Sebentar tadi faQir telah berborak dgn seseorang.. berkisarkan topik kahwin ketika umur muda @ dengan kata seertinya kahwin ketika masih belajar. So berdasarkan perbualan tadi, maka terfikirlah dikotak fikiran faQir utk memuat-turunkan isi-isi perbualan tersebut ke dalam post lagi ini.. Dan pelbagai tokok-tambah dimasukkan demi membuka minda diri faQir sendiri juga para pembaca yang cemerlang sekalian bagi mendepani topik ini dengan minda yang terbuka..
(hehehe.. utk makluman faQir skrg ini sedang berkursus "kursus Pengucapan Awam dan Pidato Berkesan" di ILIM.. That's ayat2 yang telah dan bakal mendatang mungkin agak bombastik @ pape la)
Jadi menelurusuri tajuk "Kahwin Muda Vs Couple, Suatu Perbandingan" faQir cuba untuk mengupas sejauhmana pemahaman dan persetujuan kita terhadap perkara ini.
Sebelum faQir mengupas tajuk ini, terlebih dahulu faQir membuat beberapa kajian soal selidik demi memastikan supaya tidak tersalah langkah atau sebagainya. Jadi berdasarkan soal selidik itu, dapatlah dipastikan bahawa ramai yang menyatakan "Couple" adalah perkara yang menyusahkan berbanding "Kahwin Muda @ Kahwin ketika study". Ini bermaksud ramai yang bersetuju kahwin muda @ kahwin ketika belajar.
Hakikatnya, jawapan sebegini MUNGKIN ada yang lakonan semata. Ini kerana : 1. Mengakui kahwin muda adalah jalan terbaik tetapi masih risau tidak punya "makwe" @ "pakwe".
2. Mengakui couple adalah menyusahkan tetapi masih risau gundah gulana kalau "pakwe" @ "makwe" tidak call @ msg.
3. Takut & tidak bersedia untuk berkahwin di masa muda @ masih study.
4. Menggunakan alasan tidak mahu ada tanggungjawab berkaitan rumah-tangga lagi.
5. Alasan sumber keewangan. Dan lain-lain.
---------------------------------
KAHWIN MUDA ATAU KAHWIN KETIKA MASIH BELAJAR,SUATU PERBANDINGAN
Muqaddimah
Mendepani corak kehidupan 2011 yang penuh fitnah ini, pelbagai fenomena kehancuran yang dirangcang oleh tentera-tentera dajjal kian menampakkan hasilnya. Penerapan budaya barat dalam kehidupan muda mudi malah golongan dewasa juga remaja kian meruncing. Semuanya berkonsepkan hiburan yang diagungkan semata-mata.
Antara fenomena gejala sosial yang populor @ top 5 di kalangan umat Melayu Islam kita ialah "Apabila Baju Kurung bertemu Baju Melayu" maka terciptalah "Ku Layu". Sudah lumrah kehidupan setiap manusia memerlukan pasangan hidupnya demi berkasih sayang dan berkongsi suka duka. Tetapi mejoriti muda mudi, remaja juga dewasa, menjalinkan hubungan kasih sayang, suka duka ini tanpa mengikut apa yang digariskan oleh Islam. Maka yang berlaku adalah perkara yang telah berlaku iaitu seks bebas, sumbang mahram, pencabulan, rogol, pelacuran dan seumpamanya.
Zaman telah maju kehadapan dengan globalisasinya, teknologi kian menjangkau kotak pemikiran dengan mikrochipnya yang mampu mengubah dunia. Adakah gaya hidup dan minda pengetahuan masyarakat terumatanya kanak-kanak dan remaja tertinggal di zaman 60an? Sudah tentu tidak!! Gaya pemikiran mereka berjalan seiring dengan kemajuan, malah lebih cepat kehadapan. Mereka tidak jahil lagi dengan perkara-perkara yang sulit walaupun usia mereka masih muda.
Bagi menangani fenomena minda keteknologian hiburan melampau ini, Islam terlebih dahulu tampil bagi merungkai segala permasalah ini. Seharus kita selaku Muslim merealisasi dan menghayati Islam dalam kehidupan. Mutakhir ini, mejoritinya Muslim yang berilmu cuma pengamalan dan penghayatannya masih dalam peringkatan bertatih. Inilah yang mendukacitakan dan akhirnya menyebabkan fenomena-fenomena keruntuhan akhlak dan sosial bertambah parah. Remaja-remaja kian dilihat berpacaran tidak kira di mana, anak-anak gadis pula sudah hilang sifat malunya. Pergaulan bebas memang tidak lagi mampu untuk dibendung. Maka di sini perlunya peranan ibubapa untuk kembali menyelesaikan permasalahan ini disamping usaha-usaha yang sedang giat dilakukan oleh pihak-pihak berwajib. Sabda Rasulullah S.A.W :
" ثلاثة يا على لا تؤخرهن : الصلاة إذا أتت , والجنازة إذا حضرت , ولأيم إذا وجدت كفؤا "
Maksudnya : "Wahai Ali, ada tiga perkara janganlah di lewat-lewatkan. Yang pertama : Solat apabila telah masuk waktunya, yang kedua : Jenazah apabila telah hadir dan yang ketiga : anak dara apabila telah ada orang sekufu dengannya”. (klik utk maklumat tambahan)
Dari Hatim Al-Asam: 'Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada lima tempat', maka ia turut termasuk dalam sunnah Rasulullah S.A.W:
"1. Apabila rumahmu dikunjungi oleh para tetamu, wajiblah kamu sebagai tuan rumah untuk memberi mereka makan.
2. Apabila ada berita kematian atau seseorang meninggal dunia, wajiblah bagi kamu untuk menyiapkan perkuburan bagi mayat tersebut.
3. Apabila seseorang anak gadismu telah cukup umur dan matang, wajiblah bagi kamu untuk mengahwinkannya.
4. Apabila kamu berhutang dengan sesiapa yakni Allah S.W.T sekalipun, wajiblah bagi kamu untuk membayarnya kembali tatkala sampai masanya.
5. Apabila pelbagai kesalahan dan dosa telah dilakukan kepada Allah S.W.T, wajiblah bagi dirimu untuk segera bertaubat dan memohon keampunan daripada-Nya."
Sabda Rasulullah s.a.w (maksud): “Jika datang kepada kamu pinangan daripada seseorang lelaki yang kamu redha terhadapnya agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi.”
-------------------------------
PERBANDINGAN KAHWIN MUDA @ SEMASA BELAJAR & COUPLE
KAHWIN MUDA @ SEMASA BELAJAR
1. Mengikut Fitrah serta Sunnah
2. Menyempurnakan sebahagian agama ketika umur muda.
3. Hidup lebih diberkati.
4. Dapat menyelamatkan diri dari kemurkaan Allah iaitu terhindar dari maksiat zina. 5. Jiwa muda yang membakar dan perasaan sayang menyayang dapat disalurkan pada tempat yang betul malah meraih pahala dan redha Allah.
6. Ibubapa selamat dari murka Allah S.W.T disebabkan telah menjauhkan anak-anaknya dari fitnah zina.
7. Masalah hati yang ingin disayangi @ menyayangi tidak lagi menjadi persoalan.
8. Individu itu dapat berkongsi suka duka dan melayari kehidupan bersama.
Dan sebagainya.
Couple pula,
1. Lari dari fitrah, malah melanggar sunnah.
2. Menjatuhkan nama baik agama.
3. Mendapat murka Allah serta dipandang jelek oleh masyarakat.
4. Menghampiri dan membawa kepada maksiat zina.
5. Perasaan sayang menyayang yang bukan pada tempatnya.
6. Ibubapa menanggung dosa kerana tidak dapat melarang @ mengubah fenomena ini.
7. Hati sentiasa bermasalah, memikirkan pasangannya yang berjauhan walaupun baru berpisah sehari dua.
8. Tidak boleh hidup bersama, malah sebarang perbelanjaan yang dikeluarkan untuk pasangannya adalah bukan pada haknya (Salah).
Dan banyak lagi.
Maka pilihan ditangan anda wahai remaja, wahai ibubapa.. Buka mata lihatlah fenomena-fenomena keruntuhan akhlak sedang membadai di luar sana. Kita perlu menghindarinya, dari mengubatinya.
Seharusnya perkahwinan semasa belajar @ di usia muda ini mempunyai cabaran-cabaran dan permasalah. Namun ianya adalah lebih baik dari permasalahan yang timbul atas perkara yang haram. Permasalah Kahwin ketika belajar ini, cabaran utamanya adalah ekonomi. Salah satu daripada rungkaian permasalah ini, saya lebih setuju dengan cadangan ini :
" Jika pasangan yang berkahwin itu kedua2 masih belajar, maka segala perbelanjaan ditanggung oleh keluarga masing-masing, ini kerana tanggungjawab memberi pendidikan diperingkat awal adalah ibubapa. Dan setelah mereka menamatkan alam belajar maka mereka perlulah menanggung dan menguruskan keluarga yang dibina itu sendiri.
Jika pasangan salah seorangnya masih belajar, maka disini perlunya tolak ansur daripada pihak keluarga untuk menanggung segala pembelajarannya dan dibantu dan ditampung oleh suaminya. Ataupun sebaliknya."
Perkara sedekian lebih mulia daripada membiarkan anak-anak remaja ini berpacaran pasangan mereka yang tidak sah menurut Islam malah mendapat dosa yang berjangkit-jangkit, yang mana mereka membelanja duit yang diberikan oleh keluarga pada perkara yang tidak sepatutnya untuk hubungan terlarang itu seperti membelanja makan, membeli hadiah, menghubungi dan sebagainya.
Sebagai kesimpulan saya datangkan Firman Allah Ta'ala :
Maksudnya : “Dan Sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. mereka Itulah orang-orang yang lalai.”
(Al-A’raf : 179)
Firman Allah S.W.T lagi :
Maksudnya :
"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."
A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari Location : Malaya Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah Toriq : Asy-Syaazuliyyah Status : Ummu Haura' Muhammad Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya
Bro, saya nak kawen tp dana xcukup lagi la... sampai skunk tak kawen2... ccmne?