"اَلَلَّهُمَّ صَلِّ صَلاَةً كاَمِلَةً ، وَسَلِّمْ سَلاَماً تاَماً عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ الَذِيْ تَنْحَلُّ بِهِ العُقَدُ ، وَتَنْفَرِجُ بِِهِ الكُرَابُ ، وَتُقْضَى بِهِ الحَوَائِجُ ، وَتُنَالُ بِهِ الرَغَائِبُ وَحُسْنُ الخَوَاتِيْمِ ، وَيُسْتَسْقَىْ الغَمَامُ بِوَجْهِهِ الكَرِيْمِ ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِى كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَّسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُومٍ لَكَ" ...PenaKu Merah KertasKu Putih Dan Aku Akan Terus Menulis... "بسم الله الرحمن الرحيم "
Agen
REBUT 5 SEBELUM 5
Secotet Kalam
إِقْـرَاء خـَيْرُ مَا تَجِدْ ، أُكْتـُبْ خَـيْرُ مَا تَقْرَاء ، إِحْفَـظْ خَـيْرُ مَا تَكْتُبْ
\\\ ___( ", )___ ///
Orang Berfikiran TINGGI Gemar Bicara tentang ILMU
Orang Berfikiran SEDERHANA Gemar Bicara tentang PERISTIWA
Orang Berfikiran RENDAH Gemar Bicara tentang ORANG LAIN
Orang Berfikiran CETEK Gemar Bicara tentang DIRI SENDIRI
\\\ ___( ," )___ ///
Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah


Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.."

Egypt
MyMalaysia
Meninggalkan Solat Meruntuhkan Agama

Chit Chat


Shoutbox

Free Hit Counters


Jangan Lupa Mengingati Allah

Akhbar Online

Wanita Diciptakan Untuk Menemai Lelaki
May 22, 2010
AsSalamu 'alaikum wa rahmatullah,

Segala puji bagi Allah Ta'ala, Selawat dan salam ku persembahkan utk Baginda S.A.W.

Post kali ini, sy nak kongsikan satu tajuk dan perbahasannya yang baru sy baca beberapa minggu yang lalu.. Bagi sy ianya menarik, dan membuatkan sy terfikir akan sesuatu. So para sahabat juga mesti membacanya seterusnya cuba fikirkan hikmah yg tersurat dan tersirat di sebalik artikel kali ini.

Maka tertulislah di dalam sebuah buku yang bertajuk " ليلة الزفاف " yang bermaksud "Indahnya Malam Pengantin" akan sebuah tajuk :

"WANITA DICIPTAKAN UNTUK LELAKI"

Sebagai kemuliaan daripada Allah S.W.T untuk Nabi Adam alaihis salam dan untuk menemani kesunyiannya maka Allah S.W.T ciptakan untuknya Saidatina Hawa yang berasal dari bahagian jasadnya, dialah salah satu tulang rusuknya, Allah S.W.T berfirman yang ertinya :
"Dialah (Allah S.W.T) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu, dan ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (dari suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain." (Ar-Rum : 21)

Diriwayatkan, ketika Saiyyidina Adam alaihis salam tinggal di dalam syurga ia berjalan-jalan di dalamnya, ia berasa sepi kerana tiada pasangan yang menemaninya, kemudian ia tidur dan ketika bangun tiba-tiba ada seorang perempuan sedang duduk dekat kepalanya yang diciptakan Allah S.W.T untuknya dari tulang rusuknya,
lalu Sayyidina Adam alaihis salam bertanya : siapakah engkau?
Dia menjawab : wanita,
lalu Sayyidina Adam alaihis salam bertanya : Kenapa engkau diciptakan?
Dia menjawab , agar engkau tenang bersamaku, l
alu para malaikat yang mengetahui bahawa Sayyidina Adam alaihis salam sangat tinggi ilmunya, bertanya kepadanya : siapakah namanya Ya Adam?
Ia menjawab: Hawa.
Mereka bertanya, kenapa engkau memberi nama dengan Hawa?
Ia Menjawab, kerana ia diciptakan daripada hidupku!

Maka Allah S.W.T berfirman yang ertinya : "Wahai Adam ! Tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga, .." (Al-BAqarah : 35)

Dan telah ditetapkan dalam Sahihain (riwayat Imam Bukhori dan Imam Muslim) daripada Rasulullahi sallallahu alaihi wa sallam bahawa baginda bersabda yang bermaksud :
"Sesungguhnya wanita diciptakan daripada tulang rusuk dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas."

Dan lihatlah wahai puteriku, ungkapan Al-Quran yang maksunya :
Dan kami katakan : "Wahai Adam ! Tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga, .." (Al-BAqarah : 35)

Maka seruan untuk Sayyidina Adam alaihis salam adalah asal sedangkan ungkapan tentang Sayyidatina Hawa dengan menyembunyikan namanya kerana penyebutannya tidak penting sebab dia mengikut kepada Sayyidina Adam alaihis salam diungkapkan hanya sebagai isteri kerana sejak awal mula dia diciptakan untuk menjadi seorang isteri, dan inilah peranannya yang merupakan tujuan penciptaannya.

Dalam pandangan filasafat Socrates (Ahli Philosopy) yang bijaksana menganggapnya sebagai hidayah paling indah yang Allah S.W.T berikan kepada manusia.

________Tamat Tajuk Wanita Diciptakan Untuk Menemai Lelaki________________

Moral Of The Story ::

Fikir-fikirkanlah sendiri.. hehehe

Labels:

posted by faQirilallah @ 5/22/2010 07:47:00 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
Powered by
ade cerita ttg aku

A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari
Location : Malaya
Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah
Toriq : Asy-Syaazuliyyah
Status : Ummu Haura' Muhammad
Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya


Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, Yang Pertama.. Tanpa Ada Yang Mengawali, Yang Terakhir.. Tanpa Ada Yang Mengakhiri, Yang Tak Terlihat.. Oleh Pandangan Orang Yang Memandang, Yang Tak Tergambarkan.. Oleh Bayangan Orangg Yang Membayangkan, KAU Ciptakan Makhluk.. Dengan KekuasaanMU, KAU Ciptakan Segala Sesuatu.. Dengan KehendakMU, Segala Puji Ya ALLAH, Yang Memberi Kami Kemampuan.. Untuk Mensyukuri NikmatMu, Yang Membuka Bagi Kami.. Pintu-Pintu Ilmu KeilahianMu, Segala Puji Ya ALLAH, Dengan Segenap Pujian Yang Dikumandangkan.. Para Malaikat.. Dan Sekalian Makhluk Yang Dimuliakan, Segala Puji BagiMU, Atas Nikmat Yang KAU Berikan.. Kepada Kami.. Hamba-HambaMU.. Yang Telah Mendahului.. Mahupun Yang Akan Datang Kemudian, Pujian Kami Aturkan kepada MU.. Sebagai Penghubung Untuk MentaatiMU.. Dan Meminta Ampunan, Sebagai Penyebab Memperoleh Redho.. Pengantar Jalan..Menuju Syurga Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, KAU Ciptakan Kami Sebagai Hamba, Dan Sebagai Umat Nabi Muhammad.. KekasihMU. ______________ __________________ _____________________

Previous Post
Archives

HotLink's
Semasa
Club's
Rakyat A.K.A Kerajaan
Blogger's Clan'z


Muaaahh Islam

Komuniti Blogger Azhari

BLOGGER

© 2005 Aboo Haura' Hidayatullah Al-Azhari Blogspot Template by Isnaini Dot Com