"اَلَلَّهُمَّ صَلِّ صَلاَةً كاَمِلَةً ، وَسَلِّمْ سَلاَماً تاَماً عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ الَذِيْ تَنْحَلُّ بِهِ العُقَدُ ، وَتَنْفَرِجُ بِِهِ الكُرَابُ ، وَتُقْضَى بِهِ الحَوَائِجُ ، وَتُنَالُ بِهِ الرَغَائِبُ وَحُسْنُ الخَوَاتِيْمِ ، وَيُسْتَسْقَىْ الغَمَامُ بِوَجْهِهِ الكَرِيْمِ ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِى كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَّسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُومٍ لَكَ" ...PenaKu Merah KertasKu Putih Dan Aku Akan Terus Menulis... "بسم الله الرحمن الرحيم "
Agen
REBUT 5 SEBELUM 5
Secotet Kalam
إِقْـرَاء خـَيْرُ مَا تَجِدْ ، أُكْتـُبْ خَـيْرُ مَا تَقْرَاء ، إِحْفَـظْ خَـيْرُ مَا تَكْتُبْ
\\\ ___( ", )___ ///
Orang Berfikiran TINGGI Gemar Bicara tentang ILMU
Orang Berfikiran SEDERHANA Gemar Bicara tentang PERISTIWA
Orang Berfikiran RENDAH Gemar Bicara tentang ORANG LAIN
Orang Berfikiran CETEK Gemar Bicara tentang DIRI SENDIRI
\\\ ___( ," )___ ///
Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah


Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.."

Egypt
MyMalaysia
Meninggalkan Solat Meruntuhkan Agama

Chit Chat


Shoutbox

Free Hit Counters


Jangan Lupa Mengingati Allah

Akhbar Online

Ahlan ya Sya'ban wa insyaAllah sanaltaqi Ramadan
Jul 20, 2010
Assalamu'alaikum warahmatullah,

Alhamdulillah, bersyukur kpd Allah kerana memberi peluang utk sy menulis artikel utk kesekian kalinya.. Walaupun kesibukan di tempat kerja yg begitu asing buat sy begitu juga kawasan bertugasnya juga asing utk sy, namun Allah dengan mencurahkan Rahmat dan Rahimnya keatas sy dengan membukakan hati2 rakan sekerja utk
menerima baik dan membantu dlm sgl urusan. Ucapan Syukur Alhamdulillah dan Selawat serta Salam keatas Kekasihnya.

Sebelum sy meneruskan kalam perbicaraan ini, ingin sy mengucapkan "Ahlan ya Sya'ban" Selamat datang wahai bulan Sya'aban. Bulan yang mana disebaliknya tersimpan bermacam2 rahsia Allah.

Jadi, Perbicaraan utk kali ini berkisar ttg
bulan Sya'ban. Bulan yang mana ianya banyak kali disebut dalam Sabda2 Rasulullah S.A.W. Dan Baginda S.A.W juga mengumpamakan kelebihan bulan ini dengan bulan2 yang lainnya umpama kelebihan Baginda Muhammad S.A.W berbanding Nabi-nabi yang terdahulu.

Sabda Rasulullah S.A.W :
Maksudnya : "Keutamaan bulan Sya'ban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaanku ke atas para nabi, manakala keutamaan bulan Ramadhan ke atas semua bulan yang lain seperti keutamaan Allah S.W.T ke atas hamba-hambaNya."

Rasulullah S.A.W bersabda lagi yang bermaksud :
"Barangsiapa yang mengagungkan bulan Sya'ban, bertaqwa kepada Allah S.W.T, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat @ derhaka kepadaNya, maka Allah S.W.T mengampunkan semua dosanya dan menyelamatkannya dalam satu tahun dari segala macam bencana dan penyakit."

Sabda Nabi S.A.W lagi yang bermaksud :
Syaaban adalah bulan ku dan Ramadhan adalah bulan umat ku.Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani

Sabda Nabi S.A.W lagi yang maksudnya :
"Bahawa puasa Syaaban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa,maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya baginya antara lain."
Pada riyawat yang lain : "Bahawa Allah Taala bukakan pada bulan itu 300 pintu rahmat."

Jadi dari hadith-hadith Baginda S.A.W di atas dapat kita rumuskan bahawa Allah sentiasa memberi peluang kepada Hamba2nya utk menuju jalan keredhaanNya dan menghapuskan segala dosa2 yang telah dilakukan andai kita menghargai dan mengagungkan bulan Sya'ban ini. Inilah Kasih dan Sayangnya Allah S.W.T kepada hamba-hambanya..

Berikut adalah di antara peristiwa2 besar yang berlaku di dalam bulan Sya'ban :
1. Penukaran arah Qiblat dari masjid al-Aqsa ke Masjid al-Haram.

2. Peperangan Bani Mustalik yang mana kemenangannya berpihak kepada Islam dan memberi impak yang cukup besar dalam mengembangkan Islam.

3. Peperangan badar yang terakhir. Yang mana Abu Sufyan telah mengarahkan pasukannya iaitu musuh Islam, berpatah balik kerana beralasan musim kemarau kurang elok untuk berperang,

4. Malam nisfu Sya'ban ( 14 Sya'ban). Yang mana pada siang nisfu sya'ban itu eloklah berpuasa dan pada malamnya pula tersebut hendakalah kita menghidupkan malamnya dengan ibadah2.

Selain dari berpuasa, amalan2 yang sunat dilakukan ialah :

* Solat Sunat Nisfu Sya'ban 2 rakaat setelah selesai solat maghrib.

* Bacaan Yasin sebanyak 3 kali yang berlainan niatnya selepas magrib

* Perbanyakkan Istighfar dan taubat dari segala dosa, dan memohon keampunan utk kedua ibu bapa serta keluarga.

* membaca Al-Quran, bertasbih, bertahmid, berzikir, bersolawat dan melakukan solat2.

Kenapa perlu beribadah dengan sedekian rupa??

Pertamanya :
Utk mencari keredhaan Allah S.W.T

Keduanya :
membuktikan bahawa sebagai seorang hamba yang beriman kepada Rasul, sesekali tidak ragu dengan Kalam @ Sabda Baginda S.A.W.

Ketiga :
Di dalam kitab Durratun Nasihin dinyatakan Hadith S.A.W yang bermaksud :
" Jibrail telah datang kepadaku pada malam Nisfu Sya'ban dan berkata : 'Wahai Muhammad, pada Malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat sedang dibuka, oleh itu bangunlah dan kerjakanlah sembahyang, kemudian angkat kepalamu serta kedua-dua tanganmu ke langit.'
Aku (Rasulullah S.A.W) bertanya : 'Wahai Jibrail, apakah gerangan malam ini?'
Jibrail Menjawab : ' Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah S.W.T mengampun semua orang yang tidak menyekutukanNya dengan sesuatu melainkan (yang tidak diampuni) ialah tukang sihir, tukang tilik ( tenung nasib), orang yang sangat suka bermusuhan, peminum arak, pelacur, orang yang makan riba, orang yang derhaka kepada ibu bapa, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan silaturrahim. Maka sesungguhnya meraka tidak akan diampun sehingga mereka mahu bertaubat dan meninggalkan pekerjaan maksiatnya."

Moralnya :

1. Hargailah peluang yang Allah S.W.T berikan kepada kita.

2. Andai terdapat musibah yang melanda keatas diri kita walaupun kita telah berbuat taat dan meninggalkan maksiat, jgn la kita bersangka buruk dengan Allah S.W.T tetapi hendaklah menyangka @ menerima bahawa ia adalah ujian @ sebagai Kafarah iaitu penebus dosa2 yang pernah kita lakukan.

3. Setiap bulan2 Islam ada kelebihan dan rahsia disebaliknya, maka jgnlah terlalu mengambil mudah berkenaan bulan2 Islam.

Sekian Wallahu 'alam.

Rujukan.
- Panduan Lengkap Kehidupan Muslim_ Haji Nik Azran Muhamed & Warniah Wan Abd Razak.
- Tripod.com

Labels:

posted by faQirilallah @ 7/20/2010 10:39:00 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
Powered by
ade cerita ttg aku

A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari
Location : Malaya
Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah
Toriq : Asy-Syaazuliyyah
Status : Ummu Haura' Muhammad
Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya


Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, Yang Pertama.. Tanpa Ada Yang Mengawali, Yang Terakhir.. Tanpa Ada Yang Mengakhiri, Yang Tak Terlihat.. Oleh Pandangan Orang Yang Memandang, Yang Tak Tergambarkan.. Oleh Bayangan Orangg Yang Membayangkan, KAU Ciptakan Makhluk.. Dengan KekuasaanMU, KAU Ciptakan Segala Sesuatu.. Dengan KehendakMU, Segala Puji Ya ALLAH, Yang Memberi Kami Kemampuan.. Untuk Mensyukuri NikmatMu, Yang Membuka Bagi Kami.. Pintu-Pintu Ilmu KeilahianMu, Segala Puji Ya ALLAH, Dengan Segenap Pujian Yang Dikumandangkan.. Para Malaikat.. Dan Sekalian Makhluk Yang Dimuliakan, Segala Puji BagiMU, Atas Nikmat Yang KAU Berikan.. Kepada Kami.. Hamba-HambaMU.. Yang Telah Mendahului.. Mahupun Yang Akan Datang Kemudian, Pujian Kami Aturkan kepada MU.. Sebagai Penghubung Untuk MentaatiMU.. Dan Meminta Ampunan, Sebagai Penyebab Memperoleh Redho.. Pengantar Jalan..Menuju Syurga Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, KAU Ciptakan Kami Sebagai Hamba, Dan Sebagai Umat Nabi Muhammad.. KekasihMU. ______________ __________________ _____________________

Previous Post
Archives

HotLink's
Semasa
Club's
Rakyat A.K.A Kerajaan
Blogger's Clan'z


Muaaahh Islam

Komuniti Blogger Azhari

BLOGGER

© 2005 Aboo Haura' Hidayatullah Al-Azhari Blogspot Template by Isnaini Dot Com