Pada kali ini, sy ingin berkongsi dengan para sahabat berkenaan sebuah cerita.. Pada diri sy, cerita ini mempunyai falsafah @ mempunyai makna yg tersirat dan tersurat. Mungkin kita semua boleh mengambil iktibar dr cerita ini..
"Selamat Membaca & Memahami"
____________________________________
Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...
Pelajar : Guru, apakah erti cinta..?
Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?
Guru: Ada sebuah Ladang Gandum yang luas didepan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting.
Sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan,
ertinya kamu telah menemui cinta.
Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.
Guru bertanya:
Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?
Pelajar menjawab:
Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.
Gurunya menjawab :
Ya, itulah cinta...
Dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya :
Guru, apa itu perkahwinan...?
Guru :
Ada hutan yang subur didepan sana. Berjalanlah kamu tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. Tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.
Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.
Maka gurunya pun bertanya :
Mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?
Pelajar itu menjawab :
Sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. Jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini.
Pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...
Maka guru itu menjawab : Itulah perkahwinan..
_________________________________
Istifadah dari cerita ini mungkin sedang bermain di fikiran kita kan ?!
Jadi terserah pada kita untuk memilihkan suatu keputusan.. kerana keputusan kita itulah ketetapan Allah S.W.T..
Usahlah terlalu memilih, tidak kira dalam apa jua perkara sekiranya kita sudah menemui perkara tersebut kerana mungkin kita akan terlepas. Dan Janganlah terlalu memilih, terimalah seadanya. Tidak ada sesuatu yang sempurna di dunia ini. Setiap sesuatu itu, pasti ada kelebihan dan kekurangannya. Maka..
Hargailah..
Maksudnya :
" Shibghah Allah[1]. dan siapakah yang lebih baik shibghahnya dari pada Allah?
dan Hanya kepada-Nya-lah kami menyembah."
[1] Shibghah artinya celupan. Shibghah Allah : celupan Allah yang berarti iman kepada Allah yang tidak disertai dengan kemusyrikan.
A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari Location : Malaya Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah Toriq : Asy-Syaazuliyyah Status : Ummu Haura' Muhammad Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya