"اَلَلَّهُمَّ صَلِّ صَلاَةً كاَمِلَةً ، وَسَلِّمْ سَلاَماً تاَماً عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ الَذِيْ تَنْحَلُّ بِهِ العُقَدُ ، وَتَنْفَرِجُ بِِهِ الكُرَابُ ، وَتُقْضَى بِهِ الحَوَائِجُ ، وَتُنَالُ بِهِ الرَغَائِبُ وَحُسْنُ الخَوَاتِيْمِ ، وَيُسْتَسْقَىْ الغَمَامُ بِوَجْهِهِ الكَرِيْمِ ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِى كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَّسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُومٍ لَكَ" ...PenaKu Merah KertasKu Putih Dan Aku Akan Terus Menulis... "بسم الله الرحمن الرحيم "
Agen
REBUT 5 SEBELUM 5
Secotet Kalam
إِقْـرَاء خـَيْرُ مَا تَجِدْ ، أُكْتـُبْ خَـيْرُ مَا تَقْرَاء ، إِحْفَـظْ خَـيْرُ مَا تَكْتُبْ
\\\ ___( ", )___ ///
Orang Berfikiran TINGGI Gemar Bicara tentang ILMU
Orang Berfikiran SEDERHANA Gemar Bicara tentang PERISTIWA
Orang Berfikiran RENDAH Gemar Bicara tentang ORANG LAIN
Orang Berfikiran CETEK Gemar Bicara tentang DIRI SENDIRI
\\\ ___( ," )___ ///
Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah


Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.."

Egypt
MyMalaysia
Meninggalkan Solat Meruntuhkan Agama

Chit Chat


Shoutbox

Free Hit Counters


Jangan Lupa Mengingati Allah

Akhbar Online

Kerjaya Sebagai Satu Ibadah
Nov 7, 2010
Disampaikan oleh :
M.SHAFIE HIDAYATULLAH B. MOHAMAD FUAD
BAHAGIAN AGAMA DAN KAUNSELING
IBU PEJABAT POLIS DAERAH BATU GAJAH


PENDAHULUAN

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
"Dan ( ingatlah ) aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah dan beribadah kepadaKu, Aku tidak sekali-sekali menghendaki sebarang rezeki pemberian daripada mereka dan aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesunggunhya Allah dialah sahaja yang memberi rezeki yang mempunyai kekuasaan yang tidak terhingga, lagi yang Maha kuat kukuh kekuasaan-Nya . "

Dalam Islam, ibadah tidak hanya terbatas kepada sembahyang, berzikir dan bertasbih sahaja, dimana semua pekerjaan baik yang dilakukan oleh manusia dengan hati yang ikhlas dan tidak bercanggah dengan prinsip ajaran Islam, ia adalah satu tuntutan dan dikira sebagai ibadah serta mendapat pahala .

Ibadah Terbahagi 3

1.Ibadah Asas
-Ialah ibadah utama & terpenting @ ibadah wajib (fardhu Ain). Termasuk didalamnya 5 rukun Islam dan 6 rukun Iman.
-Tanpa ibadah asas seseorang itu dikira tidak beriman (kafir).
Sekiranya seseorang itu mengabaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada-nya sedangkan ia menerima ganjaran ( upah ) seperti orang lain, ini bermakna beliau mendapat sumber pendapatan dari kegiatan tidak halal dan sengaja mengundang kemurkaan Allah S.W.T.

Bersabda Baginda S.A.W :
" كُلُّ لَحْمٍ نَّبَتَ مِنْ حَرَامٍ فَالنَّارُ أَوْلَى بِهِ "

Yang bermaksud :
" Setiap daging yang tumbuh dari makanan yang haram, maka nerakalah tempatnya."
( Riwayat Al-Tirmizi )

Maka kita perlulah sentiasa memastikan setiap pekerjaan yang dilakukan menurut tuntutan syara’seperti : -

1.Niat yang ikhlas untuk mendapatkan keredhaan dari Allah S.W.T di samping mengharapkan pekerjaan itu diterima sebagai ibadah dan amal soleh .

2.Berazam dengan semangat bekerja bersungguh-sungguh sehingga mampu menghasilkan daya cipta dan kreativiti yang berkualiti kepada organisasi dan pelanggan .

3.Bijak dalam merancang dan melaksanakan sesuatu tindakan terutama dalam soal mengelak berlakunya pembaziran .

4.Hendaklah sentiasa mengamalkan sikap sabar setiap masa dan bertawakal serta berdoa kepada Allah S.W.T bagi menjamin hasil yang sempurna dan berkualiti .

DEFINISI

Kerja :
“Kesungguhan yang dilaksanakan oleh manusia bagi mendapatkan upah atau ganjaran”.

Ibadah :
“Kepatuhan dan ketaatan kita kepada ketinggian dan kekuasaan Allah S.W.T yang diiringi kesanggupan menyerah diri kepadaNya”.

Kerja sebagai ibadah :
“Tugas atau tanggungjawab untuk meraih pendapatan dan keredhaan dari Allah S.W.T”.

TUJUAN BEKERJA

* Tuntutan yang utama di dalam Islam.
* Untuk mendapat rezeki kurniaan Allah S.W.T dari sumber yang halal.
* Sebagai mekanisme untuk memakmurkan muka bumi.


AYAT AL-QURAN MENGENAI TUNTUTAN BEKERJA

Firman Allah S.W.T yang bermaksud;

“ Katakanlah wahai Muhammad: Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan. ”
_at-Taubah : 105

— Firman Allah S.W.T yang bermaksud;
“ Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah limpah kurniaan Allah, serta ingatlah Allah sebanyak-banyaknya (dalam setiap keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat).”
_al-Jumuah : 10

KERJA DI KATEGORI SEBAGAI IBADAH

*Apabila bekerja untuk keperluan diri.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
“Jika seseorang di antara kamu pada tengahari mengambil kayu di belakangnya, sehingga dia dapat bersedekah darinya dan mencegah daripada meminta-minta maka yang demikian adlah lebih baik baginya dari meminta-minta kepada orang lain samada diberi atau tidak kerana tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah, mulailah daripada yang terdekat”.

*Bekerja untuk memakmurkan bumi Allah.

Pekerjaan yang kita lakukan mempunyai hubung kait yang rapat dengan unsur kehidupan manusia di dunia selain memelihara segala nikmat Allah yang dikurniakan di muka bumi ini.

Kerja dianggap Ibadah Apabila..

*Pekerjaan itu adalah perbuatan yang harus atau boleh dikerjakan menurut syarak.

*Pekerjaan yang disertakan dengan niat dan diredhai Allah.

*Pekerjaan yang dilaksanakan dengan tekun, cekap dan bersungguh-sungguh.

*Pekerjaan berasaskan prinsip syariah seperti amanah, adil dan bertanggungjawab.

*Menghasilkan kerja yang berkualiti.

Apabila Perkara diatas tercerna

1.Menerima 3 jenis balasan ;
- Mendapat balasan dalam bentuk material.
- Mendapat balasan dalam bentuk kepuasan.
- Mendapat pahala di akhirat kelak.

2.Ia akan dirangsang dengan kuat untuk bekerja.

3.Ia akan menjadi seorang yang proaktif , berdisiplin dan boleh dipercayai.

4.Ia akan selalu berwaspada untuk mengelakkan diri dari sebarang kemungkaran termasuk perkara yang tidak bermoral.

5.Ia akan menjadi pekerja yang berprestasi tinggi.


KEPENTINGAN DALAM MENJADIKAN KERJA SEBAGAI IBADAH

1.Niat Ikhlas Kerana Allah

Ia akan mengangkat manusia kepada kemuncak ketinggian dan kemuliaan insan. Ikhlas juga akan menghasilkan kemenangan dan kejayaan, membawa kedamaian dan kesejahteraan serta terhindar dari sifat riya’ demi mengharapkan redha Allah.

2.al-Sidq (Benar)

Ia akan menjamin dalam mengembalikan hak-hak kepada yang berhak, memperkukuh ikatan antara masyarakat tidak kira seorang alim, pemimpin, hakim, pegawai, peniaga, lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau dewasa.

3.Amanah

Orang yang amanah akan mendapat kepercayaan orang ramai sebaliknya orang khianat menjadi tumpuan kemarahan dan kehinaan. Ia merupakan asas kepada ketahanan umat, kestabilan negara, dan roh kepada keadilan.

4.Fatanah (Bijaksana)

Bijaksana dalam melaksanakan sesuatu kerja dengan menghindari perkara-perkara yang boleh mendatangkan ketidakpuasan, mengagihkan kerja mengikut keupayaan seseorang, menyampaikan arahan serta memelihara aib saudara seIslamnya yang lain.
f
PERANAN PDRM SEPERTIMANA YANG TERMAKTUB DI DALAM AKTA POLIS 1967 SEKSYEN 3(3):

*Memelihara undang-undang dan ketenteraman.
*Mengekalkan keamanan dan keselamatan.
*Mencegah dan mengesan jenayah.
*Menangkap dan mendakwa pesalah-pesalah.
*Mengumpulkan risikan keselamatan.


Pekerjaan Polis Dari Kaca Mata Islam

1.Tergolong dalam umat yang terbaik kerana mencegah jenayah (amar maaruf nahi mungkar).

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang baik dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.”
(Ali-Imran : 110)

2.Mengikut Sunnah Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat iaitu dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara dari segala anasir buruk.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim, maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.”
(Hud _113)

Sekilas ..

i.Zaman Khalifah Sayyinda Umar : Demi Menjaga Keamanan & Ketertiban Jabatan Keamanan (Kepolisian) dibentuk.

ii.Zaman Khalifah Sayyidina Uthman : Bidang Keselamatan & Ketenteraan. Beliau telah berjaya Menubuhkan Pasukan Keselamatan di bahagian Laut bagi menjamin keselamatan dan perluasan kuasa

iii.Zaman Kerajaan Bani Umayyah :

- Mengemaskini sistem Ketenteraan & Pasukan Perang Ditubuhkan :
a) Darat ( Berkuda, Berkenderaan, Berjalan Kaki)
b) Laut ( Kapal Perang & pengkalan pasukan laut, berpusat di Tunisia.

iv.Khalifah Malik b. Marwan

- Mewajibkan rakyat menjadi tentera
- Menubuhkan Jabatan Khas
- Lahirnya tokoh yang memberi khidmat yang cemerlang.

v.Zaman Bani Abbasiyyah : Membentuk Jabatan Keamanan (Kepolisian) Negara serta mengawal angkatan bersenjata.

3. Berkorban masa, tenaga dan sebagainya demi keamanan, ketenteraman dan kesejahteraan agama, bangsa seterusnya negara.

Pekerjaan PDRM akan lebih mulia sekiranya :

1. Niat yang betul dan ikhlas.

Contohnya bekerja kerana memenuhi tuntutan fardhu kifayah, menyara keluarga dan disamping mengharapkan redha Allah S.W.T. Bukannya bekerja untuk menjatuhkan @ menindas seseorang, untuk sombong dan sebagainya.

2. Kerja itu halal dan sah menurut syarak.

Mencari kerja yang halal adalah wajib. Bekerja dalam perkara yang mengingkari perintah Allah adalah haram. Contohnya menjual arak, insuran riba dan sebagainya.

3. Pelaksanaan kerja itu betul dan mengikut apa yang dilandaskan Islam.

Iaitu mengamalkan nilai Integriti dalam setiap penugasan dan tidak menyeleweng @ melanggar amanah. Contohnya soal tuntutan (claim), waktu bekerja, menutup aurat, tidak menipu, tidak menerima rasuah dan lain-lain.

4. Natijah yang baik.

Ertinya hasil pendapatan disalurkan ke jalan yang baik. Keluarga jangan diabai, zakat ditunaikan serta rajin bersedekah.

5. Tidak mengabaikan ibadah asas.

Contohnya, solat 5 waktu, puasa dan sebagainya.

Kesimpulan

Sebagai hamba Allah S.W.T, amat penting untuk kita menyedari dan memastikan segala pekerjaan yang kita lakukan tidak lain dan tidak bukan, hanya semata-mata kerana Allah S.W.T.

Tidak terlintas di dalam hati untuk mengharapkan pujian, pangkat dan harta tetapi apabila dikurniakan Allah lantaran ikhlas dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan, anggaplah ia merupakan kurniaan Allah yang menghargai hambaNya yang ikhlas sepanjang perjalanan hidupnya dalam menjunjung apa yang diperintahkanNya dan meninggalkan apa yang dilarangNya.

SEKIAN.

Labels:

posted by faQirilallah @ 11/07/2010 08:48:00 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
Powered by
ade cerita ttg aku

A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari
Location : Malaya
Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah
Toriq : Asy-Syaazuliyyah
Status : Ummu Haura' Muhammad
Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya


Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, Yang Pertama.. Tanpa Ada Yang Mengawali, Yang Terakhir.. Tanpa Ada Yang Mengakhiri, Yang Tak Terlihat.. Oleh Pandangan Orang Yang Memandang, Yang Tak Tergambarkan.. Oleh Bayangan Orangg Yang Membayangkan, KAU Ciptakan Makhluk.. Dengan KekuasaanMU, KAU Ciptakan Segala Sesuatu.. Dengan KehendakMU, Segala Puji Ya ALLAH, Yang Memberi Kami Kemampuan.. Untuk Mensyukuri NikmatMu, Yang Membuka Bagi Kami.. Pintu-Pintu Ilmu KeilahianMu, Segala Puji Ya ALLAH, Dengan Segenap Pujian Yang Dikumandangkan.. Para Malaikat.. Dan Sekalian Makhluk Yang Dimuliakan, Segala Puji BagiMU, Atas Nikmat Yang KAU Berikan.. Kepada Kami.. Hamba-HambaMU.. Yang Telah Mendahului.. Mahupun Yang Akan Datang Kemudian, Pujian Kami Aturkan kepada MU.. Sebagai Penghubung Untuk MentaatiMU.. Dan Meminta Ampunan, Sebagai Penyebab Memperoleh Redho.. Pengantar Jalan..Menuju Syurga Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, KAU Ciptakan Kami Sebagai Hamba, Dan Sebagai Umat Nabi Muhammad.. KekasihMU. ______________ __________________ _____________________

Previous Post
Archives

HotLink's
Semasa
Club's
Rakyat A.K.A Kerajaan
Blogger's Clan'z


Muaaahh Islam

Komuniti Blogger Azhari

BLOGGER

© 2005 Aboo Haura' Hidayatullah Al-Azhari Blogspot Template by Isnaini Dot Com