أرادا زينة فالعلم يكفيه

Dan barang siapa yang berkehendak akan perhiasan maka Ilmu cukup baginya sebagai perhiasan.

· ومن أرادا راحة فالأخرة تكفيه

Dan barang siapa yang berkehendak akan kerehatan maka Negeri Akhirat cukup baginya sebagai tempat rehatnya.

· ومن لم يكفه كلُّ هذا ، فالنار تكفيه.

Dan barang siapa yang tidak mencukupi semua ini (dalam hidupnya), Maka Nerakalah cukup baginya (tempatnya).



SeSekian Dahulu buat kali ini.. c u later. AsSalamu 'alaikum wa rahmatullah.


Labels:

posted by faQirilallah @ 5/19/2010 06:43:00 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
Powered by
ade cerita ttg aku

A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari
Location : Malaya
Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah
Toriq : Asy-Syaazuliyyah
Status : Ummu Haura' Muhammad
Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya


Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, Yang Pertama.. Tanpa Ada Yang Mengawali, Yang Terakhir.. Tanpa Ada Yang Mengakhiri, Yang Tak Terlihat.. Oleh Pandangan Orang Yang Memandang, Yang Tak Tergambarkan.. Oleh Bayangan Orangg Yang Membayangkan, KAU Ciptakan Makhluk.. Dengan KekuasaanMU, KAU Ciptakan Segala Sesuatu.. Dengan KehendakMU, Segala Puji Ya ALLAH, Yang Memberi Kami Kemampuan.. Untuk Mensyukuri NikmatMu, Yang Membuka Bagi Kami.. Pintu-Pintu Ilmu KeilahianMu, Segala Puji Ya ALLAH, Dengan Segenap Pujian Yang Dikumandangkan.. Para Malaikat.. Dan Sekalian Makhluk Yang Dimuliakan, Segala Puji BagiMU, Atas Nikmat Yang KAU Berikan.. Kepada Kami.. Hamba-HambaMU.. Yang Telah Mendahului.. Mahupun Yang Akan Datang Kemudian, Pujian Kami Aturkan kepada MU.. Sebagai Penghubung Untuk MentaatiMU.. Dan Meminta Ampunan, Sebagai Penyebab Memperoleh Redho.. Pengantar Jalan..Menuju Syurga Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, KAU Ciptakan Kami Sebagai Hamba, Dan Sebagai Umat Nabi Muhammad.. KekasihMU. ______________ __________________ _____________________

Previous Post
Archives

HotLink's
Semasa
Club's
Rakyat A.K.A Kerajaan
Blogger's Clan'z


Muaaahh Islam

Komuniti Blogger Azhari

BLOGGER

© 2005 Aboo Haura' Hidayatullah Al-Azhari Blogspot Template by Isnaini Dot Com