AsSalamu 'alaykum wa Rahmatullahi wa Barakaatuhu..
Rabu, 22 Oktober 2010.
Opis Time, Sy terbaca di paper Kosmo(sila klik), bumi dijangka akan berlaku huru-hara disebabkan fenomena yg berlaku di Planet Matahari. Fenomena yang bakal berlaku ini berkemungkinan akan mengganggu-gugat sistem satelit , bekalan elektrik dan segala perkara yang berkaitan dengan kuasa elektronik. Sekiranya hal ini benar-benar terjadi, maka bumi khususnya akan mengalami huru-hara secara tidak langsung menyebabkan ekonomi dunia jatuh pada tahap yg kritikal.
Mengikut logika pemikiran manusia, sekira sistem satelit terganggu, bekalan elektrik terputus selama beberapa bulan maka sudah pasti pengurusan-pengurusan penting negera-negara, sistem-sistem komunikasi, perbankan-perbankan dan lain-lain tidak dapat beroperasi dan kesan buruklah yang akan terzahir.
Namun Sejauhmana kebenarannya??
Samaada berlaku @ tidak, bagi seorang yang beriman kepada Allah dan Rasulnya, yg menjadikan dunia sebagai mengharap redha Allah sebelum pulang ke negeri abadi, sudah pastinya tenang dan hanya mengambil iktibar dari apa yang dikaji oleh saintis-saintis barat ini. Inilah untungnya menjadi insan yang mempercayai dengan sungguh-sungguh apa yg termaktub di dalam al-Quran dan Hadis Baginda S.A.W.
Dan bagi mereka yang menjadikan dunia sebagai tempat mengejar kekayaan dan mencari kesenangan serta kemewahan, tentulah mereka akan gusar dan susah hati dengan fenomena yang bakal berlaku.
Inilah hakikatnya, Marilah kita fikir sama-sama, sekiranya fenomena ini berlaku dan ekonomi dunia tergugat, segala sistem pengurusan mengalami masalah, dimanakah matlamat dunia terutamanya harta benda yang selama ini kita kejar??
Dari satu sudut iaitu perbankan. Sekiranya bekalan elektrik terputus selama beberapa bulan @ lebih dan ekonomi seluruh dunia tergugat, dimanakah nilai mata wang yang mahu kita sandarkan?? bagaimana kita mahu nilaikan mata wang negara turun @ naik?? yang pasti tentulah turun.. Jadi apakah agaknya keadaan wang yang kita simpan di bank-bank.. adakah ianya masih bernilai?? Adakah Ringgit Malaysia yang bernilai RM 10 boleh digunakan untuk membeli sekilo dua beras untuk kita meneruskan kehidupan??
Tatkala terfikir mengenai mata wang, mata wang apakah yang bernilai dikala fenomena ini melanda dunia??
Disini, teringat saya akan Hadis Baginda S.A.W,
Dari Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : (Maksudnya) " Akan tiba suatu zaman dimana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar dan Dirham". ( Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal ) Bilakah zaman yang dimaksudkan oleh Baginda S.A.W ini tiadalah kita ketahui, tetapi tanda-tanda untuk sampai ke zaman ini telah banyak dizahirkan oleh Allah Ta'ala kerana mengasihi hambanya.
Dikesempatan ini, sy menyeru diri sy sendiri dan sahabat-sahabat supaya perbanyakkan berfikir terutamanya mengenai alamat-alamat yang telah ,sedang dan akan berlaku supaya kita tidak tergolong di kalangan mereka-mereka yang rugi lagi merugikan. Bukankan Rabbul Jalil juga berfirman di dalam al-Quran supaya umat manusia perlu banyak berfikir mengenai tanda-tanda kekuasaanNya yang Maha Hebat?!
Setiap perkara yang berlaku, sudah pasti ada perkara yang tersirat disebaliknya.
A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari Location : Malaya Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah Toriq : Asy-Syaazuliyyah Status : Ummu Haura' Muhammad Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya
gulp!