"اَلَلَّهُمَّ صَلِّ صَلاَةً كاَمِلَةً ، وَسَلِّمْ سَلاَماً تاَماً عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ الَذِيْ تَنْحَلُّ بِهِ العُقَدُ ، وَتَنْفَرِجُ بِِهِ الكُرَابُ ، وَتُقْضَى بِهِ الحَوَائِجُ ، وَتُنَالُ بِهِ الرَغَائِبُ وَحُسْنُ الخَوَاتِيْمِ ، وَيُسْتَسْقَىْ الغَمَامُ بِوَجْهِهِ الكَرِيْمِ ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِى كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَّسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُومٍ لَكَ" ...PenaKu Merah KertasKu Putih Dan Aku Akan Terus Menulis... "بسم الله الرحمن الرحيم "
Agen
REBUT 5 SEBELUM 5
Secotet Kalam
إِقْـرَاء خـَيْرُ مَا تَجِدْ ، أُكْتـُبْ خَـيْرُ مَا تَقْرَاء ، إِحْفَـظْ خَـيْرُ مَا تَكْتُبْ
\\\ ___( ", )___ ///
Orang Berfikiran TINGGI Gemar Bicara tentang ILMU
Orang Berfikiran SEDERHANA Gemar Bicara tentang PERISTIWA
Orang Berfikiran RENDAH Gemar Bicara tentang ORANG LAIN
Orang Berfikiran CETEK Gemar Bicara tentang DIRI SENDIRI
\\\ ___( ," )___ ///
Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah


Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.."

Egypt
MyMalaysia
Meninggalkan Solat Meruntuhkan Agama

Chit Chat


Shoutbox

Free Hit Counters


Jangan Lupa Mengingati Allah

Akhbar Online

Bersyukur, Terima Apa Adanya & Menghargai
Feb 21, 2011
AsSalamu’alaikum wa rahmatullah..

Al-hamdulillah, selawat dan salam khas ke atas Baginda Nabi S.A.W dan ke atas ahli keluarga baginda.

“Selamat Meraikan Hari Kelahiran Baginda Muhammad S.A.W”

Moga dengan kedatangan tarikh yang begitu barakah ini, memberi hikmah kepada kita semua.

Sudah lama kiranya faqir tidak menulis artikel, ini dek byk tanggungjawab lain yang perlu diutamakan ditambah pula penyakit hati yg kian merebak di dalam diri.. almaklumlah bila terlalu byk bicara soal hati.. tp nak buat mcm mana, dah hakikat penciptaan manusia.

Kali ini, faqir cuma mahu mengajak diri sendiri serta sahabat sekiranya ada terbaca artikel ini untuk sama2 kita berfikir, renungkan sejenak tentang beberapa perkara.

Perkara sebegini sudah sering diajukan soalan kepada faqir dan jawapannya hingga kini tetap sama. Hinggalah baru-baru seorang sahabat seorang sahabat menjadi penyebab ditemujodohkan kembali dengan soalan tersebut, maka terdetik hati faqir untuk menghargainya..

“Apakah pemahaman/pendapat/pandangan enta berkenaan dengan Jodoh Pertemuan?

Tersenyum faqir terdengar kalam ini, belum sempat faqir mengeluarkan pendapat, bedilan soalan berikutnya dilepaskan lagi.

“Sekira kita ditemukan dengan sesuatu perkara @ seseorang kemudian berpisah, adakah Allah S.W.T akan menemukan kita dengan yang lebih baik daripadanya?”

Maka faqir menjawab mengikut pandangan & pemahaman yang tersendiri yang dirasakan ianya bersesuaian, tetapi malangnya tiada sebarang dalil penguat kerana ilmu yang terbatas.

Fenomena 1

“ Begini.. Ditakdirkan, tanpa duga kita ditemukan dengan sehelai pakaian yang amat kita selesa, rela, suka dan senang untuk memakainya. Hari demi hari pakaian itu antara yang sinonim dengan kita. Dan tiba-tiba pada suatu hari pakaian tersebut kita memakainya untuk keadaan yang tidak sesuai (Aktivi lasak), dan keadaan tersebut disedari lebih awal tetapi kita mengabaikannya. Dalam aktiviti tersebut pakaian itu koyak/rosak dan menyebabkan kita tidak lagi boleh memakainya. Akhirnya kita tidak lagi memakainya seperti biasa.”

* Persoalannya, adakah kita akan ditemukan baju yang lebih SELESA, RELA, SUKA dan SENANG untuk memakainya? ( Tanya diri sendiri)

Fenomena 2

“Ditakdirkan kita memiliki sebuah kereta/motosikal yang amat diidamkan, yang mana untuk memilikinya memerlukan beberapa cara dengan kesungguhan dan penat lelah. Setelah hari demi hari, bulan demi bulan, tahun ke tahun.. kereta/motosikal itu tiada dijaga dengan sempurna. Termasuk dari segi pemanduan, segi pembersihan, kekemasan luar dan dalam, keselamatan dan sebagainya. Pada suatu hari ia didapati hilang dicuri @ rosak. Maka kita tidak lagi dapat bersama kereta/motosikal yang suatu ketika dahulu pernah diidam2kan.”

*Persoalannya, adakah kita akan ditemukan dengan kereta/motosikal yang lebih baik dari ini, malah dengan cara yang mudah? (Jawapannya ada pada diri sendiri)

Fenomena 3

“Ditakdirkan kita ditawarkan untuk suatu peluang yang boleh menjadikan kita cemerlang dan berjaya untuk masa akan datang. Tetapi kita mengabaikan dan mensia-siakannya. Contoh zaman bergelar pelajar, sewaktu zaman tersebut kita mensia-siakannya dan mengabaikannya pembelajaran. Setelah zaman itu berlalu, maka sudah tentu kita banyak ketinggalan dan mungkin kecundangan dalam pelajaran.”

*Persoalannya adakah akan ada zaman yang lebih baik dari itu untuk kita?? (fikir-fikirkan)

“INILAH YANG DIKATAKAN JODOH”

Setiap pertemuan yang berlaku dalam hidup, perlulah kita hargai dengan ikhlasnya supaya ia tidak terlepas dan pergi meninggalkan kita. Sekiranya ia berlalu, tiada guna tangisan hati penyesalan.

Harta benda, Masa, Teman hidup @ sebarang perkara/peluang.. Sekiranya ia hadir dalam hidup kita, sekiranya dirasakan SELESA, SENANG, SEJUK HATI, TENANG mengikut pandangan mata hati (tanpa kerana keduniaan) @ SETELAH BERUSAHA besungguh-sungguh, maka kenalilah apa yang dikatakan dengan :

BERSYUKUR.. TERIMA APA ADANYA.. MENGHARGAI..

“Sekiranya kita rasa ianya baik, sesuai, selesa dan senang hati bersamanya, sejuk mata melihatnya, bukan kerana nafsu semata.. Maka itu adalah nikmat yang Allah kurniakan yang perlu kita hargai. Sekiranya kita abaikannya malah mengharapkan kita akan ditemukan dengan yang lebih baik dari itu @ mengharapkan sebuah miracle. Maka mungkin.. mungkin kita akan tergolong dalam orang yang tidak menghargai nikmat Allah @ dengan kata lainnya kufur nikmat.”

Segala yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan apa yang buruk/kurang @ tersilap itu atas kelemahan diri serta kekurangan ilmu faqir sendiri, hakikatnya tetap dari Allah jua. Mohon Maaf sekiranya ada silap dan salah. Wallahu ‘alam.

Labels:

posted by faQirilallah @ 2/21/2011 07:30:00 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
Powered by
ade cerita ttg aku

A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari
Location : Malaya
Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah
Toriq : Asy-Syaazuliyyah
Status : Ummu Haura' Muhammad
Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya


Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, Yang Pertama.. Tanpa Ada Yang Mengawali, Yang Terakhir.. Tanpa Ada Yang Mengakhiri, Yang Tak Terlihat.. Oleh Pandangan Orang Yang Memandang, Yang Tak Tergambarkan.. Oleh Bayangan Orangg Yang Membayangkan, KAU Ciptakan Makhluk.. Dengan KekuasaanMU, KAU Ciptakan Segala Sesuatu.. Dengan KehendakMU, Segala Puji Ya ALLAH, Yang Memberi Kami Kemampuan.. Untuk Mensyukuri NikmatMu, Yang Membuka Bagi Kami.. Pintu-Pintu Ilmu KeilahianMu, Segala Puji Ya ALLAH, Dengan Segenap Pujian Yang Dikumandangkan.. Para Malaikat.. Dan Sekalian Makhluk Yang Dimuliakan, Segala Puji BagiMU, Atas Nikmat Yang KAU Berikan.. Kepada Kami.. Hamba-HambaMU.. Yang Telah Mendahului.. Mahupun Yang Akan Datang Kemudian, Pujian Kami Aturkan kepada MU.. Sebagai Penghubung Untuk MentaatiMU.. Dan Meminta Ampunan, Sebagai Penyebab Memperoleh Redho.. Pengantar Jalan..Menuju Syurga Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, KAU Ciptakan Kami Sebagai Hamba, Dan Sebagai Umat Nabi Muhammad.. KekasihMU. ______________ __________________ _____________________

Previous Post
Archives

HotLink's
Semasa
Club's
Rakyat A.K.A Kerajaan
Blogger's Clan'z


Muaaahh Islam

Komuniti Blogger Azhari

BLOGGER

© 2005 Aboo Haura' Hidayatullah Al-Azhari Blogspot Template by Isnaini Dot Com