AlHamdulillah, gembira dan lapang rasa
hati setelah dapat duduk di dalam majlis ilmu Ulama Terulung di abad ini,
Syeikh Al-'Allamah Muhammad Ali As-Sobuni di Surau An-Nur B.B. Bangi
Semalam. Masih terngiang2 suara beliau.. Beliau adalah Ulama kelahiran Syria
yang diusir keluar dr negara kelahirannya.. Kini telah 35 tahun tidak pulang ke
Syria.
Berbicara tentang Syria, teringat seorang
sahabat bertanya kepada faqir tentang fatwa yang diijtihadkan oleh Syeikh
Muhammad Said Ramadhan Al-Buthi berkenaan Bashar Al-Asad.
Sebelum meneruskan perbicaraan, ingin
faqir mengajak sahabat semua agar tidak menghujum terus para Ulama yang
kethiqahan mereka tidak dapat disangsikan, ilmu mereka lebih luas dari kita.
Mereka mempunyai pengetahuan dan pandangan yang lebih mendalam yang
kadang-kadang menjangkau tahap pemikiran kita yang baru berjinak-jinak dengan
ilmu Allah Ta’ala ini. Yang penting kita sentiasa bersangka baik, selebihnya
kita serah kepada Allah Ta’ala.
Saat ini, kita telah dikhabarkan banyak
berita yang menyedihkan menimpa rakyat Syria yang dizalimi pemerintah mereka
sendiri. Namun yang menjadi pertanyaan ramai di kalangan kita, mengapakah
Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al-Buthi mengeluarkan fatwa “rakyat syria TIDAK
BOLEH MENJATUHKAN AL-ASSAD SECARA REVOLUSI” @ dengan maksud lain memilih Bashar
Al-Assad dari Ahbash.
Sebelum kita menghukum @ meletakkan status
atas fatwa ini. Cuva kita kaji balik sejarah Syria berkenaan kedua Pengaruh
Kuat ini.
Memetik petikan dari blog al-hajari.blogspot jom
kita kaji situasi di syria dulu. Syria mempunyai kedudukkan yang agak berbeza
dengan negara arab yang lain, kerana tidak mengiktiraf Israel dan tidak
mengadakan hubungan diplomatik dengannya. Syria juga menjadi pintu keluar bagi
negara Iran yang dikepung, dalam masa yang sama mengizinkan buminya menjadi
pangkalan bagi gerakan Islam Hamas dan Jihad Islami, serta pangkalan bantuan
bagi Hizbullah yang berada di Selatan Lubnan. Hamas dan Jihad Islami bermazhab
Sunni, tidak sama dengan Bashar Assad yang menganut mazhab Alawi. Begitu juga
Republik Islam Iran dan Hizbullah yang bermazhab Syiah Imamiyyah yang
bertentangan juga dengan mazhab yang dianut oleh Bashar dan keluarganya.
Diambil kira juga parti Baath yang menganut ideologi sosialis yang keras
sehingga hampir sama dengan negara komunis dan juga berfahaman nasionalis
fanatik yang keras terhadap Israel. Menunjukkan bahawa masing-masing lebih
menjadikan rakan strategik bagi menghadapi musuh yang sama iaitu Israel.
Dalam masa yang sama, negara kuasa besar
khususnya Amerika yang menjadi rakan strategik Israel akan melindungi negara
haram tersebut daripada sebarang gerakan yang dianggap ancaman kepada
keselamatan Israel khususnya dalam berdepan dengan Islam. Kumpulan Hamas, Jihad
dan Hizbullah adalah ancaman paling bahaya terhadap Israel dengan bantuan Iran
secara terbuka juga diumumkan oleh pemimpin utamanya Imam Ali Khamanaei dalam
khutbah jumaatnya yang terakhir, diikuti oleh lawatan rasmi ke Iran oleh Ismail
Haniyyah, Perdana Menteri Palestin yang tidak diiktiraf oleh Barat dan
sekutunya walaupun dipilih secara pilihanraya yang dipantau oleh pertubuhan
antarabangsa. Maka kesemuanya adalah ancaman besar terhadap negara Zionis itu.
jadi untuk dimudahkan cerita, sememangnya
konflik di syria ini didalangi secara senyap oleh USA dan Israel. tujuannya?
tak lain tak bukan untuk menjatuhkan al-Assad dan rejimnya. ya, rejim tu amat
jahat dan zalim TETAPI rejim itulah yg selama ini memberikan perlindungan
kepada para pejuang Islam tak kira apa jua fahaman mahzab mereka. jika al-Assad
jatuh, maka mudahlah konco2 Israel untuk membentuk kerajaan boneka depa di
sana. situasi yg sama pernah berlaku di iraq dan afghanistan - cuma iraq dan
afghan tidak melindungi pejuang2 Islam sebenar. syria melindungi depa.
suka utk aku tekankan di sini, walaupun dr
al-Buti mengeluarkan fatwa sedemikian, dia juga dalam masa yg sama mengeluarkan
fatwa "ADALAH HARAM UNTUK TENTERA DAN REJIM SYRIA MENUMPAHKAN DARAH RAKYAT
SYRIA YG TIDAK BERDOSA". dalam ertikata lain, al-Assad ditegur keras agar
berhenti menzalimi rakyat syria.
Tuan Guru Haji Hadi juga baru2 ini
berjumpa dengan Mahmoud Ahmadinejad yg merupakan sekutu kuat al-Assad dan
meminta ahmadinejad untuk menasihatkan al-Assad agar berhenti menzalimi
rakyatnya dan dalam masa yg sama mengambil tindakan terhadap para tentera syria
yg menyembah gambar al-Assad dan sebagainya.
ternyata dalam isu syria ni, kita
sebenarnya tersepit - dari satu segi, kita mengutuk sekeras2nya tindakan ala
binatang yg dilakukan oleh rejim zalim al-Assad, tapi dalam masa yg sama rejim
zalim itulah yg memberi perlindungan kepada Hamas dan lain2.” Tamat Petikan_
Antara alasan yang faqir rasa MUNGKIN
logik kenapa Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al-Buthi berfatwa sedemikian
antaranya ialah :
1. Ahbash mengkafirkan
Ulama-ulama besar, antaranya Ibn Taymiyyah, Syeikh Mutawalli Sya’rawi, Syeikh
Al-Qaradhawi dan ramai lagi.
2. Ahbash mengkafirkan Syed Qutb dan
menganggapnya sebagai seorang Atheist
3. Tindakan Ahbash yang sentiasa
agresif dan hakikat aktiviti-aktiviti yang luar biasa.
i.
Mufti Lubnan menyeru kepada usaha mengambil semula
masjid-masjid yang telah dirampas dengan paksaan dari kumpulan Ahbash di Beirut
dan di daerah-daerah lain.
ii.
Media Lubnan memetik, kenyataan Mufti Lubnan al-Syeikh Muhammad
Rasyid Qabbabi yang berkata:
"Sesungguhnya Jami'yyah al-Masyari' al-Khairiyah (Ahbash)
menguasai masjid-masjid (spt: Burj Abi Haidar, al-Bastah dan Zuqaq al-Balath)
di Beirut dengan menggunakan kekuatan semenjak tahun 1988, iaitu semenjak
peperangan fitnah hinggalah ke hari ini."
4. Ekstrimnya Pengikut Ahbash memuji tuan
guru mereka.
i.
"(Abdullah al-Harari) Wali Allah dan Penghulu sekelian
ulama di atas muka bumi, pakar hadith di zamannya. Pengganti Badr al-Din
al-Hasani, Tuan kami, kekasih sekelian hati, al-Sayyid yang maha tinggi, sultan
orang-orang yang a'rif, ketua orang-orang zuhud Abdullah al-Habasyi"
5. Disini antara para Ulama Dan
Badan Antarabangsa Yang menfatwakan sesatkan keatas puak Ahbash :
1. Dr. Wahbah
al-Zuhailiy
2. Dr. Syed Ramadhan
al-Buthi
3. Al-Syeikh Dr. Ali
Jumaah _ Mufti Mesir
4. al-Syeikh Tajuddin
al-Hilaly
5. al-Syeikh Abu
Muhammad al-Maqdisi
6. al-Syeikh Abu Qatadah
Umar bin Mahmud
7. Dr. Yusuf
al-Qaradhawi
8. INFAD, USIM, Malaysia
9. Markaz Fatwa islamweb.net
10. al-Syeikh Hamid bin
Abdillah al-Aliy
11. al-Syeikh Abdul Aziz
Bin Baz R.H.
12. Lembaga Fatwa Arab
Saudi
13. Lembaga Fatwa Mesir
14. Dr. Fikri Ismail
(Kementerian Wakaf Mesir)
15. Dr. Mohd Mahrus
al-Mudarris (http://islam-online.net)
16. Dr. Munir Jum'ah
17. al-Syeikh Faisol
Maulawi
19. Lembaga Fatwa Mesir
20. Kementerian Wakaf
Mesir: Dr Fikri Ismail
21. Majlis Fuqaha Syariah
Amerika
22. Dr Ahmad Syalabi
23. al-Azhar al-Syarif
Secara kesimpulan, yang ingin faqir
jelaskan disini bukanlah kejanggalan Ahbash, tetapi fatwa yang dikeluarkan oleh
para ulama Ahli Sunnah wal Jama’ah. Janganlah dinilai secara terus tanpa ada
pengkajian dan penjelasan. Akhir kata mudah-mudahan nasib rakyat Syria akan
dibela dan terbela.
Teringat kata-kata Syeikh di majlis ilmu
semalam :
“ Palestin tidak akan dibebaskan selagi Syria tidak dibebaskan.”
Moga Allah Mengampuni faqir dan para
sahabat serta memberi hidayah petunjuk kepada kita semua termasuklah golongan
Ahbash dan Bashar al-Assad. Allahumma Amin.
Sekian. Mohon maaf sekiranya ada tersalah fakta dan sebagainya.
|
kenal al-azhar ath-thaniy? tengok, dengar dengan teliti, terima dengan ikhlas. jangan mudah termakan fitnah dan kemudian sebarkan. wal'iyazubillah. akramakallah
http://www.youtube.com/watch?v=E3mEuqeA-qE